Bab 10

8.7K 451 33
                                    

ADAM memandang batang pen yang diputar ligat di celah jari telunjuk dan jari tengahnya. Sementara telinganya pula sedang berdesing mendengar omelan Datin Fatimah di telefon pintar yang melekap cuping telinganya sekarang.

"Mummy nak Adam pergi tengok Lea lepas balik kerja nanti. Dengar tak?"

Senyap.

"Hello? Adam?"

"Hmm..." Malas-malas dia menggumam.

"Dengar tak apa mummy cakap tadi?"

"Dengar."

"Kalau Adam tak pergi tengok Lea, siaplah."

Keluhan dihela mendengar ugutan Datin Fatimah itu. Adam menghentikan putaran pen tadi. Badannya disandarkan pada kerusi. Dahinya dipicit. Sungguh, dia rasa rimas. Rimas dengan sikap Datin Fatimah yang suka mengarah itu dan ini seolah dirinya ini masih remaja.

"Lagipun Lea demam sebab Adam."

Merapat kedua kening Adam. "Sebab Adam kenapa pulak? Apa yang Adam buat? Dia mengadu apa pulak dekat mummy?" Bertalu-talu soalan diaju, tak puas hati.

"Lea tak pernah mengadu apa-apa dekat mummy."

"Habis tu, macam mana mummy tahu dia demam kalau bukan dia sendiri mengadu? Demam sikit pun mengada-ngada mengalahkan orang dah nazak!" Tak bertapis sikit pun mulutnya menyelar.

"Astaghfirullahalazim. Jaga sikit mulut Adam tu! Mummy tak pernah ajar Adam kurang ajar macam ni!"

Adam memandang siling bilik pejabatnya. Tak ada langsung secebis rasa bersalah dengan omongannya tadi.

"Suami jenis apa Adam ni? Isteri sendiri sakit tapi boleh cakap mengada-ngada? Langsung tak rasa simpati ke dalam diri tu? Lea demam sebab apa yang Adam buat pada dia dekat parking haritu lah!"

Mendengarkan itu, layar ingatannya mula memutar kembali kejadian tempoh hari. Sampai sekarang dia masih ingat bagaimana sepasang mata yang lebat dengan air mata milik Azalea memandangnya dengan padangan yang meredup takut. Tidak hanya itu, tangisan dan jeritan bersulam rayuan juga masih terdengar-dengar di telinganya.

"Balik kerja karang, pergi rumah Lea, bawak Lea pergi klinik. Jangan jadi suami tak guna yang tak tahu tanggungjawab."

Tak guna? Datin Fatimah cakap dia tak guna? Bohonglah kalau Adam cakap dia langsung tak tersentap 'dibasuh' begitu oleh Datin Fatimah.

"Kalau arwah daddy masih hidup mesti dia lagi kecewa daripada mummy tengok satu-satunya anak yang dia didik dengan adab dan ilmu dari kecil sampai besar buat perangai macam ni. Tak reti nak jaga hati isteri. Tak reti nak..."

"Enough, mummy." Pintas Adam. Sudah tak larat nak tadah telinga mendengar ceramah Datin Fatimah. "Balik nanti Adam bawak dia pergi klinik. Puas hati mummy?" Soalnya agak sinis.

"Selagi Lea tak jejak kaki ke klinik selagi tulah mummy takkan puas hati! Mummy takkan percaya!"

Merengus perlahan Adam saat itu. Susah betul cakap dengan mummynya ini. Ada saja yang nak dibidas kembali. "Nanti Adam ambil gambar kami dekat klinik kalau mummy tak percaya sangat. Kalau tak puas hati jugak, Adam buat video call terus dengan doktor sekali."

"Tak payah nak melawak macam tulah, Adam!"

Tak semena senyuman Adam terbentuk nipis mendengar suara bengang Datin Fatimah. Dapat dia bayang bagaimana cemberutnya wajah wanita itu.

"Okeylah, mummy. Adam banyak kerja ni. Adam letak dulu. Assalamualaikum." Terus talian dimatikan tanpa menunggu balasan dari talian sebelah sana. Nanti lagi banyak bebelan yang boleh buat telinganya bernanah jika berlama-lama di talian.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now