BAB 18 🔥

7.3K 450 27
                                    

Fatnin bersandar di tepi dinding dan melurut jatuh ke bawah. Lututnya dipeluk erat. Kepalanya dibenamkan ke lutut. Saat itu, dia terus menangis teresak-esak. Mujurlah jarang pengunjung hospital yang menggunakan tangga kecemasan untuk naik mahupun turun.

Kepalanya mula mengimbas perbualannya bersama dengan Puan Farah. Hancur dan remuk hatinya apabila teringatkan kata-kata Puan Farah.

"Mama nak Along buat apa lagi? Syakir dah kahwin ma," ucap Fatnin dengan nada lelah.

"Mama kisah apa! Aunty Rudy cakap dia nak Syakir bercerai. Entah perempuan mana yang Syakir kahwin tu. Aunty Rudy tetap nak kau jadi menantu dia," tekan Puan Farah.

"Kenapa sampai perlu mendesak macam ni mama? Along tak nak kahwin dengan Syakir. Along tak nak jadi punca kemusnahan rumah tangga dia. Boleh tak mama jangan desak Along macam ni." Fatnin sudah cuba menahan sebak di dada.

"Kau jangan nak derhaka dekat Mama, Along. Kau sekarang ni takde jantan yang nak. Kalau ada, kenapa tak kenalkan dekat mama? Mama dah cakap kan, kalau kau takde calon, kau kena nikah dengan Syakir. Mama tak kira. Mama tak nak menantu mama nanti orang yang tak berduit. Syakir tu mampu kalau nak pasang dua," bebel Puan Farah.

"Mama pergilah paksa Syakir. Jangan paksa Along. Duit wedding yang Along bagi dekat Syakir pun Syakir dah pulangkan. Itu maksudnya dia memang dah taknak dengan Along. Mama tak boleh ke nak faham? Mama nak hidup Along nanti jadi macam mama ke?"

Fatnin tidak mahu mengungkit kisah tersebut. Tetapi hatinya terasa sakit dengan desakan yang tidak henti daripada Puan Farah itu.

"Kau jangan biadap dengan mama, Fatnin! Bapak kau tu memang kaki perempuan. Tak boleh ada seorang perempuan. Nak juga betina lain. Mama tak kira, kau buatlah macam mana sekalipun. Kahwin dengan Syakir atau bawa balik anak Dato' untuk jadi menantu mama. Noktah."

Selepas itu panggilan tersebut terus ditamatkan. Fatnin terus terduduk di situ. Air matanya terus mengalir ke pipi. Kepalanya sudah sakit kerana memikirkan hal kahwin itu. Dia tidak faham kenapa mamanya benar-benar mahukan menantu yang kaya. Duit gajinya juga sudah mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga selepas ayahnya menghilangkan diri kerana bernikah dengan perempuan lain 6 tahun yang lalu.

"Ya Allah. Aku buntu. Kau hadirkanlah seseorang yang mampu menjagaku dan membahagiakanku. Ikhlaskan dia untuk menerimaku," ucapnya perlahan sewaktu menangis.

Selepas itu, dia terus tersentak kerana panggilan telefon yang tiba-tiba masuk. Fatnin segera mengesat air matanya dan bergegas ke ruang bedah. Dia mendapat pesakit yang baru sahaja dimasukkan ke situ.

🔥

Qadira berjalan ke arah kaunter pertanyaan untuk bertanya kepada Kak Intan. Kak Intan merupakan ketua jururawat di bahagian itu.

"Kak Intan ada?" Soal Qadira pasa seorang jururawat perempuan.

"Sekejap ya Dr. Kak Intan ada dekat belakang." Gelabah jururawat di situ dengan kehadiran Qadira.

Qadira hanya menunggu sahaja di situ. Matanya juga sempat memerhati beberapa pengunjung di hospital itu. Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang.

"Kenapa ni Qad?" Soal Kak Intan.

"Haa akak. Saya nak tanya sesuatu ni, boleh tak?" Soal Qadira.

"Tanyalah."

"Anggun dengan Fatnin ada cerita apa-apa tak dekat akak? Kita orang bertiga kan rapat dengan akak. Semua dikongsi bersama," ucap Qadira. Mereka bertiga sudah selesa dengan Kak Intan. Hari pertama mereka di situ, mereka sudah disapa dengan baik oleh Kak Intan.

"Takde pula Qad. Akak pun perasan Fatnin dengan Anggun macam jadi diam. Bila keluar dengan akak, dia orang berdua banyak termenung. Lagi satu Qad. Akak perasan tapak tangan Anggun tu ada plaster," terang Kak Intan dengan penuh serius.

"Plaster? Dia luka ke?" Qadira mula befikir. Sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya, dia tidak perasan dengan plaster di tangan Anggun itu.

"Akak pun tak sure. Tapi ada nurse yang iring Anggun haritu, dia cakap ternampak macam tapak tangan Anggun terhiris," jelas Kak Intan lagi.

"Faham. Terima Kak. Saya risau dekat dia orang berdua. Bila jadi macam ni, rasa lain sangat."

"Akak faham. Kau orang bertiga kan memang rapat dari dulu. Kita doa yang baik-baik je untuk dia orang berdua. Qad dah makan? Ke ada kerja lepas ni?" Soal Kak Intan. Dia juga baru selesai menyiapkan laporan.

"Sorry Kak Intan. Kejap lagi saya ada appointment dengan seorang pesakit ni. Nanti ada rezeki kita makan sama-sama ya." Qadira mula berasa serba salah.

"Takpe. Akak faham. Semoga urusan Qad dipermudahkan ya."

"Terima kasih Kak. Assalamualaikum." Qadira menyalam tangan Kak Intan sebelum beredar.

Sedang dia berjalan, dia mula memikirkan tentang dua orang sahabatnya itu. Dia masih tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Fatnin dan Anggun. Masing-masing banyak menyimpan di dalam hati.

🔥

Selesai temujanji bersama pesakit, Qadira menanggalkan kot putihnya. Dia mahu menunaikan solat Asar dahulu. Sedang dia menunggu lif turun, tiba-tiba muncul seorang lelaki di sebelahnya.

"Ehem." Lelaki itu mula berdehem dan memandang ke arah lif.

Qadira berkalih ke tepi sedikit. Dia berasa tidak selesa dengan jarak yang dekat itu. Lelaki itu juga bergerak ke arah Qadira.

"Encik ni kenapa? Miang?" Tuduh Qadira dengan rasa geram.

"Eh. Saya cuma nak tegur Dr. je. Takde niat buruk pun. Dr. tak ingat dekat saya ke?" Soal Umar dengan nada berharap.

"Encik ni siapa? Pesakit saya yang mana? Saya ni berjumpa dengan ramai orang. Lain lah kalau Encik special, mesti saya kenal," ucap Qadira dengan nada serius.

"Betul juga tu. Saya ni jumpa Dr. buat pertama kali waktu dekat Syria. Waktu tu, Dr. tengah selamatkan seorang budak lelaki dekat kawasan rumah yang runtuh," jelasnya dengan begitu detail.

"Kejap. Encik ni Tuan askar tu ke?" Qadira mula mengingat.

"Bingo. Hai Dr. Lama tak jumpa," ucap Umar dan tersenyum.

Dan kebetulan juga pintu lif terbuka. Mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam lif. Perbualan mereka juga terhenti kerana keadaan di dalam lif yang padat dengan pelawat lain.

Qadira hanya melirik beberapa saat ke arah Umar. Umar pula hanya memandang nombor tingkat yang bergerak naik. Qadira cuba mengingat kembali askar yang telah membantunya dahulu. Dia tidak sangka lelaki di sebelahnya itu adalah askar tersebut.

Sampai di tingkat 4, Qadira lekas keluar. Malah Umar juga menurut dari belakang. Qadira terus menjeling ke arah Umar di belakangnya.

"Kenapa Tuan ikut saya?" Soal Qadira dan berjalan.

"Sebab saya nak pergi solat Asar. Dr. pun baru nak solat ke?" Soal Umar dan berjalan di sebelah Qadira.

"Aah," jawab Qadira dengan malas.

"Nampak tak dekat situ. Pertemuan yang disusun oleh Allah," ucap Umar tiba-tiba.

"Saya tak rasa pun nak bertemu dengan Tuan." Qadira terus bergerak ke bahagian perempuan.

Umar hanya berdiri di luar sambil menggosok belakang tengkuknya. Dia tidak sangka Qadira sekeras itu. Dan itulah yang menarik hatinya untuk mengenal Qadira dengan lebih dalam.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now