Bab 29

26.6K 808 12
                                    

KEESOKANNYA, Aira bangun solat subuh seperti biasa namun dia tertidur semula lepas subuh kerana badannya terasa lemau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKANNYA, Aira bangun solat subuh seperti biasa namun dia tertidur semula lepas subuh kerana badannya terasa lemau.

Aira tersedar. Jam didinding dikerling dan matanya terbuntang melihat angka jam 9.30 pagi. Dia dah lewat!

Baru hendak bangun dari katil, ada satu tangan yang menahan badannya.

"Where are you going, sayang?" Soal Tengku Adriel yang juga baru tersedar disebabkan ada pergerakan kecil disebelahnya.

Aira memandang pelik suaminya yang masih memejam mata. "Pergi kerjalah. Abang tak kerja ke harini?" Tiba tiba tekaknya terasa perit.

Mata Tengku Adriel terbuka luas sebaik mendengar jawapan isterinya. Tangan isterinya ditarik berbaring disebelahnya semula.

"Abang! Terkejut Aira." Dah kenapa suaminya ni. Dah malas nak kerja tu malas seorang dah la. Tak payah nak ajak dia sekali!

Tidak menghiraukan jeritan Aira, tapak tangan Tengku Adriel menekap di dahi dah leher Aira. Manakala Aira pula terpinga-pinga.

"Sayang demam ni. Badan sayang panas lagi."

"Huh?" Patutlah dia rasa tak sedap badan dari lepas subuh tadi. Ingatkan lepas mandi okay la sikit.

"Abang tak pergi kerja hari ni?"

"Tak. Abang off day nak jaga sayang. Sayang isteri abang dan abang pun tak nak la susahkan mama. Rest more, princess." Aira terkebil-kebil memandang Tengku Adriel yang menepuk perlahan sisi pinggannya.

Tengku Adriel yang menyedari dirinya diperhatikan lantas membuka mata sehingga pandangannya bertaut dengan Aira.

"Sayang lapar ke?"

Aira menggeleng perlahan namun tiba-tiba...

KRIUKK...

Tengku Adriel tersenyum melihat Aira yang memejam matanya dan bibir bawah digigit. Dah lapar tapi tak nak mengaku!

"B-bukan Aira la abang..." Malunya! Masa ini la perut nak bunyi pun haihh.

"Hm? Kalau bukan Aira, perut siapa pula yang bunyi? Mungkin jiran sebelah agaknya." Geli hatinya melihat Aira yang sudah kemerahan wajahnya.

"M-mana la Aira tahu." Aira melarikan pandangannya ke arah lain.

"Oh... betul la perut abang yang bunyi sebab abang lapar. Abang turun bawah makan kejap ya. Sayang tak lapar lagi kan? So, sayang duduk baik-baik tau." Tengku Adriel bangun dari katil. Dahi Aira dicium sekilas sebelum kaki melangkah keluar dari bilik.

Aira tercengang. Tapi... perut dia yang lapar. Semalam dia makan sikit saja sebab tak ada selera. Sampai hati suaminya tak ajak dia makan sekali. Aira nak merajuk!

Selepas setengah jam, Tengku Adriel masuk semula ke bilik dengan menatang dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air. Aira yang mendengar pintu terkuak terus memejam mata dan berpura-pura tidur.

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now