ADAM mengerutkan keningnya membaca pesanan Whatsapp yang diterima daripada Rose. Tuala di tangannya dicampak ke tilam. Tak jadi nak mandi. Lalu, dia terus keluar dari bilik. Pintu rumah dibuka. Maka, terpampanglah sosok tubuh Rose yang sedang berdiri di depan kondonya.
"Hai, sayang!" Ceria Rose menyapa.
"What are you doing here?" Soal Adam, pelik.
Keceriaan di wajah Rose serta merta bertukar muram mendengar soalan itu. "Kenapa? Tak boleh I datang sini?"
"Bukan macam tu. I cuma terkejut tiba-tiba you Whatsapp I cakap you ada depan rumah I. Selama ni you mana pernah datang sini." Laju saja Adam menjawab. Risau Rose salah sangka dengan soalannya tadi.
"I tak pernah datang sebab you yang tak bagi. Remember?" Rose membulatkan sedikit matanya.
Adam melepaskan gelak perlahan. Bahu kanannya disandarkan pada bingkai pintu sambil berpeluk tubuh. "You pun tahu sebab apa I tak pernah bagi you datang sini, kan? I tak nak nanti jadi benda yang tak diingini. I tahu kondo ni sangat private. Tak mungkin kena serbu dengan pejabat agama tapi tetap tak elok kalau kita berdua je dalam rumah ni. Tak manis."
Rose menggigit hujung bibirnya. "I tahu. Sorry kalau I buat you rasa tak selesa I datang sini. I cuma rindukan you. Sejak you balik Malaysia, baru sekali je kita jumpa. Itu pun dekat rumah family I haritu. Kalau you dekat Kanada dulu I fahamlah kita boleh bercakap dekat telefon je. Tapi sekarang you dah ada dekat Malaysia takkan setiap malam nak bercakap dekat telefon jugak?" Ujarnya perlahan.
"Rose..." Setapak Adam keluar dari rumahnya. "I'm sorry, okay? I bukan sengaja tak nak jumpa you tapi I betul-betul busy. Banyak benda yang I kena uruskan sejak I dah mula kerja ni. Seminggu dua ni memang I busy. Nanti bila semua dah under control I janji I bawak you keluar dating selalu." Pujuknya lembut.
Bibir Rose serta merta melengkung ke atas. Wajah yang muram tadi kembali bersinar semula. "Okey!"
Adam turut tersenyum. Bukan susah untuk memujuk seorang Rose. Dari dulu Rose memang tak pernah merajuk lama-lama atau suka memperbesarkan hal remeh temeh begini. Baginya Rose seorang yang sangat memahami.
"You baru balik kerja ke?" Turun naik bola mata Rose memerhati batang tubuh Adam yang masih tersarung kemeja berwarna navy dan berseluar khakis hitam.
"Not really. I baru balik dari jumpa mummy." Fikiran Adam mula teringat akan kejadian tadi. Selepas Datin Fatimah datang menenangkan Azalea, dia terus ditinggalkan begitu saja tanpa mengetahui punca Azalea tiba-tiba jadi begitu.
"Oh..." Terangguk kecil kepala Rose. Terus dia terbayang akan seraut wajah Datin Fatimah. Raut wajah yang lembut dan tak lekang dengan senyuman. Namun, senyuman wanita itu tak pernah terlukis untuknya. Kedinginan wanita itu dia dapat rasakan walau tidak ditunjuk dengan terlalu jelas.
"Rose?" Adam memetik jarinya di depan muka Rose apabila melihat Rose tiba-tiba senyap mengelamun.
Hilang bayang Datin Fatimah dari layar mata Rose. Tumpuannya kembali kepada Adam. "Sebenarnya I datang sini nak bagi you ini." Dia mengangkat sedikit mangkuk tingkat di tangannya dan disua kepada Adam.
Huluran itu disambut oleh Adam. "Apa ni?"
"Buttermilk prawn. I masakkan special untuk you. Ada sayur jugak. Makanlah untuk dinner kejap lagi."
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...