Bab 9

7.8K 445 49
                                    

"DAH siap ke, bik?" Rose mengerling lauk asam pedas ikan pari di dalam periuk. Telefon pintarnya diangkat mendekat sedikit dengan periuk yang berasap-asap itu. Kemudian, dua keping gambar diambil.

"Dah, Cik Rose. Tinggal nak letak dalam bekas je." Balas Bik Mina.

"Cepat sikit, ya? Dah nak dekat pukul 1 ni. Saya takut lewat pulak nanti." Ujar Rose sambil berjalan ke arah peti ais. Air yogurt strawberi di tuang ke dalam gelas. Lalu, dia mengambil tempat di meja makan.

"Baik, Cik Rose."

Sementara menunggu Bik Mina siapkan bekal makanan itu, Rose menghantar gambar asam pedas tadi kepada Adam bersama sebaris pesanan.

Asam pedas for your lunch -

Tak sampai seminit, Whatsapp itu dibalas. Senyumannya automatik menguntum manis membaca balasan itu.

- looks delicious
- can't wait to try it, sayang

"Rose nak keluar ke?"

Tak sempat Rose membalas Whatsapp Adam itu apabila suara mamanya datang menerjah tiba-tiba. Lantas, dia berpaling ke kanan. Datin Zarina bersama Zara beriringan mendekati meja makan.

"Kak Rose nak keluar?" Zara pula menyoal soalan yang sama seraya duduk di sebelah Datin Zarina, bertentangan dengan kakaknya itu.

"Hmm." Rose sekadar menggumam sambil jari jemarinya lincah menyentuh skrin membalas pesanan Whatsapp yang tergendala tadi.

"Rose nak pergi mana?"

Mengeluh perlahan Rose apabila berterusan dilempar soalan demi soalan. "Nak pergi office Adam. Nak lunch dengan dia."

"So, asam pedas yang Kak Rose suruh Bik Mina masak ni untuk Abang Adam lah, ya?" Melirik mata Zara memandang mangkuk tingkat yang sudah siap berisi dengan nasi, lauk serta sayur yang baru diletakkan di atas meja oleh Bik Mina.

Angguk.

Tiba-tiba Zara melepaskan gelak yang agak sinis. "Mesti nanti Kak Rose cakap dekat Abang Adam yang lauk ni Kak Rose yang masak, kan? Macam tu je Abang Adam kena tipu."

"Abang Adam memang dah tahu bukan Kak Rose yang masak harini." Jawab Rose tanpa sedikit pun terasa dengan sindiran Zara itu.

Zara hanya mencemik sambil berpeluk tubuh.

"Sudah-sudahlah, Rose. Berhenti buat semua ni." Ujar Datin Zarina dengan lembut.

Terhala bola mata Rose ke arah Datin Zarina. Bersabung pandangan mata mereka berdua. Faham sangat dengan maksud disebalik kata-kata mamanya itu.

"Malam tadi Auntie Fatimah telefon mama." Tepat wajah Rose dipanah.

Terangkat sedikit kedua kening Rose. Terkejut mendengar sebaris ayat ringkat itu. Namun, riak wajahnya disembunyikan. "Kenapa Auntie Fatimah telefon mama?"

"Buat-buat tanya pulak. Pasal Kak Rose dengan Abang Adam lah!" Zara mencelah. "Kak Rose pergi rumah Abang Adam semalam buat apa?"

"Kak Rose pergi hantar dinner je untuk dia. Lepas tu, terus balik." Jawabnya sambil menyusun satu demi satu mangkuk tingkat di depannya.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now