✨Bab 8✨

31 2 0
                                    

Setelah Amanda di pindah kan ke ward biasa kesemua ahli keluarga dibenarkan untuk masuk melawat. Dato Nazri melangkah masuk bersama Tan Sri Azlan, Puan Sri Hana dan di ikuti oleh Haikal. Haziq masih berada di luar bersama bersama Amira. Dato Nazri berjalan ke arah katil yang menempatkan Amanda itu. Hati tua nya menjadi sayu apabila melihat wajah pucat anak perempuan itu.

"Daddy minta maaf sayang, bukan niat daddy nak buat anak daddy sedih. Daddy buat semua ni untuk kamu juga Amanda. Daddy tahu niat daddy baik cuma cara daddy yang salah. Daddy buat keputusan tanpa fikirkan kamu" Dato Nazri berkata pelahan.

KREAK!

Pintu itu terbuka dari luar, Mereka melihat kelibat Haziq dan Dr yang merawat Amanda sebentar tadi melangkah masuk. "Maaf kan saya Dato kalau apa yang saya cakap ni buat Dato terasa tapi Dato tahu kan yang Amanda tu tak boleh menangis kalau dia nagis dia akan demam teruk. Tak kan Dato tak ingat pasal tu." soal Amira geram dengan cara Dato Nazri itu.

"Saya tahu, sebab itu anak saya" jawab Dato Nazri dengan angkuh"Kalau Dato tahu, kenapa Dato masih buat dia sedih" tanya Amira geram"Mira cukup la tu kau tak kesian kat Amanda ke, Bila tengok kau macam ni. Kau sedar tak sekarang ni kau tengah marah dekat ayah kawan baik kau sendiri" soal Haziq dengan suara sedikit tinggi.

"Aku marah sebab aku dah lama geram Ziq. Amanda dah buat macam-macam dekat dia tapi dia?" Soal Amira sambil menunding jari ke arah Dato' Nazri "Dia tak pernah nak hargai Manda Ziq. Kau sendiri pernah tengok macam mana teruknya Amanda bila dia paksa Amanda untuk buat apa yang dia tak nak" kata Amira sambil menggelengkan kepalanya tanpa sedar perlahan-lahan air matanya mengalir.

Yang lain hanya terdiam apabila mendengar apa yang Amira katakan. Amira menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan hatinya yang sedang marah itu. "Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap ni buat Dato terasa. Saya minta maaf sangat-sangat." Kata Amira dan menundukkan kepalanya ke bawah tanda hormat kepada mereka semua yang berada di dalam ward itu.

Dato Nazri tersenyum melihat telatah Amira itu. "Saya tak marah pun. Lagi pun apa yang kamu kata tu betul. Saya selalu buat perkara yang saya rasa betul tapi hakikatnya apa yang saya nak itu salah and Amanda yang terkena tempiasnya." Kata Dato Nazri sambil tersenyum tawar. "Kamu anak Jeneral Rahman yang askar baru pancen tu kan" soal Dato Nazri kepada Amira.

"Dato kenal dengan Ayah saya ke?" Tanya Amira terkejut . "Kenal la kami satu sekolah dulu, tak sangka sekarang ni boleh jumpa balik. Nia ayah kamu sihat ke lama saya tak jumpa dia" Soal Dato Nazri lagi "Alhamdulillah ayah sihat. Maaf Dato saya kena gerak dulu sebab saya ada kerja dekat kecemasan pulak" Pinta Amira kepada Dato Nazri. "Oh ya silakan."

Haziq yang melihat Amira itu terus bertanya "Kau kerja malam ke bukan shif kau sama dengan Amanda ke" Tanya Haziq yang tengah keliru itu. "Haaa memang shif aku sama dengan Amanda tapi aku ganti Nazatul. YE la kan nak buat macam mana bila hidup ni penuh dengan kedengkian kena la hadap betul tak Dr Haziq" Kata Amira melihat Haziq denagn senyuman manis yang mampu mencair kan hati jejaka-jejaka yang melihat itu, tetapi bagi Haziq itu senyuman yang penuh dengan derita yang bakal dia hadapi. Haziq sudah tidak senang duduk 'Kalau dia tahu mampos aku!' kata Haziq di dalam hatinya.

Amira yang melihat itu tersenyum "Kenapa kau gelabah semacam je ni Ziq. Kau ada buat salah ke cuba kau bagi tahu aku. Aku sebagai sahabat yang baik nak juga dengar apa masalah yang kau hadap sekarang ni betul tak Puan Sri" Tanya Amira kepada Puan Sri Hana. Puan Sri Hana yang melihat itu menahan ketawanya tak sangka anak lelakinya yang gagah itu takut akan dua wanita yang bergelar sahabat baiknya itu.

"Haa yang kamu takut sangat ni dah kenapa?" tanya Puan Sri Hana pula. Bukan selalu dapat kena kan anak nya itu. Haziq yang melihat itu sudah tergamam "Mana ada Ziq gelabah ma. Mama ni pandai-pandai je tuduh orang." Kata Haziq tanya kalah"Owh so kau tak buat salah la sekarang ni kan bro. Jadi sapa yang suka hati dia je letak nama aku untuk bertugas malam ni eh?" tanya Amira buat-buat fikir "Aku rasa kan mesti ada HANTU yang letak nama aku dengan nama Amanda dekat papan tugas" Amira menekan perkataan HANTU itu lalu memandang ke arah Haziq.

"Puan Sri rasa la kan apa yang patut saya buat kalau dapat HANTU tu?" Tanya Amira kepada Pua Sri Hana, dia sengaja nak kena kan Si Haziq itu 'Padan muka kau tu la nak kena kan kitaorang sanggat kan sekarang ambik kau' kata hati Amira "Kalau dapat dekat saya la kan, saya ruqyah 7 hari 7 malam dekat hantu tu. Tapi tengok la jugak kalau dah ruqyah pun perangai sama ja jawabnya kena sunat hantu tu sekali lagi la kan " Jawab Puan Sri Hana kepada Amira dengan sedikit senyuman.

Haziq yang mendengar itu sudah terdiam dia melihat di ke kirinya iaitu tempat di mana Haikal berdiri. Haikal yang Faham dengan renungan itu melarikan anak matanya ke arah lain. 'Tak guna punya abang' Haziq berdehem sebentar "EH bukan kau cakap kau ada kerja ke dekat kecemasan ke Mira, apa kata kau pergi sekarang takut ada kes kau pulak hilang entah ke mana." Halau Haziq dia risau bila mama nya dah bekerjasama dengan Si Amira tu boleh mampos kau bila di biar.

Amira memandang Haziq dengan pandangan yang tajam belum dia sempat membuka mulut telefonnya berbunyi

KRING! KRING! KRING!

Dia terus menjawab panggilan itu"Yes Qistina ada apa awak call saya?" tanya Amira kepada orang yang menghubunginya itu. Setelah mendegar apa yang disampaikan riak wajah nya terus berubah "Baik sekejap lagi saya sampai. Awak panggil semua staf yang terlibat untuk jumpa saya dalam bilik saya NOW!" Amira menaik kan suaranya semua yang mendengar terkejut melihat Amira yang sedah marah itu.

"Saya minta diri dulu la semua, ada masalah sikit dengan staf yang bertugas malam ni. Nanti kalau Amanda dah sedar kau call aku tau Haziq." Kata Amira kepada Haziq."Kau nak aku ikut kau tak ni" tanya Haziq apabila melihat wajah tegang sahabat nya itu "its ok aku boleh settle sendiri lagipin kau cuti kan malam ni so kau tunggu je sini. Aku gerak dulu" Kata Amira dan melangkah keluar dari ward itu dia sempat bersalam dengan Puan Sri Hana sebelum melagkah keluar.

Setelah melihat kelibat Amira keluar terus Puan Sri Hana menarik lenggan anak lelakinya untuk duduk "Tu ke Amira yang kamu cerita tadi masa dekat rumah tu?" soal Puan Sri Hana "Haa tu la Amira Huda yang Haziq bagi tahu tu" jawab Haziq ringkas. Puan Sri Hana senyum "Dia single lagi ke atau dah berpunya?" tanya Puan Sri Hana kepada Haziq.

"Kalau mama nak tahu dia dengan Amanda perangai sama je selalu penting kan kerja and family je dari diri sendiri." jawab Haziq dia mula curiga dengan sikap mama nya itu. "Jadi dia single la kan sekarang ni" Haziq hanya menjatuhkan kepala nya beberapa kali tanda betul. Puan Sri Hana bersorak gembira apabila mendengar kata anak nya itu. Haziq memandang mama nya dan mengangkat kening nya. Puan Sri Hana yang faham maksud itu terus menjawab "Mama ada peluang la nak jadikan dia menantu mama" kata Puan Sri Hana bersemangat.

Haziq yang mendengar itu terkejut 'mak ai baru je jumpa terus dia rembat nak buat menantu. Nasib la yang jumpa ni perangai yang memang boleh buat menantu kalau perangai yang boleh buat hantu naya hidup' kata Haziq lalu menggelengkan kepalanya.





Bersambung


















MRS: HAIKAL AIMANWhere stories live. Discover now