DARI jauh senyuman Adam menyungging sinis melihat Redza berdiri menyilang tangan di dada sambil bersandar di tepi kereta. Atas bawah dia menilik penampilan sepupunya itu yang nampak bergaya sekali dengan kemeja berwarna kelabu. Dipadankan dengan seluar khakis hitam. Dengan sunglasses yang tersangkut di batang hidung. Padahal langit tersangatlah mendung sekarang. Bila-bila masa saja hujan akan mencurah turun.
"Welcome home, brother." Ujar Redza, teruja. Lebar dia mendepakan tangannya menyambut kepulangan Adam. Untuk beberapa saat, mereka saling berkongsi bro hug.
"Aku hampir tak cam kau tadi sebab dah macam mat salleh. Nasib baik masih tanned skin." Sinis Redza mengusik usai pelukan dileraikan.
"Dah namanya melayu tulen. Takkan baru 3 tahun duduk negara orang putih terus bertukar jadi putih selepuk!" Balas Adam. "Kau pun apa kurangnya. Aku tengok tadi bukan main lagi dah macam playboy tersohor tengah usha gadis-gadis." Dia pula menyakat.
"Playboy tersohor kepala otak kau!" Tukas Redza. Kemudian tawa mereka sama-sama meledak. Setelah itu, dia membantu Adam memasukkan dua bagasi besar, satu beg pakaian bersaiz sederhana dan backpack ke dalam boot kereta.
"Kau dari kilang ke?" Soal Adam sejurus saja masuk ke dalam kereta. Redza yang sedang memutar stereng kereta dan perlahan-lahan menyusur keluar dari kawasan KLIA itu dikerling sekilas.
"Nope. Aku baru lepas jumpa dengan someone dekat Shah Alam tadi."
Terjungkit hujung kening Adam. Dia menoleh ke kanan memandang Redza yang tenang memandu. "Girlfriend?"
Redza mengoles senyuman nampak tak nampak dengan sepatah soalan yang kedengaran agak nakal itu. "Tak ada maknanyalah girlfriend." Balasnya. Monoton.
"Aku rasa kau dah boleh cari someone special. Sampai bila kau nak hidup membujang macam ni? Umur kita dah 32 tahun, Redza. Atau kau masih tunggu dia?" Tebak Adam.
Tiada niat untuk menjawab setiap pertanyaan Adam, Redza hanya menggeleng perlahan.
Melihat Redza diam begitu, Adam juga mengambil pendekatan untuk tidak meneruskan topik sensitif itu.
"Sorry, aku dah menyusahkan kau datang ambil aku jauh-jauh macam ni." Lencongnya."Tak ada hal lah. Demi kau lautan api pun aku sanggup redah." Balas Redza dengan nada yang sengaja dilembutkan. Sengaja mahu mengusik.
"Gelilah, bodoh!"
Berdekah-dekah Redza melepaskan gelaknya. Namun, ketawanya perlahan-lahan berhenti apabila melihat Adam ralit membuang pandang ke luar. "Rindu KL?"
Adam hanya mengangguk. Bohong sangatlah kalau dia cakap yang dia langsung tak rindu. Tempat jatuh lagikan dikenang. "I miss everything about Malaysia. The food, the weather, and the people. Everything."
Terangguk-angguk kepala Redza mendengarkan itu. "Aku rasa Malaysia pun rindukan kau. Semua orang dekat sini rindukan kau dan menanti-nanti kepulangan kau. Terutama sekali mummy kau. Kalau dia tahu kau balik ni mesti dia gembira sangat. Kalau kau nak tahu, setiap kali aku jumpa dia mesti dia cakap dia rindukan kau."
Terdiam Adam di situ. Seraut wajah ibunya menjelma di ruang mata. Rindunya pada wanita pertama dalam hidupnya itu juga sangat sarat. Namun, dek kerana tunduk dengan ego dan amarahnya, dia pendam saja rindu yang membusung di dada. Dalam tak sedar dia sudah melukakan hati wanita itu dengan sikap keras kepalanya. Tetapi kalau bukan kerana dia dipaksa melakukan sesuatu yang dia tak mahu, tak mungkin dia berkeras begini.
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...