4 : DEWAN MAKAN

1.9K 26 4
                                    


Rafiq mengikut langkah Aliff dan Kirin ke dewan makan yang terletak bersebelahan surau asrama itu. Janggal terasa. Perjalanan mereka agak hening. Langsung tidak ada topik perbincangan. Hanya bunyi tapak kaki sahaja yang mengiringi langkah mereka. Sesekali Aliff menjawab salam daripada budak-budak tingkatan yang lebih rendah. 

Setibanya di dewan makan, mereka terus ke meja belakang. Meja yang disengajakan kosong oleh budak-budak asrama yang lain. Dua tray makanan sudah terhidang di situ. 

"Aku pergi ambil makanan dulu," ujar Rafiq lalu terus beratur bersama-sama yang lain, tanpa menanti tegahan daripada Aliff dan Kirin.

Setibanya di meja makan, Harith yang merupakan rakan Aliff juga sudah lebih awal makan di situ. Bahkan makanannya sudah hampir habis.

"Awal kau Harith!" tegur Aliff lalu duduk di sebelah Harith.

"Kau yang lambat!" balas Harith dengan mulut yang penuh. 

"Aku siap suruh Aqil ambilkan korang makanan lagi," sambung Harith apabila makanan di mulutnya sudah ditelan.

"Thank you! Itulah namanya kawan!" Aliff terus memenuhkan mulutnya dengan sayur kobis. 

Berbeza dengan Kirin, lelaki itu langsung tidak menyentuh makanan di depannya. Sebaliknya, pandangan di halakan kepada barisan budak-budak asrama yang sedang beratur. Memerhatikan Rafiq yang sedang berkenalan dengan Jackson dalam barisan, dengan senyuman manis yang Rafiq ukir, Kirin turut tersenyum melihat Rafiq yang beratur di belakang Jackson itu. 

"Makanlah Kirin!" tegur Aliff. Kirin mencebik, lalu menolak tray di hadapannya.

"Aku nak ambil sendiri!" ujar Kirin lalu berdiri meninggalkan mereka.

"Eh?? Sejak bila?" Aliff terkejut.

"Buat penat aku je jadi garang tadi suruh Aqil ambil!" Harith pula memprotes. Kirin mengabaikan ujaran mereka kedua-duanya.

Dari belakang dewan itu, Kirin terus melangkah ke kaunter makanan. Memotong barisan budak-budak, lalu berdiri di belakang Rafiq. Budak-budak yang lain langsung tidak membantah tindakan Kirin itu. Antara segan atau takut kepadanya. 

"Kirin..." tegur Rafiq apabila menyedari Kirin berdiri di belakangnya. 

"Kirin? Kau mimpi apa tiba-tiba beratur ni?" Jackson menoleh apabila mendengar teguran Rafiq itu. Dia terkejut melihat Kirin berada di situ. 

Namun teguran Rafiq dan Jackson itu Kirin abaikan. Dia hanya memberikan pandangan tajam kepada Jackson, sebagai isyarat meminta Jackson itu diam! Kirin teruskan berdiri sambil berpeluk tubuh di situ, menampakkan lagi kekar otot lengannya. Dia mencerlung Rafiq dengan tajam apabila Rafiq menoleh memandangnya.

"Ok, sorry..." ujar Rafiq perlahan. Berasa agak jengkel dengan kedinginan Kirin itu. Apa yang lelaki itu marahkan, Rafiq juga tidak tahu. Ah, lantaklah! Malas Rafiq nak fikirkan hal itu.

Tiba-tiba, tubuh Rafiq tertolak ke depan. Kirin merapatkan badannya ke badan Rafiq. Terlalu hampir sehingga Rafiq dapat merasakan bahagian dada Kirin di belakangnya. Barisan itu semakin padat kerana semakin ramai budak yang beratur sekali.

Kirin menghela nafas panjang sebaik sahajanya badannya tersentuh tubuh Rafiq. Rafiq yang separas dagunya itu terpaksa menjarakkan dirinya daripada tubuh Kirin. Kirin juga teragak-agak untuk merapatkan lagi dirinya ke tubuh Rafiq. Risau Rafiq tidak selesa dengan keadaan itu. Sungguhpun dia menunjukkan sikap dingin kepada pelajar baru kelas mereka itu, bukanlah bermakna dia mahu mewujudkan suasana yang lebih janggal antara mereka. Dia tidak bersedia lagi untuk Rafiq mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Tetapi aroma badan lelaki itu sangat menguji keimanannya.

PENDAM BERAHI SEKOLAHWhere stories live. Discover now