Bab 1 [9tahun]

2 0 0
                                    

   Hari sangat terang,mataku melilau memandang sudut-sudut rumah,ketika itu bagiku semua terlihat amat besar pintu kayu rumahku terbuka luas menambahkan lagi cahaya masuk kedalam rumah.
kaki pendekku dengan pantas bergerak kearah pintu untuk keluar kerana keinginanku yang membuak-buak terlihat adik lelakiku Farqan bermain ditepi longkang.

'dia terlihat seronok'

kakiku segera melangkah ke arahnya,

'kau buat apa tu?,pertanyaan yang pendek dariku

adik-beradik aku memang tidak diajarkan untuk memanggil nama samaran seperti adik,abang,kakak atau sebagainya jadi,Kau dan Aku itu perkara biasa.

Farqan berdiri tegak menghala ke arahku kakinya tergelincir mungkin kerana bahagian tepi rumah agak cerun,Farqan yang masih kecil dan kurus itu terjatuh dihadapanku.Cuak.itu sahaja yang dirasakan olehku.

Farqan yang jatuh segera menjerit kesakitan,semestinya semua segera berlari mendapatkan adikku.

masuk sahaja dalam rumah aku segera ditanga berdas-das soalan

'KAU KE YANG BUAT ADIK KAU?'Jerit abah.

tanpa mendengar jawapan dariku dia segera keluar dari rumah untuk mengambil kayu.
Ya,betul sekali.
JELAS
Aku yang dipersalahkan
ibu segera memutarkan adikku menunjukkan lebam di belakang Farqan.tubir mata Farqan masih basah,Farqan diam membisu.mungkin takut?

Aku?
Kaki kecilku melangkah lari kebelakang rumah berharap aku tidak dijumpai sesiapa,tapi malangnya abah mengejar langkah kaki kecilku.

tangannya melibas badanku bertalu-talu mengunakan kayu yang ditebangnya tadi.

sakit?

sudah tentu sakit.

kaki kecilku berlari tetapi siapalah aku hanya kanak-kanak yang berumur 9tahun sahaja.

_______________________

RUMAH Where stories live. Discover now