Bab 24

28.2K 927 35
                                    

SELEPAS mengaminkan bacaan doa, Tengku Adriel memusingkan badannya menghadap si isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS mengaminkan bacaan doa, Tengku Adriel memusingkan badannya menghadap si isteri. Tangan dihulurkan, manakala Aira mencium tangan suaminya itu. Baru saja Aira ingin bangun untuk melipat telekung, tangannya ditarik sehingga dia hilang imbangan lalu jatuh terduduk di atas riba Tengku Adriel.

"Awak!" Terbeliak mata Aira melihat posisi kedudukan dia sekarang. Nak terkeluar jantungnya tadi, nasib tak jatuh.

"Who is 'awak'? I thought you said you want to call me abang right."

Aira tersipu malu. Kenapa lah dia terlebih jujur tadi haihh. Tengku Adriel memandang wajah Aira lama. Tangannya melingkar di pinggang Aira.

"Why you didn't tell me?"

Aira terpinga-pinga dengan soalan suaminya. "Bagitahu apa?"

"About everything. Kenapa nak sembunyikan perkara ni dari abang, hm?" Aira mengetap bibirnya. Dia yang pilih untuk rahsiakan sebab...

"A-aira.. rasa serba salah. Aira tak boleh letakkan semua kesalahan pada Kak Dania sebab Aira sendiri yang buat pilihan. Aira bodoh kan? Aira tak sepatutnya ikut cakap dia tapi Aira masih juga buat..." Ttidak sanggup menyambung kata-katanya. Tak pernah sekali pun dia tidak menyesal membuatkan Tengku Adriel terluka.

"Aira minta maaf abang..." ucap Aira perlahan. Matanya menunduk ke jarinya yang bertaut.

"Aira tak bodoh. Abang faham Aira muda lagi dan rantai itu pun berharga sangat dengan Aira lagipun kita baru kenal setahun. But you know something princess, whatever your excuse I don't give a damn. Abang akan selalu pilih untuk percayakan Aira even Aira tipu abang sekalipun. Tapi masa tu Aira sikit pun tak bagi abang peluang untuk cuba faham awak, sayang." Kata-kata Tengku Adriel beserta pandangan redupnya menusuk terus ke hati Aira.

Tanpa disangka, empangan air matanya pecah. Dia terus menyembamkan muka di dada Tengku Adriel.

"Aira minta maaf abang. Aira salah..." Teresak-esak Aira menangis. Tangan memeluk erat badan suaminya itu.

Manakala Tengku Adriel membalas pelukan erat Aira. Jauh disudut hati, dia sentiasa maafkan Aira.

Beberapa minit kemudian, Aira merungkaikan pelukan mereka. Ada satu perkara lagi yang dia perlu dapatkan kepastian suaminya. Belakang tapak tangannya mengelap pipi yang basah itu sebelum dia memandang tepat ke arah mata hitam Tengku Adriel.

"Abang..."

"Ya sayang..."

"Kenapa abang boleh setuju nak kahwin dengan Aira? Aira ingat lagi kali terakhir kita jumpa dekat office abang, abang macam dah benci sangat dengan Aira." Bibir Aira mencebik dengan riak wajah yang sedih. Gila tak sedih bila kena reject!

Tengku Adriel mengukir senyuman nipis.

"Sayang pula? Apa yang buatkan sayang nak teruskan perkahwinan ni?" Lahhh kita tanya dia, dia tanya kita balik.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now