"MUMMY ada dekat mana? Rumah atau kedai bunga?" Soal Adam sambil mengetuk permukaan meja dengan hujung jari telunjuknya.
"Dekat hospital. Tapi kejap lagi mummy dah nak balik dah. Kenapa, Adam?"
"Kalau macam tu mummy tunggu Adam. Adam datang ambil mummy." Tangannya mula mengemas meja yang berselerak.
"Kenapa Adam nak datang ambil mummy? Mummy boleh balik dengan Pak Nasir."
"Adam nak jumpa mummy. Adam ada benda nak tanya mummy." Siap mengemas meja dengan ala kadar, laptop pula ditutup.
"Nak tanya apa?"
Adam bangun dari duduk. "Tak boleh tanya dalam phone. Adam nak jumpa mummy jugak."
"Iyalah. Mummy tunggu Adam. Bawak kereta tu elok-elok."
"Okey, mummy. Assalamualaikum." Usai salamnya dijawab oleh Datin Fatimah, Adam terus mematikan talian dan menapak keluar dari bilik. Sempat jam di pergelangan tangannya dilirik. Sudah hampir ke pukul 6.10 petang.
Tarik daun pintu, hampir saja tubuhnya bertembung dengan Rose di depan muka pintu. "Rose? Buat apa depan bilik I ni? Kenapa tak balik lagi?"
Rose senyum kecil dan berganjak ke tepi sedikit, memberi ruang kepada Adam mengunci bilik pejabatnya. "I ingatkan nak jumpa you. Nak balik dengan you."
Berkerut kening Adam. "Balik dengan I? Kenapa pulak? Bukan ke you bawak kereta sendiri hari ni?"
Pudar senyuman Rose. "Memanglah. Tapi I nak gerak balik dengan you. Tak boleh ke?" Kendur dia menyoal. Berjauh hati dengan pertanyaan Adam tadi. Terasa seolah Adam tak mahu pulang bersamanya.
"Semalam dahlah I kena balik dengan grab." Tambahnya lagi bersama rajuk yang mula memberat apabila teringat perihal semalam.
Adam menghembus nafas pendek. Rambutnya diraup ke belakang. "You tahu I bukan sengaja tak nak hantar you balik semalam, kan? You pun okey je masa I tanya semalam. Kenapa hari ni you nak mengungkit pulak?"
Ngilu ulu hati Rose dituduh mengungkit begitu. Dia mengharapkan pujukan daripada Adam tapi sakit hati yang dapat. Ditambah dengan nada suara yang agak mendatar lagilah menambah rasa sakit hatinya.
"I bukan nak mengungkit. Cuma..." Bicaranya tak dapat dihabiskan apabila rasa ngilu tadi makin menyucuk sakit.
Lagi sekali Adam menghela nafas agak kasar. "Rose, I minta maaf. I tak sengaja cakap macam tu. I'm sorry, okay?" Pujuknya lembut.
Bertambah pedih ulu hati Rose tatkala telinganya menangkap bunyi rengusan Adam. Pujukan itu pula kedengaran sangat palsu. "Tak apa. Bukan salah you pun. I yang mengada-ngada ungkit pasal semalam sedangkan you dah minta maaf tak dapat hantarkan I balik semalam." Senyuman tawar diukir.
"Boleh ke kita balik sekali?" Tanyanya semula.
"I sebenarnya nak pergi hospital ambil mummy."
"Oh..." Mengendur bahu Rose mendengarkan itu. Datin Fatimah lagi. Semalam pun Datin Fatimah juga yang menjadi puncanya. Sampai bila dia terpaksa hadap situasi di mana Datin Fatimah akan selalu menjadi orang tengah macam ini? Sampai bila dia terpaksa mengalah?
"Tak apalah kalau macam tu. Sampaikan salam I pada mummy you, ya?" Ujarnya dan terus mengangkat kaki meninggalkan Adam. Besar harapannya agar Adam mengejar dan memujuknya lagi tetapi hampa. Namanya pun tidak dipanggil.
You sedar tak you semakin berubah, Adam? Semalam, I nampak you risaukan Lea. Hari ni, you biarkan je I macam ni. You dah tak bersungguh pujuk I macam dulu lagi.
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...