TANGAN yang dihulur dijabat kemas. Sekemas hatinya memeluk perasaan marah yang meronta-ronta mahu dilepaskan sejak dua menjak ini. Udara yang dikongsi bersama beberapa orang lain lagi di dalam ruangan yang sama dengannya disedut sedalam yang mungkin apabila nama penuhnya disebut.
"Adam Hirdy bin Maliki."
"Saya."
"Aku nikahkan kau dengan Azalea binti Idris berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya RM300 tunai."
Tangannya digoncang sedikit. Lalu, dengan penuh terpaksa dia menyambut akad yang langsung dia tidak sudi lafazkan.
"Aku terima nikahnya Azalea binti Idris dengan mas kahwinnya RM300 tunai."
"Sah?"
"Sah.
"Sah?"
"Sah."
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulillah..."
Mulutnya digam dari menyebut perkataan terkahir itu. Matanya terpejam seketika. Menjelma seraut wajah suram dalam bayangannya bersama suara esakan halus yang didengarinya malam tadi lewat corong telefon.
Tepukan di bahunya memaksa matanya dibuka semula. Berpaling dia ke kanan. Senyuman yang diukir daripada lelaki separuh abad itu langsung tak dibalas. Rasa marahnya semakin bersemarak hebat melihat senyuman tak bersalah itu. Namun, dek kerana jurunikah yang masih ada bersama, dia relakan saja tubuhnya ditarik ke dalam pelukan lelaki itu tapi tak sampai sesaat, dia terus menolak tubuh itu.
"Tahniah, bro. Kau dah jadi suami sekarang."
Dia menoleh pula ke kiri tatkala mendengar sebaris ayat itu. Bertemu pandang dengan sepupunya yang juga tersenyum lebar. Kenapa semuanya tersenyum gembira dengan pernikahan ini sedangkan mereka semua sudah sedia maklum yang dia langsung tak rela melakukan perkara ini?
Ah... pastilah mereka semua seronok kerana bukan mereka yang berada di tempatnya! Bukan mereka yang terpaksa bernikah! Tapi dia!
"Senyumlah sikit. Tak happy ke dapat isteri?" Redza mengusik. Cuba menceriakan sedikit wajah keruh Adam. Namun, apa yang dia dapat hanyalah renungan membunuh yang mengundang tawa dari mulutnya. Lalu, dia meraih tubuh tegap Adam ke dalam pelukan. Ditepuk agak kuat belakang badan itu.
"Aku doakan kau dan dia diberi rezeki zuriat secepat yang mungkin." Lagi Redza menyakat nakal sebelum perutnya disiku dengan kuat. "Aduh..."
Adam tak hirau dengan Redza yang sedang berkerut-kerut menahan senak di perut. Dia bangun dan terus menuju ke arah wanita yang baru dinikahi yang duduk bersimpuh di sebelah kanan seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan mummynya. Manakala, mummynya pula duduk di sebelah kiri.
Tangannya menyambut huluran tangan sejuk beku wanita itu dan digenggam kemas selepas menyarung cincin. Lebih kemas dari dia menggenggam tangan jurunikah tadi sehingga dia dapat melihat wajah berias nipis itu berkerut halus. Tubuhnya dibongkokkan sedikit. Bukan untuk mengucup dahi seperti yang selalu dilakukan oleh pasangan pengantin lain. Sebaliknya dia mendekatkan mulutnya di tepi telinga yang bertutup dengan tudung itu.
"Listen here carefully. Once you enter my life and become mine, there's no going back for you." Bisiknya perlahan. Sengaja juga dia semakin mengetatkan tangan mereka yang masih bersatu. Dari sisi dia dapat lihat wajah itu semakin berkerut tapi wanita itu langsung tak mengeluarkan sebarang suara.
"Tangan kau sakit?" Soalnya, sinis. "Hati aku lebih sakit dari ini kalau kau nak tahu." Tokoknya lagi.
Genggaman tangannya dilepaskan. Dagu wanita itu dipaut dan didongakkan menghadapnya. Tajam dia menikam ke dalam sepasang mata yang bergerak-gerak ke kiri kanan membalas renungannya bersama bingkai mata yang kelihatan agak sembap meski ditutup dengan solekan.
"Aku akan pastikan bila kita jumpa semula suatu hari nanti seluruh hidup kau akan lebih sakit. Aku akan hancurkan kau sampai lumat. For now, aku akan biarkan kau terbang bebas semahu kau. Tapi bila aku kembali nanti, aku akan buat hidup kau tak ubah macam burung yang terkurung dalam sangkar." Keras dia menekan setiap bait bicaranya tetapi masih perlahan. Cukup untuk mereka berdua saja yang mendengar.
"So, get ready to live in ruins once I get back." Sesudah itu, Adam terus bangun, pergi dari situ tanpa menoleh lagi kepada sesiapa pun.
• • • • •
KAKI yang berlari tadi perlahan-lahan berhenti. Tubuhnya tegak berdiri di tengah jalan bersama dada yang berombak kecil mengejar nafas yang sumbang. Sepasang matanya pula lurus memandang kereta yang sudah semakin menjauh dan lama kelamaan hilang daripada pandangan mata.
"Saya minta maaf..."
"Saya salah..."
"Tapi..."
"Saya tak tahu..."
Bisiknya perlahan. Mata yang lurus ke depan mula jatuh ke bawah memandang sepasang kaki sendiri yang tak menyarung sebarang alas kerana tergesa-gesa mengejar kereta itu tadi. Kelopak matanya dikerdipkan beberapa kali apabila merasakan air hangat mula mahu berkolam ditubir mata.
Sudahlah. Jangan menangis lagi. Tak penat ke asyik menangis saja? Air mata ni takkan mampu ubah apa yang dah terjadi. Kau sendiri yang pilih untuk lakukan semua ini, jadi untuk apa beria sangat nak bersedih?
"Aku terpaksa... aku tak ada pilihan..." Desisnya sendirian meningkah monolog hati yang bergema kuat menyalahkan diri sendiri.
Pilihan ada tapi kau salah buat pilihan! Kau dah musnahkan hubungan orang lain demi kepentingan kau! Jangan nak berlagak macam mangsa pulak!
Bibirnya diketap kuat menahan rasa disinis oleh bicara hatinya. Air mata yang mahu jatuh ditepis laju.
"Azalea."
Kepalanya dipanggung apabila mendengar namanya dipanggil oleh satu suara garau. Nafas dalam disedut dan dihembus halus. Pipi yang meninggalkan kesan basah dikesat dengan belakang tangan, menghapuskan air mata yang sempat singgah. Setelah itu, tubuhnya dipusingkan dan terus bertaut pandang dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Redza.
"Give him some space and time."
Dia mengangguk kecil bersama senyuman kecil juga. Perlahan-lahan langkahnya yang berkaki ayam itu dihayun, mahu masuk ke dalam mahligai yang tersegam indah.
"Bila dia dah bertenang nanti dia akan balik. Bincanglah elok-elok dengan dia."
Automatik kakinya berhenti menapak. Mendongak dia memandang Redza yang sedang tersenyum nipis. Mulutnya yang mahu dibuka untuk berkata sesuatu ditutup semula. Langkahnya disambung kembali.
Dan siapa menduga yang bermula dari detik itu, dia terus ditinggalkan tanpa sebarang pamitan serta khabar berita. Lelaki yang baru saja menjadi suaminya tak sampai satu jam telah meninggalkannya di hari pernikahan mereka.
Dia ditinggalkan dengan rasa bersalah yang menggunung serta kekesalan dalam membuat pilihan yang salah.
"Saya tunggu awak balik untuk hancurkan saya supaya rasa bersalah saya terhadap awak ini dapat ditebus oleh kehancuran itu."
Jangan lupa vote and comment okay!
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...