Bab 6

7.8K 454 21
                                    

BUNYI ketukan di pintu bilik menghentikan pergerakan tangan Adam yang sedang mengemas bagasinya. Belum sempat mulutnya dibuka, pintu itu terlebih dahulu ditolak dari luar. Terjengul sosok tubuh Datin Fatimah. Mata Adam automatik terhala pada baju kemejanya yang dipegang oleh Datin Fatimah.

"Macam mana baju Adam boleh ada dengan mummy ni? Rasanya tadi Adam suruh Kak Yanti tolong gosokkan." Soalnya

Datin Fatimah menguak daun pintu bilik Adam lebih luas lalu dia menapak masuk. Bola matanya jatuh pada bagasi yang terbuka di atas katil. Baju kemeja Adam yang bersangkut dengan hanger dihulurkan. "Mummy terserempak dengan Yanti dekat tangga masa Yanti nak hantarkan baju Adam. Mummy yang minta dekat Yanti baju ni untuk tolong hantarkan dekat Adam."

Adam mengangguk perlahan. Huluran itu disambut. Kemudian, dia menghampiri almari untuk menyangkut baju kemeja di situ.

"Adam suruh Yanti gosok baju tu nak buat apa? Lepas tu, Adam nak pergi mana dengan luggage ni semua? Nak tinggalkan Malaysia lagi? Nak tinggalkan mummy lagi?" Berdas-das soalan ditembak oleh Datin Fatimah.

Tersenyum nipis Adam disoal bertalu begitu. Dia memeluk bahu Datin Fatimah yang sedang berdiri di depan katilnya. "Kan Adam dah cakap dekat mummy yang Adam takkan tinggalkan mummy lagi. Adam suruh Kak Yanti tolong gosokkan baju tu sebab Adam nak pakai pergi kerja esok."

Laju Datin Fatimah menoleh dan mendongak memandang Adam di sebelahnya. "Pergi kerja? Adam nak kerja dekat Solid Structures semula?

Angguk.

"Alhamdulillah..." Panjang ucapan syukur itu keluar dari mulut Datin Fatimah. Tubuh Adam dipeluk. Bersyukur dan lega sangat dia rasakan Adam mahu kembali bekerja di syarikat itu. Mungkin marah Adam sudah semakin reda kerana dia masih ingat yang Adam sudah tidak mahu mengambil tahu tentang syarikat itu sewaktu Adam diamuk amarah tiga tahun lepas. Sanggup Adam melepaskan jawatannya ketika itu.

"Arwah daddy mesti bangga dengan Adam. Sekarang anak daddy sendiri yang uruskan syarikat tu. Uncle Norman pun mesti gembira kalau dia dah sedar nanti. Dia..."

"Mummy." Potong Adam dengan pantas. Tak mahu mendengar Datin Fatimah menyebut tentang Dato' Norman. Pelukan dileraikan. Kedua bahu mummynya diramas lembut. "Adam nak balik kondo."

Mengendur kedua bahu Datin Fatimah mendengarkan itu. Bagasi yang terbuka luas di atas katil dikerling sekilas. "Bila?"

"Esok."

Termenung Datin Fatimah dengan jawapan ringkas itu. Panas ke rumah ini sampaikan Adam tergesa-gesa mahu balik ke kondominium sana. Lagipun baru dua hari Adam sampai di Malaysia. Rindunya pada Adam pun belum surut sepenuhnya lagi. Banyak perkara yang ingin diceritakan kepada Adam tetapi anaknya ini awal-awal sudah mahu menjauh.

Melihat perubahan wajah Datin Fatimah yang berubah mendung begitu, Adam memeluk kembali tubuh itu. "Mummy jangan risau. Adam akan kerap balik ke sini. Adam janji."

"Tak boleh ke Adam duduk je dekat rumah ni? Temankan mummy? Mummy tak puas lagi lepas rindu dekat Adam." Datin Fatimah memancing simpati.

Adam diam seketika. Cuba mencari alasan yang munasabah untuk dihujah supaya Datin Fatimah tidak menghalang dia tinggal di kondominium miliknya.

Kebisuan Adam itu menghantar jawapan yang cukup jelas kepada Datin Fatimah. Tak guna dia menghalang. Nanti lagi dia halang lagi Adam berkeras. Sudahlah anaknya itu memang jenis keras kepala. Daripada Adam tiba-tiba menghilang macam dulu lebih baik dia ikut saja rentak Adam.

"Pergilah. Mummy takkan halang. Lagipun Adam mesti rindu dekat kondo Adam tu, kan? Itu rumah Adam. Mummy faham." Ujarnya lembut. Tubuh Adam ditolak sedikit. Sekaligus melepaskan pelukan mereka. Senyuman nipis dilukiskan. "Sambunglah kemas. Mummy keluar dulu."

Kerana DendamWhere stories live. Discover now