Bab 25

29.6K 828 20
                                    

SUASANA waktu sarapan terasa begitu hening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA waktu sarapan terasa begitu hening. Selepas berbincang semalam, Aira perasan Tengku Hanisah agak kurang bercakap. Dia hanya tersenyum segaris apabila Aira menolongnya menyediakan sarapan pagi itu.

Aira menguis nasi goreng di pinggannya, perutnya terasa kenyang memikirkan hal malam tadi.

Selepas Tengku Adriel naik ke bilik tanpa berkata apa-apa, mereka hanya memandangnya sepi. Ikutkan hati dia nak kejar suaminya tapi rasa tidak sopan pula bila bangun tiba-tiba.

"M-mama, Aira..."

"Takpa, mama faham. Aira naik la dulu pujuk Riel." Tengku Hanisah hanya memberikan senyuman segaris. Entah kenapa Aira rasa senyuman itu tiada serinya. Bukan seperti selalu.

"Adriel... mesti marah Aira kan?" Mata menekur memandang jarinya di atas riba.

"Marah dan kecewa adalah dua perkara yang berbeza. Mama kenal sangat anak mama, Riel kalau marah sekejap saja. Yang selebihnya sebab rasa kecewa masih ada dihati. Aira bincang baik-baik dengan Riel." Ujar Tengku Hanisah. Aira hanya mengangguk perlahan.

"Baik mama papa. Aira naik dulu ya."

Sentuhan di peha menyentakkan lamunan Aira tentang hal semalam. Aira memandang tangan Tengku Adriel dipehanya sebelum mengangkat pandangannya.

'Are you okay?' Tengku Adriel menggerakkan bibir menyoal Aira. Dia perasan Aira hanya termenung memandang nasi goreng.

Aira tersenyum kecil sebelum menjatuhkan kepala. Tangan kiri mengusap perlahan tangan Tengku Adriel yang berada di atas pehanya.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Aira menapak ke luar halaman rumah. Kelihatan Tengku Hanisah sedang duduk berehat di gazebo yang terletak di taman bunganya. Dia melangkah menghampiri ibu mertuanya.

"Mama..." Suara halus milik Aira mengejutkan Tengku Hanisah yang sedang ralit melihat bunga-bunganya.

"Ya Aira? Aira ada nak apa-apa dari mama ke?" Soal Tengku Hanisah sambil memandang wajah menantunya. Tak hairanlah anaknya itu boleh gila bayang.

Aira mengangguk perlahan sebelum menjawab. " Aira... nak teman mama boleh?" Matanya cuba membaca reaksi ibu mertuanya itu. Risau kalau tiba-tiba diherdik pula kat situ.

Tengku Hanisah terdiam lama sebelum mengangguk.

"Boleh. Duduk la sini."

Lima minit berlalu, masing-masing hanya duduk mendiamkan diri. Aira pula yang terasa canggung dengan keadaan sekarang. Aira menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Mama... mama nak dengar satu cerita tentang mawar putih tak?" perlahan saja suaranya tapi dia tahu Tengku Hanisah masih dengar. Dia terus memandang Aira dengan kening terangkat sebagai isyarat dia berminat nak tahu.

Aira tersenyum lebar sebelum kepalanya memandang ke arah bunga mawar putih yang cantik memekar.

"Ini cerita tentang mawar putih daripada seorang ibu untuk anak perempuannya." Tengku Hanisah membetulkan duduknya menghadap Aira. Memandangkan dia sangat sukakan bunga, secara tak langsung dia juga suka dengar cerita yang berkaitan dengan bunga.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now