Chapter 15

2.3K 8 0
                                    


.

.

.

Sementara itu pada waktu yang sama.

Di dalam rumah itu pula, Eryn yang masih sama seperti malam sebelumnya. Tidak dapat tidur dengan nyenyak.

Argh!

"Hey! Hey Eryn. Are you okay?" Kejut Athar yang terbangun akibat dari jeritan terkejut Eryn tadi.

"Hahh.. hahh.. sorry.. hahh."Jawab Eryn sambil mengawal pernafasannya yang laju itu kerana dia sendiri pun tersentak dengan mimpi yang dia dapatkan tadi.

Iaitu tentang seseorang yang mengganas lalu membunuh semua orang yang berpakaian seperti orang kampung.

"Kenapa?" Soal Athar lagi sambil memegang lengan Eryn.

"Hahhh.. Saya rasa ada something wrong dengan tempat ni." Terang Eryn terus pada Athar.

"Maksud awak?" Tanya Athar bingung sambil mengerutkan dahinya.

"Kalau saya cakap yang saya ada six sense, awak percaya tak?" Soal Eryn terus pada Athar sambil memandang antara satu sama lain.

Athar terdiam seketika.

"Six sense? So awak boleh nampak hantu?" Tanya Athar.

Eryn pun menganggukkan kepalanya.

"Saya pun boleh connect dengan orang-orang yang dah mati." Terang Eryn lagi.

Athar terkilan kerana terkejut juga dengan fakta yang dia dengar dari Eryn itu.

Baru sahaja Athar ingin memberi respon.

"Korang!" Jerit Sherly yang sudah tiba dengan nafasnya yang laju kerana lariannya tadi.

Semua yang pada awalnya tertidur pun terbangun mendengar jeritan Sherly itu.

"Sherly! Awak okay tak? Kenapa ni?" Soal Eryn cemas lalu berdiri dan mendekati Sherly yang nampak begitu gelisah.

"Iyad!! Hilang!" Lapor Sherly terus ke mereka.

"Apa?!" Soal Hail lagi dengan panik.

"Hilang? Apa maksud kau Sherly?" Soal Caden mewakili yang lain pelik dengan pernyataan Sherly tentang kehilangan Iyad.

"Tiba-tiba dia kena tarik dari belakang and hilang macam tu saja." Jelas Sherly lagi dengan panik dan gelisah.

Hail pun segera mengambil semua barangnya.

"Sherly! Bawa aku pergi tempat tu. Sekarang!" Tekankan Hail dan terus meluru keluar dari rumah itu untuk pergi ke tempat Iyad hilang.

Yang lain pun bersiap dengan barang-barang mereka dan mengikuti dari belakang mengejar Hail.

Dengan memegang lampu suluh di tangan masing-masing, mereka pun tiba di kawasan itu.

Nampaklah barang Iyad yang tertinggal di situ. Hail pun mengambil dan melihat untuk memastikan itu memang milik Iyad.

"Apa yang jadi sebenarnya, Sherly?" Belle pun dengan cepat menyelidik Sherly.

"Ta..di.. kita orang tengah tengok fireflies.. and then dia tiba-tiba je kena tarik kat belakang sana tu." Jelas Sherly lagi sambil menunjuk ke arah belakang Athar.

Mereka semua pun menoleh dan menyuluh ke arah yang ditunjukkan Sherly dengan lampu suluh masing-masing.

"Okay macam ni, aku pergi kat arah sana and korang semua pergi cari kat tempat lain." Arah Hail pada mereka.

RISK OF FORBIDDEN ISLAND 🔞Where stories live. Discover now