S2 - Chapter 3

1.2K 116 57
                                    

GEDEBUSH !!!!---
______________________________________

Satu rasa kurang enak terbit di hati Kahar .

Entah kenapa .

Dia hampir selesai menjawab exam . Lagi dua mukasurat saja lagi . Tapi penulisannya terhenti tatkala hatinya berasa resah tanpa sebab .

Dalam beberapa minit kemudian , bunyi ambulans dapat didengari di luar dewan .

Kahar tidak merasa apa-apa yang pelik tentang itu .

Dia sambung menjawab .

Dia tak sabar nak jumpa Aireen .

Dia meraba sebuah kotak cincin yang terdapat di dalam poket seluarnya .

Dia rancang untuk melamar Aireen untuk menjadi tunangnya waktu mereka pergi dating nanti .

Dia ingin menjawab dengan cepat dan mencari Aireen .

Aireen Khairina , sudikah engkau menjadi tunang ku ?

Eh .

Dah macam nak lamar kahwin .

Aireen Khairina . Aku ingin halalkan apa yang haram di antara kita selama ini .

Eh .

Kahar . Sabar , Kahar . Kau jawab dulu , then kau fikir . Karang tak pasal-pasal habis waktu kang .

Kahar meletakkan fikirannya ke tepi dan sambung menjawab dengan keterujaan tapi bercampur dengan perasaan resah .

Selesai , dia adalah antara yang terawal keluar dari dewan .

Dia berjalan ke tempat menunggu tadi . Matanya meliar mencari Aireen . Aireen tak ada . Dia melihat tempat parkir , motornya masih terparkir cantik di situ .

Lagi pun , kunci ada dekat dia . Bukan Aireen .

Manalah pula si Kuman ni .

Dia melihat sekeliling sekali lagi tapi masih tak jumpa kelibat Aireen .

Dia mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Aireen .

Selepas 13 percubaan untuk menelefon Aireen , masih lagi jawapan yang sama .

" Nombor yang anda dail , tidak dapat dihubungi . Sila cuba sekali --- "

Kahar terus menamatkan panggilan sambil mendengus kasar.

Mana kau ni , Aireen ?

Dia menunggu di situ untuk beberapa minit lagi .

Selepas beberapa minit , telefonnya berdering .

' Cinta Hati ' tertera di skrin telefonnya .

Dia dengan segera menjawab panggilan itu .

Cinta . Cinta dekat mana ni ? Puas Kahar cari .

Hello . Ini kenalan pemilik telefon ini ke ?

Satu suara asing yang menjawab .

Ya . Ini telefon girlfriend saya . Siapa ni ?

Saya nurse dari Columbia Asia Hospital ingin meminta encik menghadirkan diri ke hospital kerana pemilik telefon ini telah pun kemalangan jalan raya dalam 20 minit tadi .

Senyap di hujung talian Kahar .

Encik ?

Ya . Okay . Saya akan ke sana .

THE KAPLA'S CINTA HATI Where stories live. Discover now