Bab 36

21.6K 627 21
                                    

" JAMES WILLIAM, 53, THE OWNER OF ATORIC WAS ARRESTED BY NYPD DUE TO EMBEZZLEMENT AND MONEY LAUNDERING

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" JAMES WILLIAM, 53, THE OWNER OF ATORIC WAS ARRESTED BY NYPD DUE TO EMBEZZLEMENT AND MONEY LAUNDERING. THE SENTENCES WILL BE DETERMINED AFTER COURTS PROCEEDINGS."

Tengku Adriel tersenyum puas apabila membaca artikel yang telah disiarkan di media. Cepat betul Tengku Zafran buat kerja. Tapi Dato Imran pula terlepas memandangkan tiada bukti yang kukuh tentang penglibatan dia dalam kesalahan James William. Selepas disoal siasat, mereka hanya rakan lama dan tidak berurusan dalam perniagaan. Kemudian Tengku Adriel turun pula ke bawah untuk melihat isterinya.

Matanya menangkap kelibat Aira sedang ralit menonton televisyen. Sesekali isterinya menjerit suka dan ketawa sendiri. Dia lantas melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

"Sayang, esok tengahari kita akan fly balik Malaysia." Selepas seminggu berada di New York, akhirnya mereka akan pulang ke tanah air.

"Huh? Kenapa abang tak cakap awal-awal. Aira tak kemas barang lagi." Baru saja bangun, tangannya ditarik oleh Tengku Adriel sehingga terjatuh ke riba suaminya.

"Abang dah kemas sikit tadi sebelum turun. Esok pagi pun sempat lagi nak kemas. Tapi sekarang... abang nak spend time dengan isteri abang, boleh?"

Aira pula tergamam dengan kedudukan mereka sekarang. Bukanlah pertama kali, tapi tak berasa sihat untuk jantung dia yang laju berdebar.

Tangan Tengku Adriel naik mengusap perut kempis Aira yang dilapik dengan baju tidurnya.

"I can't wait to have mini me or you in this tummy."

"Abang suka baby?" Soal Aira.

"Siapa je tak suka baby, tambah kalau baby tu anak kita sendiri."

"Aira pun. Tapi kalau abang, abang nak anak lelaki atau perempuan?" Soalnya teruja.

"Abang tak kisah janji sayang dan anak kita dalam keadaan yang selamat dan sihat." Tak sabar nak tengok keluarga kecilnya lengkap!

"Yalah, tapi personally abang lagi prefer yang mana?"

Tengku Adriel berfikir sejenak sebelum menjawab. "Abang prefer boy."

"Kenapa?"

"Sebab anak sulung. Abang nak didik dia jadi seorang yang kuat, bertanggungjawab dan dia juga boleh lindungi adik-adik dia." Jawab Tengku Adriel sambil tersenyum lebar.

"Adik-adik?"

"Ya sayang. Takkan lah anak kita seorang aje. Abang dengan sayang kan dah anak tunggal jadi kita sendiri rasa bosan bila tak ada kawan yang boleh ajak main kat rumah, sebab tu kalau boleh abang nak buat satu team bola sepak." Kening terangkat-angkat memandang wajah isterinya.

Terbeliak mata Aira mendengar kata-kata suaminya.

"Satu team bola sepak? Abang ingat Aira ni kilang buat anak ke?" Mata menjeling suaminya yang tergelak kuat. Ada saja idea nak sakat dia!

ADRIEL'S : His Dearest Destiny (BAKAL TERBIT) Where stories live. Discover now