Bab 19

8.5K 606 78
                                    

FOKUS Azalea mendengar penerangan Dira sambil tangannya laju mencatat setiap maklumat penting yang keluar dari mulut Dira. Sesekali matanya jatuh pada skrin iPad, melihat susun atur jadual kerja bos mereka yang Dira telah susun untuk bulan ini.

Legalah sedikit bila memikirkan itu. Tetapi bermula bulan depan, dia yang akan menyediakan jadual tersebut. Macam mana kalau dia tak dapat buat sebaik Dira? Macam mana kalau kerja Adam nanti bertambah serabut di bawah pengurusannya? Macam mana kalau dia buat banyak kesalahan?

Haih... Kenapalah Adam paksa dia duduk di jawatan ini! Sumpah, dia tak suka dengan sikap Adam yang suka memaksa dan langsung tak boleh nak berkompromi!

Tersenyum Dira mendengar keluhan halus Azalea. Sudah tak tahu berapa kali telinganya ini menangkap keluhan yang terhela sepanjang tempoh dua minggu ini. Kadang timbul juga rasa simpatinya terhadap Azalea. Gara-gara dia terpaksa berhenti kerja secara mengejut, Azalea yang menjadi mangsa menggantikan tempatnya.

Tapi kenapa Encik Adam memilih Azalea? Persoalan yang bukan saja membuatkan dia tertanya-tanya, bahkan semua staf. Semua terkejut sewaktu mendengar pengumuman tempoh hari.

"Sepanjang 2 minggu ni, awak faham apa yang saya ajar, Lea?"

Azalea mengangguk perlahan. Memang dia faham tapi untuk melaksanakannya nanti dia langsung tak yakin dia boleh.

"Nanti kalau awak nak tanya saya anything, awak boleh call atau mesej je saya, okey?"

Menoleh Azalea memandang Dira. "Tak apa ke? Saya takut kacau awak je nanti. Dah resign pun kena fikir lagi pasal kerja dekat sini."

Dira mengangguk bersama senyuman yang masih tak lekang. "Tak apa. Saya faham bukan senang nak adapt dengan kerja baru dalam masa yang singkat macam ni. Ataupun kalau awak tak faham awak boleh terus tanya Encik Adam. Dia takkan marah."

Bungkam sekejap Azalea mendengar ayat terakhir itu. Boleh jamin ke Adam takkan marah dia? Sedangkan selama ini tengok muka dia saja Adam sudah naik angin. Rasanya tak pernah lagi setiap kali dia bersua muka dengan Adam, dia tak dimarahi. Kalau tak dimarahi sekalipun, Adam akan menyakitkan hatinya dengan bicara yang pedas dan tajam.

"Awak tak pernah kena marah dengan Encik Adam sepanjang awak kerja dengan dia?" Soalnya.

"Tak pernah. Kalau ada salah dekat mana-mana dia tegur elok-elok. Cuma kalau nak dibandingkan Encik Adam dengan Dato' Norman, Encik Adam lebih tegas dan serius. Tapi dia senang dibawak berbincang." Jelas Dira.

Senang dibawak berbincang? Tapi bila dengan saya langsung tak boleh nak bincang apa-apa, Dira.

"Encik Adam memang sentiasa serius ke?" Penting untuk Azalea tahu tentang itu. Meski dia rasa yang Adam memang sentiasa serius dengannya dan hanya punya satu mood istimewa untuk dia seorang. Iaitu marah-marah.

Tergelak kecil Dira. "Taklah dia serius je memanjang. Ada masa dia serius. Ada masa dia boleh juga bawak bergurau. Tapi lately ni dia memang serius. Saya tak pernah tengok dia serius macam ni. Rasanya mungkin sebab ada masalah dekat kilang. Dia pun jarang masuk office seminggu dua ni."

Azalea mula resah. Teruk ke masalah itu? Nanti... tak, bukan nanti. Tapi esok. Bermula esok, mesti Adam lepaskan kemarahannya kepada dia. Mahu tak mahu dia terpaksa hadap jugalah jika itu terjadi. Lagipun memang tujuan Adam memaksa dia mengambil alih tempat Dira untuk melepaskan segala dendam kesumat dan amarahnya.

"Selalu tak awak ikut Encik Adam pergi mana-mana? Maksud saya macam ikut dia pergi meeting dekat luar ke? Ataupun belikan makanan untuk dia? Selalunya PA kena buat semua tu, kan?"

"Memang itu termasuk dalam skop kerja as a PA, tapi Encik Adam tak pernah bawak saya ikut dia pergi mana-mana. Belikan breakfast or lunch untuk dia pun dia tak pernah suruh. Bahkan air kopi pun dia tak pernah minta saya buatkan. Saya memang buat kerja dekat office semata-mata. Tak pernah Encik Adam suruh saya buat kerja yang berkaitan dengan hal peribadi dia."

Kerana DendamWhere stories live. Discover now