SIAP merapikan diri, Uzair keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Senyuman serta merta terbentuk saat iris matanya bersabung dengan ayahnya yang sedang menonton berita di televisyen.
"Along nak pergi mana?" Encik Ibrahim memandang penampilan kemas Uzair atas bawah.
"Nak pergi hotel." Jawabnya seraya melabuhkan duduk di sebelah Encik Ibrahim.
"Hotel? Along nak jumpa client ke?"
Uzair menggeleng kecil. "Bukan. Along nak pergi tengok Azalea. Syarikat tempat dia kerja ada buat annual dinner. Bolehlah along ambil kesempatan tengok dia malam ni. Dah lama along tak tengok dia sejak Adam balik." Kali terakhir dia tengok Azalea dari jauh semasa di hospital dulu rasanya.
Untuk beberapa saat, Encik Ibrahim merenung wajah Uzair yang tidak menunjukkan sebarang emosi. "Macam mana dengan dia sekarang? Along dah lama tak cerita pasal dia."
"Azalea nampak okey je dari luaran. Rutin harian dia masih macam biasa. Pergi dan balik kerja. Jarang nak nampak dia keluar ke mana-mana." Memang sejak dia memerhatikan Azalea selama lebih kurang dua tahun lebih ini, dia jarang nampak Azalea keluar dari rumah melainkan ke tempat kerja. Cuma sesekali saja wanita itu keluar ke hopital sejak Dato' Norman koma.
"Bila along nak..."
"Bukan sekarang, ayah. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk along muncul depan dia. Along kena buat Adam percayakan along sepenuhnya dulu. Ayah faham maksud along, kan?" Wajah Encik Ibrahim dipandang bersama senyuman nipis.
Encik Ibrahim mengangguk. "Ayah harap semua ni dapat selesai secepat mungkin."
Uzair senyum lagi. Tangan kanan ayahnya ditarik dan disalam. "Along pergi dulu."
"Hati-hati bawak kereta." Sempat dia berpesan sebelum Uzair hilang di sebalik pintu utama.
Masuk ke dalam kereta, Uzair menghantar pesanan Whatsapp kepada Redza, meminta kepastian lagi sekali.
Kau sure ke Azalea memang pergi malam ni? -
Tak sampai seminit, Redza membalas.
- 100% sure
- Rose pun pergiMenjungkit sinis pinggir bibir Uzair membaca mesej terakhir itu. Tak usah diberitahu, memang dia sudah boleh mengagak Rose akan turut serta. Tak mungkin wanita itu akan melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan diri kepada umum sebagai kekasih Adam meski rata-rata sudah tahu tentang hubungan mereka.
Tapi sayangnya, hubungan yang terjalin itu akan dimusnahkan olehnya sampai lumat. Rose takkan dapat capai matlamatnya untuk hidup bersama Adam.
Not even in your wildest dreams, Rose!
• • • • •
DAUN pintu yang tertutup rapat diketuk bersama ucapan salam. Tak lama kemudian, pintu terkuak dari dalam. Adam melayang sebuah senyuman buat ibu mertuanya.
"Eh, Adam?" Terkejut Puan Hajar melihat Adam tiba-tiba muncul di rumahnya malam-malam begini.
Adam mengangguk kecil sebelum tangan ibu mertuanya itu disalam. "Lea dah siap, ibu?"
Berkerut kening Puan Hajar disoal begitu. "Siap? Siap untuk apa?"
Terlepas rengusan Adam di dalam hati melihat reaksi Puan Hajar begitu. Nampak sangat Azalea memang tak maklumkan kepada Puan Hajar tentang annual dinner itu dan dia simpulkan yang Azalea tetap berkeras dengan pendiriannya itu meski dia sudah memberi amaran.
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...