BAB 35 🔥

7.1K 415 8
                                    

Qadira melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya terus terhenti apabila melihat Anggun dan Fatnin yang menangis bersama-sama di ruang tamu itu. Dia segera mendapatkan mereka berdua.

"Kenapa dengan korang berdua ni?" Soal Qadira dan memeluk bahu Anggun dan Fatnin.

"Qad..." Lirih mereka berdua dan memeluk tubuh Qadira.

Qadira sudah keliru. Apa yang sudah berlaku sekarang ni? Dia baru sahaja pulang daripada rumah Dato' Qazhi.

"Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku dulu." Qadira memandang mereka berdua.

Anggun meleraikan pelukan di tubuh Qadira dan mengesat matanya. Fatnin juga melakukan hal yang sama.

"Keluarga Lekir hantar rombongan dekat rumah mama aku kelmarin," luah Anggun.

"Huh? Tanpa beritahu kau?" Nada suara Qadira mula naik.

"Aah. Aku terkejut waktu mama aku minta balik rumah. Aku fikirkan yang dia dah maafkan aku. Rupanya tak, dia minta aku tolak pinangan daripada mama Lekir tu. Dia hina aku macam-macam sebab bagi dia aku tak layak untuk jadi menantu pada keluarga Lekir. Adik aku pun sama. Pertama kali aku dengar dia hina aku sampai macam tu sekali," terangnya dengan sisa esakan.

"Ya Allah. Lepastu, kau cakap apa dekat mama kau?"

"Sebabkan aku rasa marah dengan dia orang berdua, aku terima pinangan mak Lekir tu. Aku nak mama dengan adik aku cemburu. Tapi betul ke pilihan aku ni Qad? Aku takde hati dekat Lekir," ucap Anggun.

Qadira mengeluh perlahan. Dia juga kehilangan kata-kata. Tambah pula dia tidak mengenali Lekir secara dekat. Jadi dia tidak tahu lelaki itu bagaimana.

"Sekarang ni apa yang hati kau rasa?" Soal Qadira dan memandang ke arah Anggun. Fatnin juga hanya memasang telinga.

"Hati aku? Aku tak rasa apa-apa. Walaupun aku pergi jumpa dengan Lekir. Aku masih takde rasa dekat dia," ucapnya jujur.

"Kau buat solat Istikarah dulu. Ada masa lagi kalau kau nak tarik keputusan kau tu. Andai kata hati kau masih takde rasa pada benda ni. Kau bincang semula dengan Lekir. Bincang hati ke hati bukan mulut ke mulut," pesan Qadira.

Dia tahu bagaimana cara Anggun membalas setiap kata-kata Lekir. Ianya bukan berbincang tapi lebih kepada bergaduh.

"Baik. Aku cuba." Anggun mengangguk perlahan.

"Okay. Sekarang kau pula Fatnin. Kenapa kau menangis?" Soal Qadira. Dia sudah menjadi pakar kaunseling buat dua orang sahabatnya itu.

"Nadhim ajak aku kahwin," ucap Fatnin dan mengeluh perlahan.

"Serius lah?" Serentak Anggun dan Qadira bertanya.

"Semuanya macam nak selamatkan diri aku je. Dia kebetulan hantarkan aku balik rumah mak aku. Mak aku berhutang dengan Along sebab nak bayar hutang makcik aku. Waktu tu aku bertekak dengan mama aku sampai mak aku tampar pipi aku. Tiba-tiba Nadhim beri salam. Aku dah cakap dekat dia jangan masuk ke rumah aku. Tapi dia tetap pergi. Lepastu dia beritahu mama aku yang dia nak ambil aku sebagai isteri dia," jelas Fatnin.

"Dan mama kau terima?" Soal Anggun.

"Ya. Mama aku terima lepas tengok kereta yang Nadhim bawa. Nadhim pula cakap yang dia akan beri nafkah dekat aku lebih 10 ribu. Kau orang tahu kan mama aku macam mana?"

Qadira dan Anggun segera mengangguk. Mereka berdua sudah tahu dengan sikap Puan Farah yang bermata duitan itu.

"Jadi sekarang aku buntu. Aku tak nak dia masuk campur urusan keluarga aku. Aku tak nak dia hadap apa yang aku hadap. Tapi dia tetap nak ambil aku sebagai isteri dia," lirihnya halus.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now