07

1.9K 152 412
                                    

now playing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now playing...
apocalypse by c.a.s.
↻ ◁ II ▷ ↺

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

meregangkan otot dan tisu lenganku, aku menutup mulut yang menguap setelah bangkit dari kasur — bangkit, namun masih duduk di kasur kepunyaanku.

hausnya, macam tak pernah minum air berminggu.

secara tidak langsung, kepalaku mula berdenyut; menunjukkan imej wajah beberapa orang namun wajahnya tetap kabur.

mencapai telefon pintarku yang berada di atas meja kecil di sisi kasur, keningku bertaut apabila wallpaper ku yang dahulu diletakkan gambar dari suatu cerita animasi, kini ditukarkan kepada gambar realistik suatu susuk tubuh seorang lelaki.

"sejak bila aku ambil gambar anak orang ni," bisikku perlahan, bermain sama homescreen telefon pintarku sebelum tidak sengaja terpencet butang aplikasi galeri.

sebaik sahaja aplikasi tersebut dibuka, suatu album menarik perhatianku, album yang terletak pada aras paling atas.

'kudrat ! <3'

huh.

natang apa ni.

seakan - akan album tersebut memanggil, aku menekan skrin, menunjukkan pelbagai gambar yang diambil; kesemuanya berjantina lelaki — jika tidak silap.

makin lama diriku scroll album tersebut, kerutan di dahiku semakin bertambah apabila terdapat satu gambar yang tertera lima lelaki yang menyarungkan baju pelajar, dan aku yang hanya bersarungkan windbreaker berwarna hitam.

"sejak bila aku bergambar dengan anak orang ni," cemasku, menekan gambar tersebut bagi melihat tulisan yang ditulis pada foto tersebut.

kahar (kapla bana)  ̄▽ ̄
fakhri (jawline tajam) ʕ•ε•ʔ
azam (ayam penyet) ‘︿’
naim (pengawas kabel)  ̄ ³ ̄
amirr (pengawas berkaliber) ° △ °
aku (bidadari ril no fek)

"cis, perasan bidadari," tawaku, menutup semula telefon yang digenggam erat namun pelbagai soalan tidak lekang dari bermain di dalam mindaku.

kudrat?

kapla?

"dulu ada lawatan kot, mungkin aku lupa," aku mengangkat bahu, bergerak ke arah bilik mandi bersama tuala yang ditarik dari hanger berwarna merah.

tanpa sedar, tarikh foto yang diteliti merupakan tarikh yang sama pada hari ini.

•❅───✧❅✦❅✧───❅•

daffodil; jonquil — reborn, a new beginnings.

jonquil; p. high councilWhere stories live. Discover now