Bab 26

11K 567 109
                                    

DAUN pintu bilik Adam yang tertutup rapat direnung seketika sebelum dia membuka langkah beredar dari pejabat. Keluar dari perut lif, lambat-lambat Azalea menapak ke sudut lobi di sebelah kanan. Dia berdiri di situ memandang ke luar di sebalik cermin kaca yang menjadi dinding di bahagian lobi itu.

Langit mendung memuntahkan gerimis yang renyai-renyai membasahi bumi. Pegun dia dalam beberapa minit memerhati rintik yang turun dari dada langit senja.

Tak semena kejadian di dalam tandas tengah hari tadi datang mengetuk memori. Pujukan Adam masih jelas berbisik di halwa telinga. Pelukan Adam masih terasa merelung di tubuh. Nasib baik Adam tak mendesak dia untuk bercerita apa yang berlaku tadi. Selepas sesi menenangkannya, dia keluar begitu saja dari tandas dan Adam hanya membiarkannya tanpa bicara.

Matanya terpejam. Keluhan berat dihela perlahan.

Saya minta maaf, Rose. Saya dah langgar janji saya pada awak semalam. Saya tak sepatutnya biarkan Adam peluk saya dan bantu saya keluar dari rasa takut saya tadi. Saya minta maaf. Saya janji, ini kali terakhir saya benarkan Adam tolong saya.

Kelopak mata Azalea terangkat semula. Dia mengeluh lagi dan lagi. Telefon pintar di genggaman diangkat dan dibuka. Aplikasi grab ditenung lama. Jantungnya mula berdegup kencang. Setiap kali dia terpaksa menaiki grab setiap kali itulah rasa resah, gelisah serta takutnya akan datang bertandang.

Menyesal pula dia tidak minta tolong Syaza hantarkannya pulang sebagaimana dia meminta tolong Syaza menumpangkannya pagi tadi. Yakin sekali dia menolak pelawaan Syaza untuk menghantar dia pulang ke rumah sewaktu ditanya rakannya itu.

"Bismillah..." Aplikasi itu ditekan dan pesanan dibuat. 20 minit masa yang ditunjukkan untuk pemandu grab sampai ke sini. Boleh tahan lama juga. Mungkin kerana sekarang adalah waktu kemuncak orang ramai balik kerja.

"Lea?"

Berpaling Azalea ke kiri apabila mendengar namanya diseru. Spontan tangan kanannya naik menyentuh leher yang bertutup dengan selendang tatkala teringat akan peristiwa semalam. Kalau bukan kerana kemunculan Irfan, agaknya apa akan jadi padanya.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Irfan.

"Tunggu grab."

"Mana kereta awak?"

"Kereta saya tak hidup pagi tadi. So, saya terpaksa datang dan balik kerja dengan grab." Bohongnya. Walhal memang dia sengaja tak mahu memandu keretanya lagi kemana-mana. Dia takut diekori Pak Cik Mazlan. Dia takut Pak Cik Mazlan tahu di mana rumahnya.

Irfan mengangguk kecil. "Kalau macam tu awak cancel je grab tu. Saya boleh tolong hantarkan awak. Saya pun nak balik jugak ni." Pelawanya.

Laju saja Azalea menggeleng. "Tak apa. Saya naik grab je. Lagipun dah on the way."

Kecewa Irfan dengan penolakan yang langsung tak teragak-agak itu. Sama kecewa saat dia diberitahu yang Azalea sudah berkahwin oleh seorang lelaki dulu. Tapi nasib baik kecewanya yang itu tak lama apabila dia berjumpa dengan Syaza dan bertanya kesahihan hal itu. Bersungguh-sungguh Syaza menafi. Dan dia lebih memilih untuk percayakan Syaza daripada lelaki itu.

Azalea menggigit-gigit isi pipinya. Tak selesa dengan Irfan yang tiada tanda-tanda untuk beredar. Tak mungkin dia nak halau pula. Sudahlah Irfan membantunya semalam.

"Awak okey, Lea? Kenapa awak tak nak buat police report pasal semalam? Lelaki tu bahaya. Tak boleh biarkan dia macam tu je." Mujurlah Irfan teringatkan kejadian semalam. Dapatlah juga dia jadikan perkara itu satu topik untuk berlama-lama dengan Azalea.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now