Bab 4

24.7K 849 9
                                    

AIRA melepaskan keluhan lega sebaik saja projek Resort D Luviana tamat dan berjalan dengan lancar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIRA melepaskan keluhan lega sebaik saja projek Resort D Luviana tamat dan berjalan dengan lancar.

Selama tiga bulan dia bertungkus lumus bersama teamnya dalam menjayakan projek tersebut, akhirnya segala usaha dan kerja keras mereka selama tiga bulan ini tidak sia-sia.

Semua staf yang berada dalam bilik mesyuarat itu turut menghembuskan nafas lega sebaik saja Encik Kamal iaitu pengurus besar Hotel memberitahu cawangan Resort di Terengganu bakal beroperasi tidak lama lagi.

"Minta perhatian semua. Hari ini saya ada berita gembira yang ingin dikongsikan bersama awak semua." Ujar Encik Kamal. Semua staf fokus memandang ketua mereka dengan perasan teruja untuk tahu berita gembira tersebut.

Encik Kamal menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara. Dia juga tidak sabar melihat reaksi semua tentang berita yang akan disampaikan ini.

"Bulan lepas, team kita ada hantar proposal dengan syarikat The Legacy Group. Awak semua tahu kan The Legacy Group merupakan syarikat nombor 1 di negara kita dan semalam pembantu kepada Tengku Azzam Iskandar iaitu pemilik The Legacy ada hubungi saya dan memaklumkan yang proposal kita sedang disemak oleh Tengku sendiri." sambung Encik Kamal dengan wajah yang ceria ketika berkongsi berita dengan teamnya.

Jeda. Semua terkedu sehingga tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

Mereka tahu The Legacy memegang carta No 1 dalam industri di Malaysia. Banyak syarikat kecil cuba menghantar proposal untuk bekerjsama dengan syarikat tersebut. Disebabkan permintaan yang banyak, The Legacy terpaksa limitkan dan ketatkan syarat penapisan kepada syarikat-syarikat tersebut.

Dan sekarang, Hotel D Luviana antara syarikat yang terpilih. Jika nasib mereka baik dan proposal tersebut memuaskan Tengku Azzam Iskandar, secara tidak langsung syarikat mereka akan bekerjasama dengan The Legacy.

"Wahhh... kalau proposal kita diterima, makan besar la kita ya?" ujar Encik Syafiq yang merupakan ketua bahagian pemasaran. Yang lain turut mengangguk.

"Alhamdulillah, tak sabar nak jumpa dengan Tengku Azzam secara depan-depan." Kata staff yang lain pula. Perasaan teruja mereka tak dapat dibendung lagi.

Encik Kamal tersenyum. Dia pun takkan berada di tempatnya sekarang tanpa pekerja-pekerjanya.

Manakala Aira pula tersenyum kelat. Baru saja selesai satu projek, dapat pula tender baru. Punah harapannya nak berehat sambil menonton drama korea.

≪•◦ ❈ ◦•≫

"Okay, that's all for today. Dismiss." kata Tengku Adriel mendatar.

Dia lantas bangun dari kerusinya sebaik saja dia mengakhiri mesyuarat pada hari itu. Seperti biasa wajahnya hanya menayangkan riak beku. Yang lain turut bangun daripada kerusi masing-masing sebagai tanda hormat kepada Pengurus mereka.

Tengku Adriel terus berjalan masuk ke bilik pejabatnya. Akhirnya tamat juga projeknya yang dia usahakan selama 3 bulan ini. Bermakna dia akan meninggalkan syarikat ini dan pulang ke negara kelahirannya untuk menguruskan syarikat utama The Legacy Group. Tiada siapa yang tahu akan perihal ini termasuk Justin dan Lucas.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now