Bab 23

10.6K 619 138
                                    

KELUAR dari kereta, Adam meliarkan bola matanya memandang ke sekeliling kawasan parkir itu mencari kereta Azalea. Jumpa apa yang dicari, dia mengeluh lega. Lega Azalea mendengar katanya. Tak sia-sia dia memberi pilihan yang begitu berat sebelah kepada Azalea malam tadi.

Langkah diatur masuk ke dalam bangunan itu. Sempat dia mencapai bungkusan makanan di tempat duduk penumpang.

Sampai di depan biliknya, macam biasa tiada sapaan daripada Azalea. Berbeza dengan Dira yang ramah mengucapkan 'Good Morning' kepadanya setiap kali dia tiba. Pembantu peribadinya yang baru ini bukan saja berat mulut untuk mengucapkan ucapan itu, tapi nak senyum pun tak mahu.

"Masuk dalam sekarang." Arahnya sebelum menolak daun pintu.

Terkebil-kebil Azalea memandang pintu yang tertutup itu. Adam suruh dia masuk sekarang? Tapi Dira pesan suruh tunggu 10 minit dulu baru masuk. Kelmarin pun Adam tak suruh dia masuk terus. Adam tersalah cakap ke?

Hujung bibirnya digigit halus. Jadi, dia perlu ikut arahan Adam atau pesanan Dira sekarang?

Dalam dia sedang berkira-kira itu, tanpa sedar kakinya sudah pun melangkah menuju ke pintu dan daun pintu ditolak. Adam yang berdiri membelakanginya, sedang mengambil sebuah fail di almari yang hanya boleh diakses oleh lelaki itu sahaja ditenung sesaat dua sebelum lambat-lambat dia mendekat. Tegak dia berdiri di depan meja.

Pusing tubuh, Adam meletakkan fail di atas meja. Laptop dihidupkan kemudiannya. Dia tidak terus duduk. Badannya dibongkokkan sedikit lalu kedua-dua telapak tangannya ditekan pada permukaan meja. Iris matanya dipaku pada Azalea.

"Kau breakfast tak pagi ni?"

Meski berasa aneh ditanya begitu, Azalea tetap mengangguk.

"Breakfast dekat mana?

"Rumah."

Adam diam seketika bersama renungan yang masih tertampal di wajah Azalea. "Kalau aku call ibu kejap lagi, ibu cakap kau tak breakfast, siap."

Azalea mengerutkan keningnya. Apa masalah Adam sehingga mahu menghubungi ibunya semata-mata ingin bertanya tentang dia bersarapan atau tidak? Dan kenapa tiba-tiba perihal sarapan ini menjadi isu kepada Adam?

"Betul kau breakfast?" Lagi Adam menyoal, memberi peluang kepada Azalea untuk bercakap jujur.

"Kenapa awak tiba-tiba tanya saya soalan macam ni?" Terluah juga persoalan itu dari mulut Azalea.

"Sebab ibu bagitahu aku yang kau selalu skip makan. Susah nak makan. Nak kena paksa baru nak makan. Macam budak kecil." Sempat Adam memerli di hujung kata.

"Saya makan atau tidak tak ada kena mengena dengan awak. Perut saya, bukan perut awak." Bidasnya perlahan. Geram juga dia apabila Adam sengaja mencari pasal begini. Ada saja tak kena di mata Adam. Ada saja bicara menyakitkan hati yang keluar dari mulut itu. Entah kena sampuk dengan apa Adam pagi ini tiba-tiba saja kisahkan sarapannya.

Adam menegakkan tubuhnya. Kedua-dua tangannya disilang di dada. "Dah makin berani kau melawan cakap aku sekarang, kan?" Mencerun tajam matanya.

Terkemam rapat bibir Azalea. Padangan matanya terus dilarikan dari tikaman tajam mata Adam.

"Kau tahu tak kau buat ibu risau bila kau buat perangai tak nak makan macam tu? Kau suka ke risaukan ibu, risaukan mummy? Risaukan orang sekeliling kau?"

Azalea senyap menekur lantai. Mencerna kata-kata Adam dalam diam. Sungguh mudah Adam melemparkan tuduhan begitu. Adam tak tak tahu macam mana setiap hari dia kuatkan semangatnya mengharungi hari yang panjang dan berpura-pura dia baik-baik saja semata tak mahu orang sekelilingnya bimbang.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now