16

524 60 2
                                    

" Tak habis lagi ke awak pilih buku? Dah lebih 30 minit kita kat book store ni. "

" Sabar la, saya tak tahu nak pilih yang mana. "

Selepas sahaja makan di restaurant tadi, Arissa mengajak Jihoon ke books store untuk membeli novel.

Dan disini la mereka sekarang.

Di books store.

Jihoon hanya mengikut sahaja langkah Arissa dari arah belakang memilih buku. Ada kalanya Arissa mahu mengambil, tetapi tak sampai berapa saat dia letak balik ke rak. Tak tahu la kenapa. Susah sangat nak pilih. Dia pun stress.

" Pilih cepat. Jangan sampai saya beli satu kedai ni semata mata untuk awak. "

Arissa memusingkan badan sebelum dia tersenyum lebar dan matanya yang berkelip kelip. Dia tak salah dengar kan?

" Awak betul betul sanggup beli satu kedai ni? "

" Ya, awak nak ke? "

" Mestilah! Saya suka buk-- "

" EH JIHOON, NAK KE MANA TU?! " Teriak Arissa.

" Awak nak satu kedai ni kan? So saya belikan. " Kata Jihoon sambil mengangkat black card miliknya.

" Eh, janganlah! Saya ingat awak main main aje! "

Okay rule#1 jangan pernah anggap Jihoon main main dengan pertanyaannya.

Jihoon tergelak kecil.

" 10 minit je, kalau tidak memang saya beli satu kedai ni untuk awak. "

Dan dengan itu pantas Arissa berjalan dari rak ke rak yang lain. Mencari buku yang betul betul nampak menarik.

( Jihoon p.o.v )

Aku membuka langkah ingin kearah Arissa. Sebelum kaki aku berhenti di sebuah sudut buku.

Sudut Islamic.

Mataku tertancap pada satu buku. Sku membaca ayat yang tertulis diatas dada buku itu.

" Islam for all people. "

Terus badan aku terasa kaku. Tangan aku pula menggigil mencapai rantai salib yang terkalung di leher.

Agamaku bukan agama yang bakal memimpin Arissa.

Aku tidak boleh menjadi imamnya.

Kerana tebok ini.

Tembok agama.

Menjulang tinggi, aku dan Arissa seperti tidak mampu memanjat melepasi tembok ini.

Dia di sebelah sana.

Dan aku di sebelah sini.

Tetapi dia di sebelah sana sudah mempunyai Harraz. Yang akan dinikahi atas permintaan ibunya.

Aku menunduk. Perasaan apa ini? Seakan akan mencucuk hatiku.

Perit.

Pedih.

Sakit.

Argh, ini seperti hint untuk aku melepaskan Arissa pergi. Dan biar gadis itu bahagia. Bersama pilihan orang tuanya.

----------------------

Hening. Keadaan hanya senyap setelah mereka pulang dari books store. Masing masing tidak membuka mulut.

" Ji? Awak okay? " Arissa memulakan bicara.

Jihoon memandang Arissa sebelum lelaki ini tersenyum.

Namun, hanya senyuman palsu.

" Saya okay. "

Arissa mengangguk.

" Kalau okay takpe. Saya ingat awak marah saya. "

" Kenapa? " Mata lelaki ini masih focus memandang jalan raya.

" Sebab lama sangat kat dalam kedai tu tadi. "

Sekali lagi, Jihoon hanya tersenyum.

Keadaan kembali senyap.

Sehingga tiba dihadapan rumah Arissa.

" Thanks for today, my boyfriend. "

" Most welcome, my sunshine. "

Pintu dibuka kereta dibuka. Lantas Arissa keluar. Sebelum lelaki ini menahannya.

" Arissa,..... "

Badan Arissa membongkok sedikit. Memandang kearah tingkap. Menanti ayat yang ingin lelaki ini tuturkan.

" Err, nothing. Byebye sunshine! " Jihoon melambai.

Arissa berkerut dahi.

Eh pelik pula mamat ni.

Okay ke tidak?



Okay gaiss saya yang tak okay sekarang ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Okay gaiss saya yang tak okay sekarang ni. PLISS TAK NAK SEKOLAH :'(

73010 // pjhWhere stories live. Discover now