BAB 10 🔥

8.3K 451 48
                                    

"Dr. memang pro dalam bahagian ni ke?" Soal Umar saat mereka berdua melihat wanita itu dibawa oleh ambulans.

Qadira pula hanya memerhati dan selepas itu dia mengemas barang-barangnya di dalam beg. Umar di sebelah sudah terpinga-pinga. Adakah suaranya perlahan sebentar tadi?

"Dr. Oh Dr." Panggilnya.

Qadira mengangkat kepalanya dan memandang ke arah Umar dengan pandangan hairan.

"Aik. Tuan tak pergi lagi ke?" Soal Qadira.

"Ya Allah Dr. Saya bercakap dengan Dr. tadi," ucap Umar.

"Maaf. Maaf. Saya tak berapa dengar. Tuan cakap apa tadi?" Soal Qadira kembali. Dia juga tidak menyangka bahawa Umar masih di situ.

"Saya tanya Dr. pro ke untuk sambut kelahiran macam tu?" Soal Umar.

"Kalau nak cakap pro tu itu bukan saya. Bidang perbidanan dan sakit puan ni bukan bidang saya sebenarnya. Tapi kalau saya tak tolong dia, lebih baik saya cabut kot Dr. yang saya dapat. Apa jua situasi yang kita orang hadap, kita perlu bersiap sedia untuk menyelamatkan nyawa mereka," jelas Qadira dan berjalan bersama Umar ke bahagian lain.

"Ohhh. Well done Dr. You're so brave. Kalau saya, saya dah gigil sebab tu bukan bidang yang saya belajar." Umar tersenyum tipis.

Qadira hanya berjalan ke depan. Umar berhenti di tempatnya kerana melihat Qadira yang tidak dengar kata-katanya sebentar tadi.

"Dia ni takde telinga ke?" Ucapnya sendiri. Sakit pula hatinya apabila melihat sikap Qadira yang mengendahkan dirinya.

Qadira terus berjalan untuk mencari mangsa yang masih berada dalam kesusahan. Dirinya langsung tidak menoleh ke arah Umar yang khusyuk merenung geram ke arah dirinya. Umar mengeluh perlahan dan hanya menuruti dari belakang. Mahu ditinggalkan, dia berasa bersalah pula.

🔥

Anggun kembali semula ke kawasan pencarian. Hanya Fatnin sahaja yang kembali ke pusat perubatan kerana mahu merawat sendiri wanita itu. Anggun juga ditemani oleh seorang tentera iaitu Lekir. Perasaan bersalahnya pada Lekir masih menggunung tinggi.

"Dr."

Suara garau Lekir membuatkan Anggun berundur ke belakang. Lekir juga mempamerkan mata yang sudah frust. Dia merasakan seolah Anggun takut pula dengannya. Sedangkan gadis itu sahaja pernah menghunus pisau bedah di lehernya dan juga menumbuk dagunya.

"Ya Tuan. Tuan nak apa?" Soal Anggun dengan laju.

"Saya nak cakap yang bahagian belah sana, jangan masuk," pesan Lekir dengan serius.

"Kenapa pula?"

"Sebab dekat sana masih ada bom yang aktif. Pihak pengeboman masih cuba untuk mematikan bom dekat situ. Jadi kawasan tu adalah kawasan bahaya. Saya beritahu Dr. supaya Dr. dapat berhati-hati dan inform dekat kawan Dr. yang lain," jelas Lekir dengan lancar.

"Ohh. Faham. Faham. Terima kasih Tuan. Nanti saya sampaikan pada yang lain."

Anggun terus mengangguk faham. Nampaknya tidak semua kawasan adalah selamat. Sedang Anggun berjalan, tiba-tiba kakinya tersepak sebuah batu sehingga membuatkan badannya jatuh ke depan. Lekir pula tidak sempat untuk menyambut Anggun. Dia hanya mampu memandang dengan rasa bersalah.

"Aduh..." Adu Anggun sendirian. Habis tangannya bercalar kerana terkena batu.

"Dr. okay?" Soal Lekir dan berdiri di sebelah Anggun.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now