14

539 61 6
                                    

Hujung minggu.

Mereka sekarang berada di Lotte World.

Jihoon dan Arissa!

Jihoon yang ingin membawa Arissa ke sini dan Arissa hanya bersetuju. Pelbagai perkara yang mereka lakukan di sini.

Memandangkan kali pertama Arissa menjejakkan kaki di sini bersama Jihaa dan Sujin. Kali kedua pula bersama Jihoon.

Mereka membeli bunny hat, gula gula kapas, naik viking bot, dan pelbagai lagi. Bahagia.

Itu yang dirasakan Arissa.

" Jom singgah makan aiskrim! " Ajak Jihoon. Arissa angguk teruja dan terus menapak ke gerai aiskrim berdekatan.

Arissa membeli aiskrim kegemarannya, chocolate dan Jihoon membeli aiskrim choco mint. Mereka mengambil tempat dibangku berdekatan dan menghela nafas lega.

" Awak seronok hari ni? " Sengih Jihoon. Dia pusing dan duduk menghadap Arissa. Bekas aiskrimnya diletakkan diatas meja lantas tangannya menjadi tempat untuk menopang dagunya.

Matanya tidak berkelip menilik wajah Arissa.

" Seronok! Saya rasa gembira sangat hari ni. Thank you! " Senyum Arissa.

" Baguslah. Saya gembira tengok awak gembira. Jadikanlah hari ini sebagai kenangan terindah awak dengan saya, andai suatu hari nanti kita dah berpisah. "

Arissa tersentak mendengar ayat terakhir Jihoon. Segera aiskrim diletakkan lantas wajah berpusing menghadap Jihoon.

" Apa maksud awak? "

" Awak tahu kan kita berbeza? Suatu hari nanti bila tiba masanya, awak akan kahwini juga lelaki yang seamin dengan awak. Dia yang akan sayang awak. Dia yang aka-- "

" Boleh tak kalau kita tak payah cakap lagi pasal benda ni? "

Arissa menunduk. Hilang seleranya mahu makan aiskrim tadi.

" Baiklah, saya tak kan cakap lagi pasal benda ni. Maafkan saya. "

Jihoon memujuk. Senyuman kecil terukir dibibir. Mereka berdua sambung makan aiskrim yang tergendela tadi.

" Suaplah saya, nak rasa juga rasa mint choco macam mana. " Kata Arissa. Jihoon mengangguk lalu menyuakan aiskrim itu ke mulut Arissa.

Namun, belum sempat Arissa menyua aiskrim itu ke mulut, Jihoon menyua aiskrim itu ke hidung Arissa. Habis comot!

" Park Jihoon!! " Arissa menghembus nafas geram. Jihoon sudah tergelak terkekek. Tergelak melihat wajah cemberut Arissa.

" Eheheheh, maaf. Comellah girlfriend saya ni bila marah. " Sengih Jihoon. Arissa mengambil tisu yang telah disediakan lalu dilap pada hidungnya.

Dalam masa yang sama, berdirinya seorang lelaki disebalik dinding. Mendengar segala perbualan Jihoon dan Arissa. Dia mengepalkan penumbuk.

---------------------

" Uitt, lambat kau balik. Seronok ke gi dating? " Soal Sujin sambil menghirup green tea yang dibancuh tadi.

" Hm, seronok la juga. "

" Untung orang, dah ada boyfriend boleh ajak keluar. Aku ni terperap je kat rumah. " Ujar Sujin malas.

" Cari la pakwe. "

" Siapa nak kat aku ni? Takde siapa. "

" Junkyu ada. "

Uhuk! Uhuk!

Tersedak Sujin dibuatnya.

" By the way, tadi Harraz ada datang sini cari kau. " Kata Sujin mendatar.

" Kenapa dia cari aku? "

" Tak tahu. Tapi aku ada la cakap yang kau keluar dengan orang lain. "

Arissa melepaskan nafas berat.

Mamat tu cari dia mesti semuanya ada kena mengena dengan mamanya juga.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now