Bab 12

8.2K 480 54
                                    

KE kiri kanan bola mata Azalea bergerak memerhati setiap orang di dalam pejabat. Syaza sedang bercakap di telefon. Kak Mila dan yang lain-lain pula begitu fokus menghadap laptop. Perlahan-lahan laci meja ditarik dan sehelai kertas A4 yang bercetak diambil. Untuk beberapa ketika, dia merenung kertas itu.

Dah sampai masanya, Lea. Kau akan bebas tak lama lagi!

Berbekalkan semangat yang ditiup sendiri itu, Azalea menguntum senyuman kecil. Terbayang sudah di fikirannya yang sebentar lagi dia akan menaip surat perletakkan jawatan dan pergi meninggalkan Solid Structures buat selamanya. Juga, tinggalkan Kuala Lumpur. Dia tak akan jejakkan kaki di ibu kota ini lagi.

Tak sabarnya!

Bangun dari duduk, Azalea terus menapak ke tingkat atas. Melingas lensa mata Azalea memandang ruang yang sangat sunyi walaupun berpenghuni oleh beberapa orang staf bahagian Sumber Manusia. Yang kedengaran hanyalah bunyi ketikan papan kekunci. Bukan dia tak biasa dengan melihat suasana begini apabila dia naik ke tingkat 8 ini. Sepanjang dia bekerja di sini, inilah yang dia lihat setiap kali ada urusan yang memerlukan dia naik ke aras ini.

Kali ini, dia menjejakkan kaki di sini bukan kerana urusan kerja tetapi peribadi. Dan itu lebih membuatkan dia berdebar sakan. Dadanya seakan mahu pecah. Semakin dia menghampiri tujuannya, semakin laju jantungnya berdegup. Semangatnya yang berkobar-kobar tadi mula malap diganti dengan rasa takut pula.

Sampai di sebuah bilik, Azalea berdiri di depan meja yang berada bersebelahan dengan bilik itu. Kosong. Seminit dua menunggu, Dira masih belum muncul. Dia mula teragak-agak. Boleh ke dia bertemu dengan orang di dalam tanpa maklumkan kepada Dira sebagai PA bos terlebih dahulu? Memandangkan itu memang prosedurnya sebelum berjumpa dengan bos.

Ditunggu lagi beberapa minit tetapi bayang Dira tak juga kunjung tiba. Lalu, dengan keberanian yang berada di paras terendah, Azalea mendekati pintu bilik yang tertutup rapat. Tangan yang sejuk bagaikan ais diramas-ramas sebelum diangkat dan mengetuk perlahan.

"Masuk."

Terus sumbang ritma jantung Azalea berdegup apabila mendengar suara dari dalam. Udara digali sedalam mungkin mengisi oksigen di peparu dan dihembus. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas dan ditutup. Mengeras kakinya berdiri di belakang pintu itu bersama renungan yang terhala terus ke arah figura yang masih menunduk, sedang mencatat sesuatu di atas kertas.

Debaran semakin menggila. Telapak tangan mula berpeluh. Rasanya mahu saja dia keluar semula dari bilik itu. Namun, belum sempat dia buat apa yang difikirkan, kepala yang menunduk itu diangkat. Terus bertaut pandangan mereka. Sumpah, dia harap bumi ini terbelah dan menelannya sekarang!

Terangkat sedikit kedua kening Adam melihat kemunculan Azalea. Turun naik matanya memerhati sarira yang sedang berdiri tegak umpama tiang lampu itu. Tak sangka yang Azalea berani datang bertemu dengannya sedangkan sebelum ini bukan main gigih mengelak daripadanya.

Pen di tangan diletakkan. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi dan berpeluk tubuh. Matanya masih melekat di wajah putih bersih itu. Sengaja dia mengunci mulut. Mahu mendengar mulut itu bersuara terlebih dahulu.

Ketar lutut Azalea kala itu apabila ditenung tanpa suara begitu. Walaupun renungan Adam tak setajam dan sebeku selalu, tapi tetap saja mampu membuatkan dia gerun. Namun, untuk berpatah balik sekarang, sudah terlambat. Lagipun dia sendiri yang sudah nekad untuk selesaikan segalanya hari ini.

"S– saya ada hal penting nak bincang dengan awak. Kalau awak tak busy, boleh kita bercakap sekejap?" Hampir tak terkeluar suaranya menyatakan dua ayat itu.

Adam menjungkitkan keningnya, menyoal dalam isyarat. Anak mata Azalea dipaku dalam renungannya. Nampak jelas yang wanita itu sedang gelisah.

Dengan lafaz bismillah di dalam hati, Azalea mengatur langkah mendekati meja Adam. Sampai di depan meja, kertas yang dibawa bersamanya tadi diletakkan di atas meja dan ditolak ke arah Adam. Undur setapak, dia terus menunduk memandang ke lantai. Kedua-dua tangannya yang berpeluh dingin disatukan. Resah menanti reaksi Adam.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now