IZZUL - BAB 3

1.2K 65 4
                                    




"MACAM mana you? Lambat lagi ke syarikat tu jatuh ke tangan you? And tak silap i, rumah ni pun atas nama dia kan? You rasa boleh ke rampas segalanya dari Stella?"

Tanya Puan Erica kepada Tuan Stephen yang sedang membelek ipadnya. Terhenti pergerakan jari di atas skrin itu tatkala mendengar soalan dari isterinya.

Tuan Stephen mengeluh. "I don't know. Arwah isteri i tu bijak. Sebelum dia meninggal, dia dah letak nama Stella sebagai penama semua harta dia termasuklah tanah, rumah, syarikat dan kereta. I lupa untuk periksa semua tu sebelum i bunuh dia."

Puan Erica mengeluh. "Kenapa you tak rampas waktu Stella kecil? Dia kan 5 tahun waktu tu.. sepatutnya you tukar nama waktu dia kecil.. you ayah dia. Dia tak berhak dapat semua tu."

Tuan Stephen gelak sinis lalu menggeleng. Diletakkan ipad ke atas sofa lalu memandang isterinya.

"Sebab itu merupakan faraid. Jika seseorang sudah letak nama anaknya walaupun anaknya itu berusia 1 bulan sekalipun, ia tetap akan menjadi hak anaknya. Lagi pula, i tak boleh buat apa. Si Sera tu masuk campur."

Puan Erica berdecit. Puan Sera merupakan satu-satunya adik kepada Puan Starla. Jadi, dialah yang masuk campur hal harta sewaktu Puan Starla meninggal.

Puan Sera tidak pernah mengambil kesempatan ke atas harta kakaknya, cuma dia inginkan keadilan. Jadi, Tuan Stephen tidak boleh melawan kerana harta Puan Starla sepenuhnya menjadi harta Stella.

Benar, Tuan Stephen la yang membunuh Puan Starla semata-mata kerana harta. Pada awalnya, Tuan Stephen amat mencintai Puan Starla sehingga mengajak Puan Starla berkahwin dengannya.

Namun setelah Puan Starla melahirkan Stella, perasaan cinta Tuan Stephen terhadap Puan Starla semakin berkurang kerana Puan Starla lebih fokus menjaga Stella berbanding meluah kasih sayang padanya.

Puan Starla tetap juga menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri mithali pada Tuan Stephen. Dia menjaga makan minum Tuan Stephen seperti biasa. Namun Puan Starla merupakan usahawan berjaya. Semestinyalah dia agak sibuk dengan kerjayanya di siang hari.

Di malam hari pula, dia fokus menjaga Stella kerana Stella masih kecil dan memerlukan kasih sayang yang lebih.

Tuan Stephen mula tawar hari pada Puan Starla kerana Puan Starla sentiasa menolak ajakan bersama kerana wanita itu penat.

Bayangkan dari pagi sehingga senja, Puan Starla bekerja. Malam pula harus menjaga Stella. Tuan Stephen? Langsung tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

Dia hanya menjaga Stella acuh tidak acuh sahaja. Semua tanggungjawab dilepaskan pada Puan Starla sehingga Puan Starla tidak cukup rehat dan mengadu penat.

Sehinggalah satu masa, Tuan Stephen bergaduh teruk bersama Puan Starla. Untuk mengurangkan kemarahan, Tuan Stephen keluar dari rumah untuk menghirup udara segar agar dia boleh mengawal dirinya dari menyakiti Puan Starla dengan kata-kata.

Dan sewaktu itulah Puan Erica datang menegurnya. Tuan Stephen pula melayan dan menceritakan hal rumah tangganya pada Puan Erica. Lama kelamaan, hubungan mereka menjadi rapat dan Tuan Stephen pula sudah tidak hirau jika Puan Starla tidak melayannya.

Agak lama hubungan Tuan Stephen dan Puan Erica berlangsung sehingga satu masa, Puan Erica menyuruh Tuan Stephen menceraikan Puan Starla kerana dia ingin menjadi isteri Tuan Stephen.

Tergandah sekejap Tuan Stephen mendengar itu. Tuan Stephen tidak mahu menceraikan Puan Starla kerana dia masih sayang akan wanita itu.

Namun setelah Puan Erica memujuknya, dan mengatakan harta Puan Starla akan menjadi milik Tuan Stephen jika Tuan Stephen membunuh Puan Starla.

Dan ya. Tuan Stephen telah dihasut. Mungkin kerana dia masih memarahi isterinya kerana itulah dia cepat membuat keputusan tanpa berfikir masa depan.

"Habis tu berapa lama lagi kita nak tunggu, hm? Semua harta dekat sini milik Stella tahu? Malah, sofa yang kita duduk ni pun hak dia. I yakin bila-bila masa sahaja Stella boleh halau i dari rumah ni. Dia takkan halau you, sebab you bapa dia. Tapi bayangkan jika satu hari nanti, dia benci you? Bayangkan dia tahu yang you bunuh mummy dia? You rasa apa yang dia akan buat?"

Tuan Stephen mengetap bibir mendengar itu. Betul apa yang dikatakan Puan Erica. Kemungkinan besar Stella akan membencinya dan menghalaunya keluar dari rumah ini. Dan harta-harta juga tidak akan menjadi milik Tuan Stephen walau satu sen sekalipun.

"Habis tu you nak i buat apa sekarang? Nak paksa dia tukar nama semua harta tu pada i? Jangan mimpi! I takkan dapat semua itu kerana Stella dah bijak. Semestinya dia tidak akan tertipu dengan mudah."

Tuan Stephen kenal akan anak kandungnya. Sikap Stella sama seperti Puan Starla. Gadis itu sangat garang, dominant dan bekerja keras dalam setiap hal. Dan gadis itu juga otak geliga. Dia tidak mudah tertipu dengan orang apatah lagi jika berkaitan harta seperti ini.

Jika Tuan Stephen ingin menipu, Tuan Stephen perlu mengumpulkan penipuan agar Stella mempercayainya. Namun itu semua tidak mudah. Kerana Stella akan bertanya pada peguam dahulu sebelum dia proceed apa yang dibincangkan.

Puan Erica senyum senget. "Kill her." Terbeliak mata Tuan Stephen. "What?! Are you crazy?! Dia anak i tahu?! You gila ke nak suruh i bunuh anak i sendiri?!"

Puan Erica mencebik lalu menjungkit bahu. "Well.. you bunuh isteri you, tak apa pula?" Tuan Stephen mendengus. Diraup kasar wajahnya.

"I don't know la Stephen. Lambat-laun anak you akan tahu juga bahawa you merupakan pembunuh ibu dia. You rasa, dia akan jadi baik seperti sekarang ke? Hm? I yakin dia akan balas dendam pada you. Sebelum dia lakukan itu, lebih baik you lancarkan perang dulu."

Tuan Stephen mengemam bibir. Dia berdecit lalu mengangguk. Dipicit batang hidungnya dengan mata terpejam. "I akan fikir dulu."

Puan Erica senyum lalu mengangguk. Dalam kepalanya hanya inginkan harta sahaja. Dia bukannya ikhlas sangat berkahwin dengan Tuan Stephen. Semuanya kerana harta.

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now