Bab 14

8.8K 591 101
                                    

PIJAK sahaja lantai lobi, lensa mata Adam terus menangkap sosok tubuh seorang lelaki yang dikenali sebagai Irfan, sedang rancak bersembang dengan seorang lagi lelaki di depan lif.

Sengaja dia menunggu di lif yang sama walau ada dua lif di situ. Sengaja juga dia berdiri berhampiran dengan Irfan tetapi masih dalam jarak yang tak membuatkan Irfan perasan akan kehadirannya. Nasib baik juga ada lagi beberapa orang menunggu di depan lif itu.

Apa yang Irfan buat di sini? Irfan bekerja di salah satu syarikat di bangunan ini ke? Kalau iya, patutlah dia seakan pernah tengok wajah Irfan sewaktu terserempak di pusat beli belah waktu itu. Dan jika begitu, bererti Irfan dan Azalea pasti sering bertemu juga.

Dalam pada otaknya sedang sibuk membuat teori sendiri, tiba-tiba perbualan Irfan dan rakannya itu menarik perhatiannya untuk memasang telinga dengan lebih teliti.

"Hari Ahad hari tu aku terserempak dengan Azalea dekat mall. Aku baru nak borak-borak dengan dia tapi tiba-tiba ada orang call aku. Lepas tu, dia tinggalkan aku macam tu je."

Kedengaran kecewa sekali nada suara Irfan di halwa telinga Adam. Sesaat kemudian lelaki di sebelah Irfan tiba-tiba ketawa.

"Apa bendalah yang kau tak sudah-sudah nak try dia? Aku tengok dia sikit pun tak pernah nak layan kau. Senyum pun nak tak nak je. Aku rasa elok kau stop usha dia. Entah-entah dia dah ada boyfriend sebab tu dia tak pernah layan kau."

Tersenyum sinis Adam mendengarkan itu. Bukan setakat sudah ada boyfriend tapi sudah ada suami!

"Tapi kawan dia si Syaza tu cakap dekat aku yang dia tak ada boyfriend lagi."

"Kalau dia tak ada boyfriend sekalipun, tak semestinya dia tengah cari boyfriend, kan? That might be one of the reasons she never gave you a shot to get to know her personally."

Entah kenapa Adam rasa lega dengan bicara lelaki itu. Bermakna Azalea tak pernah membuka peluang untuk didekati oleh Irfan.

"Tak salah kalau aku cuba, kan? Manalah tahu lama-lama nanti dia cair dengan aku."

"Haih, susah bercakap dengan orang gila bayang macam ni. Cuba kau bagitahu aku kenapa kau suka sangat dengan dia? Sebab dia cantik?"

"Cantik tu memang cantik. Tapi aku suka dia bukan sebab dia cantik je tapi sebab dia jenis susah nak dapat kot. Itu yang lagi buat aku nak dapatkan dia. Aku rasa tercabar. Aku tetap nak try dia sampai dia jatuh dalam tangan aku."

Sakit pula hati Adam mendengar setiap ayat yang terlontar keluar dari mulut Irfan. Bukan main lagi lelaki ini hendakkan isterinya!

Tapi maaflah. Kau cuma boleh berangan je, Irfan. Jangan harap kau boleh dapatkan Azalea.

Adam berdeham membetulkan tekaknya sebelum bahu Irfan ditepuk sekali. Senyuman nipis digariskan apabila serentak dua lelaki itu menoleh ke arahnya. Entah Irfan cam atau tidak dengannya. "Sorry for butting in. Are you guys talking about Azalea, who works with Solid Structures on the 7th floor?"

Irfan dan rakannya mengangguk bersama riak yang sedikit terpinga-pinga. "Yes. Why?"

"Sorry, I have to rain on your parade and burst your bubble of wooing her, but I gotta be real with you." Setapak Adam mendekat. Anak mata Irfan ditikam tajam.

"She's one of my staff and she's married. So, stop trying to hit on her after this. Find someone else. There are plenty of other fish in the sea." Ujarnya senada tapi terselit ketegasan di situ. Senyumannya disembunyikan tika melihat perubahan air muka Irfan.

Ting!

Kakinya terus diatur ke lif satu lagi apabila pintu lif itu terbuka. Sempat dia menoleh kepada Irfan yang masih terdiam kaku itu sebelum meloloskan tubuh ke dalam perut lif. Butang berangka 8 ditekan.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now