48

3.5K 113 21
                                    

"Jangan panggil aku mama, aku jijik!" Ucap Rita dengan wajah sombong sambil memeluk tubuh.

Adam tertunduk ke bawah. Masih binggung. Gagal untuk mencernakan apa yang sedang berlaku. Apa yang sedang berlaku ni? Dia sendiri tidak tahu.

"Hoi! Pandang aku!" Jerkah Rita seraya mengacukan pisau di leher Adam dengan wajah mula menggila.

"Kenapa sanggup buat aku macam ni? Apa dosa aku!" Jerkah Adam kembali tanpa rasa takut. Entah dari mana dia dapat keberanian itu.

"Hah!? Apa dosa kau? Entah, apa dosa kau, aku pun tak tahu. HAHAHA!" Balas Rita sambil ketawa kuat macam orang gila.

"Jadi lepaskan aku!" Balas Adam dengan wajah menahan rasa marah.

"Lepaskan kau? Bodoh! Sia-sialah aku buat semua benda ni wahai anak tiriku!" Balas Rita seraya menunjal kepala Adam kuat dan di selitkan ketawa tanpa henti.

Adam cuba meronta-ronta melepaskan diri lagi. Masih tidak berjaya, ikatan itu agak kuat.

"Kau nak tahu kenapa aku buat semua benda ni kan?" Soal Rita setelah melihat Adam meronta kuat. Wajah Adam dia tenung dengan renungan yang amat tajam.

Terus tubuh Adam berhenti dari meronta-ronta. Wajah Rita di pandang kembali sambil menggigit bawah bibir.

"Sebab, aku nak harta bapak kau! Hahaha!" Terang Rita ringkas serta di selitkan ketawa berdekah-dekah.

Adam mendengus sinis sambil menjeling ke sisi.

"Dah agak dah." Balas Adam dengan senyuman sinis juga. Dia tahu itu matlamat perempuan iblis di hadapannya ini dari dulu lagi. Adam sudah penat mahu menjadi seorang yang asyik bersabar, dia penat harus selalu beralah dengan Orang-orang di keseliling yang selalu mencemuh dan membulinya.

"Hm, kalau dah tahu baguslah." Ucap Rita sambil tersenyum jahat.

"Tapi kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak pernah benci kau!" Soal Adam mula rasa hilang hormat pada perempuan iblis di hadapannya ini. Kini, bukan lagi Adam yang lemah malah kini Adam yang mula dipenuhi rasa marah dan benci.

"Sebab aku tak pernah anggap kau sebagai anak aku. Kau semak! Kacau kebahagiaan aku dengan suami dan anak aku, Fasha!" Tengking Rita kembali dengan mata terjegil seperti setan.

Adam terdiam tertunduk ke bawah. Adakah benar dia yang menganggu kebahagian sebuah keluarga? Sedangkan Rita dan anaknya baru sahaja hadir dalam hidup Jamal, ayahnya setahun lepas.

Setelah ibunya meninggal dunia, sempat Adam tinggal bersama ibu tirinya hampir setengah tahun. Rasa bagaikan di neraka. Tiada beza tinggal bersama Maksu Siti.

"Aku nak settel cepat, aku malas lama-lama. Aku tanya kau satu soalan je. Kau jawab." Terang Rita dengan wajah mula bosan.

Adam mendiamkan diri lagi,

"Aku nak kau serahkan semua harta yang bapak kau telah faraidkan atas nama kau kepada aku. Kalau kau cuba untuk melawan, jalan terakhir. Aku bunuh kau." Terang wanita berlipstik merah gelap itu kepada Adam.

"Puih!!!"

Adam meludah air liur yang bercampur darah itu tepat ke muka Rita. Adam tersenyum puas. Kini, giliran dia pula mula menggila.

Sejujurnya, Adam mula penat selalu di bodohkan oleh manusia sehingga menyakitkan dirinya sendiri. Cukup baginya hanya setakat dulu, kini dia harus berani. Penat jadi seorang Adam yang lemah yang harus mengharapkan bantuan orang lain untuk melindungi dirinya. Cukup!

"Kurang ajar! Babi!" Jerit Rita setelah terkejut wajahnya di ludah tepat ke pipi. Nafasnya mula naik turun hampir saja pisau di tangannya itu mahu menikam tubuh anak tirinya itu namun dia bersabar. Kalau tidak, habis rosak rancangannya.

"Aku takkan serahkan harta bapak aku dekat kau walau sesen pun perempuan jalang!" Kata Adam dengan pandangan yang tajam.

"Ooo, jadi ini diri kau yang sebenar ya? Depan bapak kau bukan main lembik macam pondan. Belakang bapak kau rupanya setan!" Balas Rita mula ketawa kuat.

"Macam mana aku tak jadi setan sebab aku hampir setengah tahun tinggal dengan setan!" Kini giliran Adam pula ketawa kuat.

Rita mengangguk faham. Dia faham maksud Adam itu ingin katakan tinggal dengannya seperti tinggal di neraka.

"Bagus, samalah macam maksu kau. Dia pun setan juga, cuma beza dia dah insaf. Aku tak sangka sesetan Siti tu boleh kalah dengan kau. Hah kelakar!" Ucap Rita seraya mula bangkit dari bercangkung.

"Jangan libatkan Maksu Siti!" Tengking Adam kembali.

"Aku hairan, kenapa kau tak benci Maksu Siti kau tu macam kau benci aku, sedangkan dia pun setan." Ucap Rita dengan wajah memerli.

"Sebab arwah ibu aku pesan jangan lawan cakap maksu, sebab maksu tu orang baik. Bukan macam kau! Betina dajjal! Aku tahu, kau yang hasut Maksu Siti sampai dia jadi macam tu kan dulu! Aku dah tahu perkara sebenar! Maksu Siti dah ceritakan semua benda, kau dalang sebenarnya yang merosakkan keluarga kami, kau dalang sebenarnya yang santau ibu aku, tapi kau gunakan Maksu Siti sebagai orang tengah. Kau hasut-hasur dia sampai dia termakan rayuan iblis kau! Kau yang buat Maksu Siti terhasut dengan kata-kata keji kau tu! Dasar binatang!" Luah Adam sepenuh hati.

"Hmmm, jadi apa masalahnya? Aku berjaya kan rosakkan keluarga kau? Ah, Malas aku layan kau yang tak guna ni, aku bagi kau masa sampai tengah malam ni je untuk berfikir. Kalau masih belum ada jawapan, kau aku bunuh." Ucap Rita sebelum dia melangkah pergi.

"Betina dajjal!!!"

****

Malam menjelma...

Jam di dinding tempat menunjukkan jam 7.50 minit malam. Zul Ilham di rumah sudah tak senang duduk. Lengannya yang luka tidak terasa. Lebih sakit hatinya memikirkan keadaan Adam ketika ini.

"Ah tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu." Ucap Zul Ilham sendiri sambil mundar-mandir berulang kali.

"Ilham, cuba mengucap nak... Sabar dah buat report poliskan? Kita tunggu aje." Ucap Puan Hayati cuba menenangkan anaknya yang sudah tidak keruan itu.

"Ibu, Ilham keluar sekejap." Ucap Zul Ilham senada seraya mencapai kunci motosikal Modenas di atas meja kerana motosikal superbike miliknya itu berada di bengkel setelah kemalangan tadi.

"Eh nak pergi mana tu?" Soal Puan Hayati dengan wajah risau.

"Nak cari Adam." Balas Zul Ilham di daun pintu. Pantas dia menyarungkan helmet di kepala lalu meninggalkan rumah itu secepat mungkin dengan menaiki motosikal.

"Ilham! Ya Allah!" Puan Hayati mula risau namun dia tidak mampu menghalang anaknya untuk pergi.

_

Hampir dua jam dia menunggang motosikal mencari susuk tubuh Adam. Setiap kawasan lorong-lorong kecil di kota ini di masuknya tanpa fikirkan tentang keselamatan dirinya sendiri. Rasa penat dan sakit langsung tidak terasa, dia lebih fikirkan lagi tentang keselamatan Adam.

"Ya Allah, kau kat mana Adam. Ya Allah mudahkanlah urusan hamba mu Ya Allah. Aku buntu." Doa Zul Ilham sendiri dengan wajah cuak. Dia amat takut akan kehilangan Adam. Cukuplah, dia hilang orang yang dia sayang. Dia trauma.

Zul Ilham teruskan lagi pencarian tanpa henti...

Dengan Izin Allah, mata Zul Ilham tertancap pada sebuah rumah kosong dengan sebijik kereta yang amat dia kenali. Sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam sama seperti tengah hari tadi memakir elok di sebuah rumah kosong itu.

"AGR 7411!" Terbutang mata Zul Ilham melihat nombor plat kereta tersebut. Betul! Betul itulah kereta yang di pandu oleh penculik tadi! Zul Ilham seakan-akan tidak percaya akhirnya dia temui benda yang dia mencari itu dengan izin Allah S.W.T . Tanpa membuang masa, Zul Ilham pantas menelefon polis supaya segera datang ke lokasi penculik.

"Hello, Assalamualaikum... Uncle Syazril, Ilham dah tahu lokasi penculik tu!" Ucap Zul Ilham di corong telefon pintarnya melaporkan kepada inspektor polis merangkap kawan baik arwah ayahnya.

BUKAN CINTA BIASA |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now