Bab 15

26.4K 872 2
                                    

MAJLIS resepsi pada sebelah malam berlangsung dengan meriah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAJLIS resepsi pada sebelah malam berlangsung dengan meriah. Memandangkan Tengku Adriel merupakan bakal pewaris The Legacy, majlisnya dihadiri oleh ramai tetamu VVIP dan juga beberapa pihak media.

Aira turut berasa letih kerana dress pengantin yang berkonsepkan fairytale yang disarung ditubuhnya agak berat. Menyukarkannya untuk bergerak. Nasiblah Tengku Adriel sentiasa berada disisinya sejak dari awal majlis lagi.

Merasakan kakinya yang agak pedih, Aira duduk di satu kerusi. Baru ingin menyelak sedikit kain dressnya, tangannya ditahan. Tersentak dia melihat Tengku Adriel yang sudah bertinggung di hadapannya. Sejak bila lelaki ini datang pun dia tak nampak.

"What's wrong? Are you hurt anywhere?" Dia perasan sejak tadi wajah Aira sedikit menyeringai seperti menahan sakit. Nampak saja Aira duduk dikerusi, dia terus menghampiri isterinya itu.

"Kaki saya... pedih sikit. Melecet kut." balas Aira dengan wajah yang menunduk. Dia kalau boleh tak mahu susahkan sesiapa di majlis ini.

Tengku Adriel lantas menyelak dress itu di bahagian kaki isterinya yang melecet disebabkan kasut tumit tinggi. Ada sedikit kemerahan dan luka kecil.

Mata mengerling jam tangan yang menunjukkan pukul 11.30 malam. Tetamu yang tinggal hanyalah keluarga dan kenalan rapat sahaja. Tengku Adriel bangun lalu mencari seseorang. Nampak saja kelibat Tengku Hanisah, dia terus menghampiri mamanya itu.

"Mama."

Tengku Hanisah menoleh. "Ya Riel?"

"Riel nak kena bawa Aira naik atas dulu. Kaki Aira dah melecet."

"Oh takpe, pergilah naik bawa Aira berehat. Dah lewat ni, kesian dia mesti penat dari tadi layan tetamu. Nanti jangan lupa letak ubat dekat kaki yang melecet tu." Ujar Tengku Hanisah siap berikan pesanan khidmat masyarakat lagi.

"Baik mama. Ni mama dengan papa boleh ke layan tetamu sendiri?"

"Boleh. Yang ni biar mama dengan papa settle. Dah naik nanti, Riel rehat je dengan Aira. Jangan mengada nak turun dan tinggal Aira sorang kat bilik." Ayat terakhir ditekan. Anaknya ni bukan boleh. Pantang tengok mama papa susah sikit, mulalah nak tolong itu ini.

"Ya mama..." jawab Tengku Adriel meleret. Badannya pun dah rasa letih seharian menjadi raja sehari. Dia melangkah pula menghampiri Aira.

"Mama suruh naik rehat kat atas. Kau boleh jalan tak?" Wajah kepenatan Aira dipandang.

Mata Aira terkebil-kebil.

"Err... boleh. Saya boleh jalan lagi." Jawabnya perlahan. Dia bangun dan berjalan mengikuti langkah suaminya menuju ke lif hotel itu namun kakinya yang sakit membataskan pergerakannnya. Bibirnya diketap menahan pedih.

Tiba-tiba badannya terasa berada di awangan. Terkejut dia dengan tindakan Tengku Adriel yang mengangkatnya dengan gaya bridal style. Tangannya terus merangkul leher Tengku Adriel, risau terjatuh pulak nanti.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now