Bab 16

8.8K 486 53
                                    

ROSE merenung Adam yang sedang ralit menilik menu di tangan. Sikit pun dia tak mengalihkan pandangannya dari wajah tampan Adam. Bibir dalamnya digigit-gigit. Sejak Adam berubah laku, dia jadi teragak-agak untuk berbicara. Bimbang andai tersalah cakap, Adam akan terus mengacuhkannya.

"Adam..." Terbantut bicaranya apabila pelayan tiba-tiba muncul untuk mengambil pesanan. Selesai membuat pesanan, Rose kembali memandang Adam yang sedang menaip sesuatu di telefon pintar. Keluhan dihela.

Beralih retina Adam dari skrin telefon ke wajah Rose tatkala mendengar wanita itu mengeluh. Lalu, telefon pintarnya diletakkan di atas meja. Badannya disandarkan di kerusi sambil bersilang tangan di dada.

Beberapa saat mereka saling merenung antara satu sama lain tanpa suara. Tak betah terus menerus ditenung oleh Adam, Rose menunduk seketika. Tak tahu kenapa dia rasa ada sesuatu tersembunyi di sebalik pandangan mata Adam itu. Tapi apa?

"Are you cheating on me, Rose?" Tak ada kias-kias, langsung saja Adam menyoal.

Laju Rose mengangkat mukanya. Terkejut dengan soalan itu. "What?"

"Someone saw you in KLCC with a guy last week. Tell me, who's that guy." Sebelah kening dijungkit.

Merapat kedua-dua kening Rose mencerna maklumat itu. "I didn't go to KLCC last week. In fact, I haven't been there in quite some time. Who on earth told you this crap?" Tegang nada suaranya.

"Siapa yang bagitahu, itu tak penting. I nak you jujur je dengan I. Betul atau tak you ada lelaki lain belakang I."

"Sumpah, demi Tuhan I tak pernah ada lelaki lain selain daripada you." Telapak tangan kanannya ditegakkan. "Dari dulu sampai sekarang cuma you je satu-satunya lelaki yang dekat dengan I. I tak pernah curang!" Tekan Rose bersungguh-sungguh.

Terdiam sekejap Adam dengan kesungguhan Rose membela diri. Hatinya mula berbolak balik. Percaya dengan tidak percaya sama banyak. Mungkin ke Uzair memang tersalah nampak? Tapi kalau Rose memang menipu macam mana? Dengan apa yang tersingkap lagilah membuatkan dia susah untuk percayakan Rose.

Melihat Adam membisu, Rose mula resah. "You tak percayakan I, Adam? You lebih percayakan orang lain daripada I? Ataupun you sengaja reka cerita macam ni sebab nak tinggalkan I? Hati you dah mula beralih pada Azalea, kan? Sebab tu you cari cara untuk putus dengan I. Betul tak?"

Tergeleng perlahan kepala Adam. Tersasar jauh betul tebakan Rose itu. "Benda ni tak ada kaitan langsung dengan Azalea. I cuma nak..."

"Kenapa tak ada kaitan pulak?" Cantas Rose. "Dengan apa yang you buat dengan Azalea dalam office you semalam dah cukup jadi bukti yang you memang dah tak perlukan I sebab you dah ada Azalea untuk bagi you apa yang I tak boleh bagi!" Tokoknya geram.

Mengecil mata Adam menghadam maksud Rose. Dan dia seakan boleh menangkap apa yang Rose cuba katakan. Rose nak cakap yang Azalea 'melayan' dia selayaknya seorang isteri ke dengan apa yang Rose nampak semalam? Tak ada benda lain ke nak fikir selain itu?

"Apa yang I dengan Azalea buat?" Sengaja dia menyoal begitu. Mahu mendengar sama ada betul atau tidak pemahamannya dengan kata-kata Rose tadi.

Semakin mendidih pula hati Rose apabila Adam berpura-pura tak faham begitu. "You peluk Azalea melekat rapat dengan you. You usap-usap pipi dia. You ingat I tak boleh nak teka ke apa yang you dengan dia dah buat kalau dah macam tu?"

Tengok, betul apa yang dia fikirkan. Rose memang menyangka dia dan Azalea melakukan perkara itu. "Kalau I buat apa-apa dengan dia pun apa masalahnya? Dia halal untuk I sentuh. Tak berdosa sikit pun." Sengaja lagi Adam menuang minyak ke dalam api amarah Rose.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now