The Kasyaf's Family: 74

2K 83 5
                                    

"Sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.






"Sayang..." Elhasiq mengucup lembut dahi Tiara yang masih lena.

"Mmm..."

"Bangun, princess..."

Dengan keadaan mata tertutup dan masih mamai, tubuh malas Tiara diduduk oleh si suami. Entah kenapa telinga Tiara kebal akan bunyi siren. Boleh pula dia bagai ulat beluncas di dalam duvet.

"Abang... kita nak pergi mana?" Tiara menguap lebar.

"Kita kena keluar dari sini. Abang syak Petra Dilan or tactical mask man ambil peluang masuk bangunan O.D.S, since Veteran dan yang lain tak ada di Moscow," terang Elhasiq.

"Hahhh?!!! Abang..." Barulah kelopak mata layu terus membulat. Setiap kejadian sebelum ini aktif semula di setiap pelusuk ingatan Tiara. Tidak terasa tubuhnya menggigil takut.

"Shh—-it's okay, princess. Abang akan lindung sayang." Segera Elhasiq membawa isterinya ke dalam pelukan. Kedua tangan yang menggigil tadi dikucup penuh kasih bagi meredakan gusar si isteri.

Tiara mengangguk setelah membalas renungan redup Elhasiq. Cukup senyuman manis pemuda itu menenangkan jiwa yang gusar sebentar tadi.

Kini, kelengkapan pakaian yang senang untuk Tiara bergerak dan kasut Tiara diteliti penuh oleh Elhasiq sebelum dikeluarkan dari luggage. Jelas, Elhasiq tidak mengambil ringan akan persediaan dan kelengkapan buat mereka.

Bunyi siren semakin nyaring, ibarat membelah malam pada setiap tingkat bangunan.

Biarpun ketakutan, si isteri cuba bertenang sambil memerhati pergerakan tangkas Elhasiq yang memasang kelengkapan pada tubuh.

Air liur ditelan kelat. Manakan tidak, rupa- rupanya bagasi rahsia yang dibawa Tiara, membekalkan kelengkapan khas senjata rahsia Elhasiq.

Bibir membisu seribu kata. Sedikitpun Tiara tidak tergerak hati untuk menyoal.

Secara logikal, dalam keadaan tegang begini, sudah tentu Elhasiq perlu memiliki kelengkapan diri. Tiara tidak mahu kejadian malang menimpa Elhasiq di Tokyo berulang lagi.

Bulletproof armor dipakai pada badan kekar. Lalu dilindungi black longsleeve t-shirt khas. Sarung leather direka khas oleh 'Bumantara' mengikut kepakaran Elhasiq dalam pertempuran combat, sudah melindungi kedua- dua buku limanya.

Pemakaian serba hitam melengkap tubuh sasa pemuda di hadapan Tiara sekarang.

Military tactical knee pad turut dipasang sedia pada kedua lutut. Booth hitam dipakaikan sambil Elhasiq melabuhkan punggungnya pada sofa.

Wajah kacak itu dalam diam menjadi santapan mata si isteri yang berdiri dari tadi. Sokongan tali membawa assault rifle dari bagasi disarung ke bahu.

Akhirnya... Elhasiq bangkit dan mencapai senjata khas iaitu tukul besi disarung khas ke belakang tubuh. Kedua- dua bilah mempunyai fungsi. Sebelah adalah bilah tukul. Sebelah pula bilah cangkuk yang yang tajam.

BOOK 1: THE KASYAF'S FAMILY [C]Where stories live. Discover now