HAYYAN - BAB 4

1K 66 8
                                    



BERKERUT dahi Hayyan yang sedang berdoa di atas sejadah tatkala telefonnya berdering. Dia mengaminkan doa lalu bangun dari duduknya.

Hayyan melangkah menghampiri katil lalu dihenyak punggung disitu. Diambil telefonnya dan diperhatikan sahaja gerangan yang menelefonnya.

'Si cenonet nakal.'

Terjungkit kening Hayyan. "Apahal call aku? Tak pernah-pernah call aku sebelum ni.." gumam Hayyan.

Sememangnya Nawra tidak pernah menelefon Hayyan kerana fikirnya Hayyan masih suami orang. Sebelum Hayyan berkahwin, Nawra agak rapat dengan Hayyan kerana Hayyan merupakan kawan baik Naeem.

Namun selepas Hayyan berkahwin, Nawra terus menjarakkan diri dari Hayyan agar hubungan mereka ada jarak.

Tidak mahu dianggap mengganggu suami orang.

Senakal-nakal Nawra, dia tidak akan menyentuh hak orang..

Tapi kalau duda, dia nak lah. Hehehe.

"Hello." Hayyan menjawab panggilan itu. Songkok ditanggalkan dari kepala lalu diletak ke atas mejanya.

'Hye abang!'

"Kau nak apa?"

'Garangnya.. tak rindu Nawra ke?'

Hayyan menjulingkan matanya. Dihempas kasar badannya ke atas katil.

"Aku banyak kerja lagi nak buat. Untuk apa aku buang masa rindukan kau?"

'Eleh, padahal dalam hati rindu kan?'

"Apa kau merepek ni, cenonet? Kau nak apa malam-malam buta call aku? Ni kalau aku beritahu papa kau, memang kena rotan la kau sebab call lelaki malam-malam.."

'Tchh. Takde ugutan lain ke? Ugutan to no valid la for me..'

Hayyan mengeluh. "Nak apa ni? Straight to the point boleh?"

'Heheheh Nawra nak tanya sesuatu..'

"Hmm.."

'Jawab dengan jujur tau?'

"Hmm." Jawab Hayyan lagak malas melayan si budak nakal itu.

'Betul ke abang duda?'

Berkerut halus dahi Hayyan. "Huh? Dari mana kau tahu?"

'Angah.'

Hayyan mengeluh. Dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang statusnya kerana dia masih lagi tidak move on dengan perceraiannya.

Hmm dia yang cerai, dia yang tak move on.

"Pergi tidur la sana. Esok kau ada kelas kan? Jangan call aku kalau takde perkara penting."

'Alaa jawab lah. Betul ke? Abang duda ke?'

Hayyan berdecit. "Tak payah sibuk hal orang la, budak kecik. Lebih baik kau fokus dengan kehidupan kau. Pergi tidur sana shuh shuh."

Baru sahaja Hayyan ingin menutup telefon, namun ugutan Nawra telah menghentikan perlakuannya.

'Kalau abang taknak jawab, esok Nawra pergi ke rumah mummy. Nawra nak tanya mummy terus.'

Berkerut dahi Hayyan. "Ugut aku?"

'Hehhe takk. Threats je..'

"Sama la tu si cenonet."

'Cepatlah abangg. Jawab lah. Lenguh bontot la tunggu abang jawab.'

Hayyan memicit batang hidungnya.

"Yes, aku duda. Puas?"

'Wahh sejak bila, abang?'

Berkerut dahi Hayyan. "Apahal kau teruja sangat ni?"

'Duda hot. Hehehe.'

Hayyan gelak perlahan. "Hot? Mana kau tahu duda ni hot?"

'Orang tahu la.. tapi tak boleh la beritahu abang secara spesifik.. bahaya. Hehe.'

Berkerut dahi Hayyan. Apakah? Kenapa budak ni lain macam sangat?

"Dah? Dah takde soalan kan? Tidur."

'Kejap.. kenapa Nawra sorang je tak tahu hal ni? Kenapa along dan angah tahu? Kenapa abang tak beri–'

Titttt titttt.

Hayyan terus meletak telefon Nawra. Malas nak melayan soalan tak beragak budak tu. Hayyan ni bukanlah sejenis yang suka menceritakan hal hidupnya pada orang lain.

Dia tidak menceritakan kepada sesiapa hal ini. Kecuali Naeem kerana Naeem lah yang menjadi peneman dikala dia bersedih.

Nadzir? Mungkin tahu dari Serena kerana mereka bertiga pernah berkawan baik zaman kolej dulu.

Mungkin si Serena yang menceritakan segalanya pada Nadzir.

Hayyan mengeluh kasar. Dipicit batang hidungnya dengan mata terpejam. Akal fikiran masih ligat berfikir tentang bekas isterinya.

Serena.. merupakan cinta pertamanya. Sejujurnya hatinya masih ada nama Serena. Namun dia masih kecewa pada bekas isterinya itu kerana sanggup mengotori diri semata-mata kerana Hayyan tidak ada masa dengannya.

"Allah.. bantu aku lupakan dia.." gumam Hayyan dalam doanya.

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now