BAB 41

3.4K 123 2
                                    

Shafiyah mengenakan abaya berwarna dark blue sedondon dengan kurta yang dipakai oleh Arman. Malam ni, mereka berdua akan pergi ke majlis makan malam bersama penghuni Rumah Anak Yatim Sri Kemboja. Sambil tersenyum-senyum Shafiyah menuruni anak tangga menghampiri Arman yang setia menunggunya disofa.

"Awak, saya dah siap."

Arman alihkan pandangan daripada memandang skrin telefon. Kini matanya tertuju pada Shafiyah. Dari atas sampai ke bawah dia pandang Shafiyah. Cantik.

"Lamanya kau bersiap. Ingatkan makin cantik. Rupanya sama je,"

Senyuman Shafiyah tadi terus mati. Dia ingatkan Arman akan memuji kecantikannya. Musnah harapan dia.

"Jahatnya awak ni. Ingatkan nak puji saya cantik ke apa." Shafiyah tarik muka masam. Dia nak merajuk dengan Arman.

"Kau cantik. Aku saja je nak mengusik kau,"

"Saya merajuk dengan awak. Taknak layan awak dah. Nanti jangan lupa pujuk saya," kata Shafiyah sebelum dia melangkah menuju ke pintu.

"Mana ada orang merajuk tapi dia bagitahu yang dia sedang merajuk. Siap pesan suruh pujuk lagi,"

Shafiyah memberhentikan langkahnya. Tubuhnya kembali dipusingkan menghadap Arman yang mula bangkit dari duduknya tadi.

"Kalau saya tak bagitahu, awak tu takkan tahu yang saya tengah merajuk. Awak bukan kisah pasal saya pun. Selalunya saya pujuk diri saya sendiri je."

"Aik? Kau ada merajuk dengan aku ke sebelum ni? Kenapa aku tak tahu pun?"

"Hish!" Shafiyah mendengus geram. Makin sakit hati pula dia bercakap dengan Arman ni. Dia segera keluar dari rumah dan menunggu Arman di dalam kereta.

"Sha, tunggulah aku." Arman berlari mendapatkan Shafiyah yang telah hilang disebalik pintu. Nampaknya Shafiyah betul-betul merajuk dengannya.

Sepanjang perjalanan, Shafiyah lebih banyak mendiamkan diri. Bila ditanya, hanya sepatah saja dia menjawab. Buntu juga dia nak memujuk Shafiyah.

Sampai saja ke destinasi, Shafiyah terlebih dahulu berjalan masuk ke dewan. Meninggalkan Arman seorang diri dibelakang. Sempat dia bertemu dengan umi semasa dipintu masuk tadi.

"Eh kakak cantik datang lagilah," jerit Yusra sebelum dia berlari mendapatkan Shafiyah.

Shafiyah tersenyum apabila melihat Yusra. Comelnya.

"Comelnya Yusra malam ni. Siapa yang belikan baju cantik ni untuk Yusra?"

"Umi cakap, abang Arman yang bagi duit dekat umi supaya belikan baju ni. Minggu lepas, walid bawa kami semua pergi beli baju baru. Malam ni, kami semua pakai baju baru."

Shafiyah senyum lagi sebelum tangannya naik mencubit pipi Yusra. Comel sangat. Sebenarnya, dia tahu duit yang dimaksudkan Yusra itu. Arman ada memberitahunya. Dia pun turut sama menyumbangkan duit kepada anak-anak yatim itu. Semoga dengan bersedekah ini dapat menambahkan lagi rezeki untuk dia dan Arman dimasa hadapan.

"Abang Arman!" jerit Yusra bila melihat Arman yang sedang melangkah masuk ke dewan.

Arman tersenyum bila melihat Yusra berlari ke arah. Sekelip mata, tubuh Yusra sudah melayang ke udara.

"Cantiknya adik abang ni," puji Arman ikhlas. Yusra sangat comel mengenakan baju kurung moden serta tudung bawal yang melilit dikepala. Mesti umi yang pakaikan.

Shafiyah juihkan bibir. Kenapa Arman tak puji dia macam mana Arman puji Yusra? Salah ke kalau dia cemburu dengan Yusra. Dia pun nak dipuji macam tu. Tiba-tiba tangannya dicuit. Shafiyah tunduk memandang kanak-kanak yang sedang menarik lengan bajunya. Bibir melorek senyum.

CINTA UNTUK KANDATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang