Bab 26

27.4K 888 12
                                    

KAKI melangkah ke dalam bilik mesyuarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI melangkah ke dalam bilik mesyuarat. Hari ini akan diadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan projek bersama The Legacy Group. Tengku Adriel juga akan turut serta menghadiri mesyuarat pada hari itu.

Aira mengambil salah satu tempat kosong disitu. Beberapa minit kemudian, Tengku Adriel melangkah masuk diikuti dengan Ashraf. Dia hanya mengenakan suit kerjanya bewarna blue black sepadan pula dengan outfit Aira yang berbaju kebarung blue black.

Selepas dua jam, Aira menghembuskan nafas lega apabila sudah tamat. Walaupun masih baru dalam The Legacy, Aira nampak usaha suaminya itu untuk menjayakan projek ini kerana jika projek ini berjaya, secara tak langsung Tengku Adriel akan dinaikkan pangkat menjadi CEO menggantikan Tengku Azzam.

"Itu saja untuk hari ini, semua boleh bersurai. Tengku macam mana? Nak join kami lunch atau nak balik office terus?" soal Encik Kamal. Tengku Adriel mengerling ke arah jam tangan yang menunjukkan pukul 12 tengahari.

"Thanks for asking but I have lunch date with my beloved wife." jawab Tengku Adriel seraya memandang ke atah Aira. Manakala Aira pula terpinga-pinga apabila semua mata di bilik itu turut memandangnya. Jari diangkat menghala ke dirinya.

"Saya ke?" Dah datang dah bendul dia.

"Yes, you are. Setakat ni you seorang saja lah isteri I, I belum rasa nak tambah lagi." balas Tengku Adriel dengan selamba.

"Uwuuu.

"Sweet betul la Tengku ni dengan wife."

"Untungnya Aira, saya pun nak juga suami macam ni!"

Rata-rata pekerja turut memuji pasangan itu. Manakala Aira pula perlahan-lahan berjalan ke arah suaminya dengan muka dilindung dengan tapak tangan. Malu weh! Yang laki dia ni pun masa macam ni la bersweet bagai!

Sebaik saja Aira menghampirinya, tangannya terus meraih tapak tangan isterinya itu.

"Anything just updates my PA. So, excuse us. " usai meminta diri, mereka melangkah tapi Tengku Adriel menghentikan langkahnya.

"Oh, sebelum saya lupa Encik Kamal, hari ini I nak pinjam wife I jadi dia akan apply emergency leave."

Mata Aira membesar.

"Eh? Kenapa pula aba... Tengku?" hampir saja tersasul memanggil gelaran suaminya, nasib baik dia cepat cover. Tidak menjawab soalannya, malah Tengku Adriel menarik tangan isterinya keluar dari bilik mesyuarat itu.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Aira memeluk tubuh dengan wajah yang cemberut. Dari tadi dia menanyakan arah tujuan mereka tapi suaminya hanya diam dan memalau soalannya.

Tengku Adriel memusing keretanya memasuki kawasan perumahan Elite banglo 3 tingkat. Meliar mata Aira memerhati kawasan itu. Cantiknya rumah-rumah kat sini.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now