Bab 38

717 41 10
                                    

PAGI itu Ayuni ke sekolah seperti biasa. Riak wajahnya seakan tenang dari masalahnya. Pelajar yang lalu bersebelahan dengannya tersenyum sambil mengucap salam. Ayuni membalas ucapan pelajar itu berserta dengan senyuman manisnya. Sedang dia ingin menuju ke bilik guru , dia ditegur oleh seorang pelajar.

"Hai...hari ni boyfriend tak hantar bekal ke ?"

Ayuni menoleh ke arah belakangnya. Dia...

"Zed..."

"Ke dia lupa nak hantar bekal untuk girlfriend dia ni?" perli Zed dengan sinis.

"Apa masalah awak ni Zed ? Untuk pengetahuan awak saya dan Tengku Muammar tak ada apa-apa . Dia cuma pelajar saya." Balas Ayuni tegas.

"Ohh...pelajar. Bukan lelaki simpanan?"

Pap!

"Mulut awak tu jaga sikit ! Tolong hormat saya sebagai cikgu awak Zed !" marah Ayuni. Nafasnya mula turun naik. Tanpa membuang waktu terus sahaja dia meneruskan perjalanannya ke bilik guru. Hatinya terasa sakit. Sakit hati dengan tuduhan Zed terhadapnya.

"Huh...baru sikit." Zed tersenyum sinis.

***************************************

JAM menunjukkan pukul sembilan lima minit pagi. Ayuni segera mengemas bukunya untuk pergi ke kelas yang seterusnya. Para pelajar di kelas itu mula bangun dan mengucap terima kasih kepadanya. Ayuni membalas dengan senyuman. Segera dia melangkah keluar dari kelas itu.

Setelah dia turun dari tangga yang terakhir , lengan kanannya ditarik lalu dia ditarik ke satu sudut. Belum sempat Ayuni ingin menjerit mulutnya sudah ditekup oleh tangan seseorang. Belakang badannya ditolak ke dinding. Ayuni membulatkan matanya apabila melihat lelaki dihadapannya.

"Shh...shh..jangan jerit-jerit.."

Ayuni sudah menggigil ketakutan.

"Cantiknya kau hari ni sayang. Rindu aku tak ?" tanya Naim dengan senyuman yang menakutkan. Dia mula ketawa melihat ketakutan pada riak wajah Ayuni.Pipi gadis itu dibelai lembut. Ayuni memejamkan matanya seketika. Tangan kanannya mengenggam kuat tepi baju kurungnya. Cuba menghilangkan rasa takutnya.

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku? Apa yang kurangnya aku ni ? Huh ?" Naim mula mendekatkan wajahnya di pipi Ayuni. Dia mula menghidu wangian yang dipakai Ayuni. Ayuni mula mengalirkan air matanya. Ya Allah, lindungilah aku. Doanya dalam hati.

"Hmm...wanginya kau sayang. Aku suka," ucap Naim sambil matanya tertutup. Cuba menghayati wangian yang dipakai oleh gadis itu. Genggaman disisi baju Ayuni makin dikuatkan. Ayuni mengigil seluruh badannya.

Buk!

Tiba-tiba sahaja Naim sudah jatuh seperti nangka busuk. Dia memegang rahangnya yang terkena tumbukan. Ayuni yang melihatnya mula terkejut.

"Sial kau ! Jangan berani kau nak sentuh dia !" marah Tengku Muammar dengan nafasnya turun naik. Genggaman tangan kanannya seperti penumbuk mula dikuatkan. Hadi dan Ikmal cuba menahan Tengku Muammar dari berkelakuan luar kawalannya.

Naim hanya ketawa sinis. Dia memandang Tengku Muammar dihadapannya.

"Kau ke budak mentah? Hahaha...kalau dah budak tu buat cara budak. Tak perlu tunjuk macam handal sangat. " Ujar Naim seperti mengejeknya.

Tengku Muammar menahan geramnya. Siapa yang dia panggil budak mentah?!

"Mentang-mentang kau anak kepala sekolah ni kau jangan ingat aku takut dengan kau. Kau tu cuma budak kecik yang baru nak belajar. Huh...ada hati pula nak dekat Ayuni yang berkerjaya ni . Aku nak ingatkan dekat kau yang Ayuni ni milik aku..hahaha" tawa Naim seperti mencabar kesabaran Tengku Muammar.

Alahai...Cikgu Sayangku Where stories live. Discover now