Bab 30

12.7K 683 123
                                    

SELESAI menunaikan solat subuh, Adam terus bangun mendekati Azalea yang masih terlena di atas katil.

"Lea?" Panggilnya. Namun Azalea langsung tak bergerak.

"Lea, bangun. Dah subuh ni." Dia menggoyang perlahan bahu Azalea. Masih juga mata itu tidak terbuka. Serta-merta hatinya dihurung kerisauan. Lalu dia duduk di birai katil. Pipi Azalea ditepuk. Alangkah terkejutnya dia apabila terasa bahang yang begitu panas sejurus telapak tangannya menyentuh pipi mulus itu. Dahi pula dijamah.

Sah! Azalea demam!

"Azalea?" Pipi Azalea ditepuk berkali-kali sambil dia memanggil sehinggalah kelopak mata itu bergerak-gerak dan akhirnya terbuka layu.

Beberapa saat mereka bertentangan mata sebelum Azalea tiba-tiba bingkas bangun dari perbaringan dan mengesot ke kanan dengan laju bersama wajah yang terkejut bercampur cemas.

Bagai mahu tercabut jantung Azalea melihat sarira Adam saat itu. Kepalanya yang berdenyut sakit menjadi semakin sakit. Suaranya yang mahu dilontarkan terasa tersekat di kerongkong yang perit.

"Relaks, okey?" Adam mengesot sedikit menghampiri Azalea.

Azalea panik dan mula mahu menangis. Dia semakin takut apabila tak tahu di mana dia berada sekarang dan mengapa Adam ada bersamanya.

"Jangan dekat..." Serak suaranya menegah Adam daripada terus menghampiri.

Melihat birai mata Azalea sudah mula bergenang, Adam tak jadi mendekati Azalea dan terus turun daripada katil.

"Okey. Aku tak dekat. Jangan takut. Aku takkan buat apa-apa. Aku cuma nak kejut kau bangun solat subuh." Jelas Adam.

Terjeda Azalea seketika. Matanya yang berair itu masih melekat pada Adam. Otaknya cuba mengerah memori untuk mengingati apa yang sudah berlaku semalam. Seingatnya kali terakhir semalam dia berada di tandas. Selepas itu dia dah tak ingat apa-apa lagi.

"Saya... ada dekat... mana ni?" Dalam kepayahan suara yang hampir hilang dia bertanya.

Kening Adam berkerut sedikit. Azalea tak ingat ke yang dia meracau-racau pagi-pagi buta tadi di bilik ini?

"Kau sekarang ada dekat bilik hotel. Bilik yang mummy tempah untuk bersiap pergi annual dinner semalam."

"Mummy mana?" Segenap inci bilik itu dijelajahi pandangan mata Azalea. Mencari kelibat ibu mentuanya.

"Mummy dah balik. Cuma ada aku je kat sini."

Mendengarkan itu Azalea segera turun daripada katil. Terhuyung-hayang tubuhnya apabila penglihatannya berbalam-balam dan berpusing-pusing. Hampir saja dia rebah namun pinggangnya tiba-tiba disauk.

Adam merangkul kemas pinggang Azalea. Saat itu juga dia dapat merasakan suhu panas tubuh langsing itu.

"Saya nak balik." Azalea cuba menolak tangan Adam yang membelit di pinggangnya.

Tubuh Azalea ditolak duduk di birai katil. Bahu Azalea tekan apabila Azalea mahu bangun semula.

"Kau demam ni. Kau sedar tak?" Ujar Adam sedikit tegas.

Azalea buat tak tahu. Tangan Adam di bahunya ditepis dan dia kembali berdiri. Sekali lagi dunianya terasa berputar membuatkan dia hampir tumbang.

Pantas Adam memeluk pinggang isterinya. Tajam renungannya menikam wajah pucat Azalea. Sakit-sakit macam ni pun nak berdegil lagi.

"Saya nak ba..."

"Ya, kejap lagi aku hantar kau balik." Pintas Adam seraya mendudukkan semula Azalea di birai katil.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now