25

417 47 15
                                    

Pelamin dipandang tanpa rasa. Entah apa yang dia perlu rasa pun tak tahu. Hari ini, dia ibarat seperti seorang manusia yang palsu. Memakai topeng senyuman semata mata untuk tidak membuatkan suasana hari pertunangan ini nampak muram.

" Kau nampak cantik, Rissa. " Puji Sujin disebelahnya juga ada Jihaa yang sudah tersenyum.

" Jihoon ada datang tak? "

Pantas sahaja Sujin menggeleng. Dapat dia tangkap bahawa Arissa seperti dalam kesedihan.

" Eh dah la, jom keluar. Semua orang dah tunggu tu. " Kata Sujin. Tangan Arissa diraih lalu dibawa keluar bilik.

Arissa mengambil tempat di pelamin. Senyuman plastik dihadiahkan buat semua orang yang datang ke majlis pertunangan ini. Tak ramai sangat. Mungkin dalam 15 orang. Eloklah. Tak payahlah dia nak beramah mesra dengan ramai orang.

" Makin cantik Arissa. Dah lama aunty tak jumpa. " Itu komen pertama yang keluar dari celahan bibir mummy Harraz.

Arissa menarik senyuman. Mungkin dah lama, kali terakhir jumpa awal bulan lepas.

Mata Arissa bergerak ke arah para tetamu. Wajah seseorang dicari. Seseorang yang telah membuatkan hidup dia dilanda garuda dalam sekelip mata.

Tak ada pula. Pergi mana? Tak nak bertunang ke? Elok juga tu. Tak adalah dia rasa nak cekik orang.

Arissa hanya diam setelah itu. Mata hanya memandang keluarga Harraz yang berborak dengan keluarganya tetapi fikirannya ke arah lain. Kadang, dia akan memandang ke arah jari jemarinya yang dirias dengan inai putih. Cantik tetapi tiada rasa.

" Sayang, mummy Harraz nak sarungkan cincin. " Badan Arissa tersentak sedikit. Mamanya menggenggam tangannya sedikit erat. 

Mata Arissa tunak memandang ke arah ibu saudaranya itu. Entah sejak bila perbincangan ini habis pun dia tak tahu. Nampak sangat dia tidak suka dengan perkahwinan ini. YA, MEMANG DIA TAK SUKA!

Sesi menyarungkan cincin dimulakan. Arissa hanya mampu tersenyum. Haris senyuman masih tidak pudar di wajahnya.

Harapnya, senyuman kekal terserlah di bibirnya selepas ini.

Mata Harraz memandang gerak geri Arissa dari luar rumah. Dia sengaja tidak masuk ke dalam. Dia tahu tentu sahaja Arissa akan membahang terhadapnya.

Sesekali bibirnya melakarkan senyuman. Senyuman sinis tanda kemenangan dia berjaya memiliki Arissa Nabeeha.

" Huh, Park Jihoon. Kau nak bertanding dengan aku? And look, who got her now? "

Kata Harraz dengan penuh sinis. Huh,  yakin yah kamu??

Selesai sahaja sesi pergambaran, terus sahaja kaki Arissa menjauh setelah jurufoto itu mengangkat kameranya ke atas. Naik lenguh bibirnya kerana dari tadi tak henti henti senyum.

Tapi dia ingin buat perhitungan dengan Harraz. Dia ingin cekik Harraz dan sumbat Harraz tujuh kaki ke bawah tanah.

Arissa memandang ke arah Harraz yang statik memandang ke arahnya.

Satu yang dia rasa nak lempang.

Senyuman sinis dan kemenangan tersungguh di bibir Harraz. Tolonglah, menyampah lah. Sumbat masuk loji kumbahan karang.

Selepas melihat semua orang telah pulang, Arissa melangkah pergi ke arah dapur. Tekak terasa dahaga sedikit.

Botol air di dalam peti diambil lalu dituangkan ke dalam gelas. Pantas sahaja air itu ditogok sehingga habis.

" Tuangkan untuk saya juga. " Harraz turut menghulurkan gelas kaca yang berada di cabinet. Dia tersengih.

" Tak malu ke? Datang je suruh orang yang tuangkan air? "

" Apa salahnya? Tunang awak juga. "

" Eh, stop. Please, jangan ingat awak dah menang eh. Sebab apa? Sebab saya tak sukakan awak. Awak fikir saya tunang dengan awak, saya akan cintakan awak? Hell, no AND NEVER. "

Selepas itu, Arissa mengangkat kaki naik ke tingkat atas. Atau lebih tepat ke biliknya. Untuk apa? Sudah tentulah menangis. Menangis akan nasibnya yang malang ini.

Menyisakan Harraz yang masih berada di dapur itu, dia mengepal penumbuk.

Oh, jadi dia masih belum menjadi yang juara? Pasti, mamat korea tu yang masih juara, kan?

" Park Jihoon, aku fikir kalau aku kahwin dengan Arissa, dia akan lupakan kau. Tapi aku salah. Apa aku patut buat untuk dia lupakan kau ya? Bunuh kau? Ya, aku akan buat apa saja asalkan Arissa jadi milik aku. Tak kira apa jadi sekali pun. " Sinis Harraz berkata. Dengan yakinnya bahawa Arissa akan menjadi miliknya.

73010 // pjhWhere stories live. Discover now