Bab 24

9.9K 549 152
                                    

ADAM merenung botol kecil di tangannya sementara menunggu talian telefon pintar yang melekap di telinga bersambut. Sesekali botol itu dipusing ke depan dan ke belakang. Botol yang hampir dia lupa akan kewujudannya kerana kesibukannya dan bermacam-macam perkara yang menyerabutkan kepalanya.

"Hello, Solid Struc..."

"Aku tak masuk ofis pagi ni. Mungkin lepas lunch nanti baru aku masuk kalau sempat. Kalau tak sempat aku tak masuk." Cepat saja Adam memintas percakapan Azalea di talian.

Senyap.

Bertaut kening Adam apabila tiada sebarang suara yang kedengaran. "Kau dengar tak apa aku cakap?"

"Dengar."

"Habis tu, tak ada mulut ke nak jawab?"

Senyap lagi.

Dalam Adam menarik nafasnya menahan geram dengan sikap berat mulut Azalea yang tak kena tempat ini. Bila disuruh bercakap tak nak bercakap. Bila disuruh diam, macam bertih jagung pula mulut itu menjawab cakapnya.

"Sayang memang suka buat abang naik angin ke? Memang suka buat abang marah?" Nada suaranya sengaja dilembutkan serta dikendurkan. Sengaja mahu mengenakan sang isteri dengan kata ganti diri begitu.

Dan senyuman Adam serta merta terbentuk tatkala mendengar Azalea batuk tersedak. Entah macam mana agaknya rupa Azalea sekarang.

"Kau tengah breakfast?" Jam dinding biliknya dikerling. Ada baki lima minit lagi sebelum jarum bergerak ke pukul 9 pagi.

"T– tak. S– saya tengah minum air."

Tersekat-sekat suara di talian menjawab bersama batuk kecil yang masih bersisa. "Minum air je? Tak breakfast ke?" Sedikit serius Adam bertanya.

"Dah breakfast dekat rumah. Saya memang betul-betul breakfast hari ni. Tak tipu. Sumpah."

Hilang serius tadi. Diganti pula dengan secarik senyuman di bibir Adam mendengar Azalea bersungguh bersumpah. Harapnya benarlah Azalea memang bersarapan.

"Aku tak masuk ofis pagi ni." Ulangnya lagi. "Aku tak ada meeting dengan sesiapa, kan?"

"Tak ada. Kenapa awak tak masuk ofis? Nanti senang saya nak jawab kalau ada yang cari awak."

Mata Adam melekat pada botol di tangan apabila diaju soalan itu. Sepintas lalu nama hospital yang tercetak di pelekat botol tersebut dibaca. Hospital yang sama di mana Dato' Norman ditempatkan.

"Aku nak pergi hospital jumpa doktor."

"Okey."

"Kau tak nak tanya kenapa aku pergi hospital jumpa doktor?"

"Hmm... kenapa? Awak sakit?"

"Ha'ah, aku sakit. Sakit kronik." Jawabnya serius.

"Hah?! Kronik sangat ke? Awak sakit apa? Mummy dah tahu?"

Terpaksa Adam mengemam bibirnya sekejap apabila ketawanya mahu terlepas mendengar nada suara Azalea yang agak terkejut.

"Mummy tak tahu. Kau sorang je yang tahu sebab kau punca aku sakit macam ni."

"Kenapa saya jadi puncanya pulak? Awak sakit apa sebenarnya?"

"Aku sakit hati. Hati aku ni sakit setiap kali bercakap dengan kau. Kau berat mulut nak jawab bila aku tanya. Bila aku suruh ikut cakap aku, kau kerja nak melawan je. Lepas tu, sakit hati aku ni semakin kronik bila kau tuduh aku yang bukan-bukan semalam." Puas hati Adam dapat mengenakan Azalea lagi sekali.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now