ROSE mengocak-ngocak kedua-dua kakinya di dalam kolam renang itu. Kocakan kaki yang menghayun perlahan semakin lama semakin laju. Sama laju dengan ombak dadanya yang turun naik menahan perasaan yang mendongkol di dalam hati.
Sungguh, dia tak pernah rasa sesakit ini kerana seorang Adam. Sewaktu Adam menyampaikan berita tentang keputusannya untuk menikahi Azalea dulu pun hatinya tidak sesakit ini. Tapi hari ini hatinya sakit umpama ditikam berkali-kali dengan kejam oleh tombak tajam.
Sejak semalam, bawa ke hari ini Adam mengabaikannya. Adakah memang Azalea punca Adam berubah tiba-tiba begini? Tak, tak mungkin. Adam tak mungkin berpaling daripadanya. Adam setia padanya.
Memang sebab Azalea. Kenapa kau nak nafikan lagi, Rose? Kau sendiri dah tengok dengan mata kepala kau apa yang jadi pagi tadi, kan? Kau nampak macam mana Adam peluk Azalea, kan? Itu apa yang kau nampak. Apa yang kau tak nampak, entah-entah lebih dari tu!
Terpejam kelopak kata Rose. Bibirnya diketap kuat. Bayangan pagi tadi cuba diusir dari terus berputar di kotak memorinya. Namun, semakin dia cuba, semakin jelas bayangan itu mendera mentalnya.
"Adam..." Hampir tak terkeluar suara Rose memanggil Adam sejurus sahaja Azalea keluar dari bilik itu. Perlahan-lahan dia menapak masuk dan daun pintu ditutup.
"You buat apa dekat sini pagi-pagi ni? Tak kerja ke?"
Serta merta rasa ngilu menghujam ulu hati Rose mendengar Adam menyoalnya dengan nada suara yang kedengaran tidak begitu mesra seperti selalu. Tiada riak teruja di wajah Adam menyambut kedatangannya.
"I nak jumpa you. I rindukan you." Lembut dia menjawab. Bola matanya mengekor gerak geri Adam yang sudah mula melabuhkan duduk di kerusinya.
"You tak kerja?"
Keluhan dihela perlahan apabila Adam lebih cakna akan kerjanya berbanding bertanya khabar tentang dirinya. "Kerja. Tapi I masuk lewat sikit. I nak jumpa you dulu. I tak tenang selagi tak jumpa you. I nak tahu kenapa you abaikan I. Call I, mesej I, semua you tak endah. Macam mana I nak buat kerja dengan tenang kalau macam ni, Adam."
"I busy sikit sebab tu I tak sempat nak jawab call dan mesej you."
"Takkan sepatah pun tak boleh? Before this, you've always made time for me, no matter how busy you are. But now..."
"I memang busy."
"Busy dengan Azalea?" Anak mata Adam dipanah dalam.
"Rose, I tak ada masa nak bincang pasal benda remeh ni dan I tak boleh nak layan you sekarang. Lepas ni I ada meeting. I tak nak you rasa I abaikan you pulak nanti kalau you tunggu I kat sini. You pergi balik dulu, okey?"
Terdiam saat Rose di situ. Adam sudah pandai mengusirnya dengan cara halus begini. Masih banyak yang perlu dia katakan serta dia mahu Adam menjelaskan apa yang berlaku antaranya dengan Azalea tadi tapi Adam menganggap itu semua perkara remeh.
"Esok kita lunch sama-sama. I promise."
Mahu tak mahu Rose terpaksa mengangguk setuju. Daripada Adam terus mengacuhkannya nanti lebih baik dia ikut saja rentak Adam.
"Rose?"
Tersentak Rose apabila bahunya ditepuk lembut. Terbang melayang semua senario pagi tadi. Mendongak dia ke kiri. Senyuman nipis dicarik buat babanya di atas kerusi roda.
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...