BAB 53 🔥

7.3K 441 22
                                    

Qadira berjalan masuk ke dalam rumah. Selama Umar tiada, dia akan pulang ke situ. Malah Dato' Qazhi dan Datin Mazliana juga sudah berangkat ke Turki untuk rawatan susulan Dato' Qazhi. Mommynya juga sentiasa memberikan maklumat terkini tentang kesihatan ayahnya itu.

Sedang dia melangkah masuk ke dalam rumah, dahinya mula berkerut. Dia berasa pelik kerana pintu bilik Anggun yang terbuka. Dengan segera Qadira berlari ke arah bilik Anggun untuk melihat.

"Anggun!!" Jerit Qadira apabila melihat Anggun yang sudah terbaring di tepi katil.

"Ya Allah Anggun."

Qadira cukup terkejut apabila melihat darah yang mengalir di hidung Anggun. Dengan segera dia menghubungi ambulans untuk ke situ. Dia juga sempat menelefon Fatnin untuk memberitahu keadaan Anggun.

Qadira juga sempat melihat sekeping gambar yang berada di sebelah Anggun. Dia tahu itu adalah gambar arwah Tuan Asyraf. Saat itu, Qadira tahu punca Anggun seperti itu.

Ambulans yang tiba segera membawa Anggun ke hospital. Qadira sendiri yang merawat Anggun. Fatnin juga tiba selepas Qadira selesai merawat Anggun.

"Kenapa dengan Anggun?"

"Tekanan darah dia terlalu tinggi. Aku tak tahu apa yang membuatkan dia stress. Dia demam panas," jelas Qadira dengan keluhan berat.

"Pagi tadi aku rasa dia okay lagi. Kenapa tiba-tiba boleh demam?"

"Aku pun hairan. Tapi aku nampak gambar arwah papa dia dekat sebelah dia waktu aku jumpa," tutur Qadira apabila teringat.

"Mungkin dia rindukan arwah Uncle Asyraf."

Fatnin memandang sayu ke arah Anggun yang masih lena di atas katil. Qadira juga sama seperti Fatnin. Dia tahu Anggun mempunyai masalah. Tetapi mereka berdua tidak boleh bertanya secara terus kepada Anggun. Anggun memerlukan masa untuk memberitahu mereka berdua sendiri.

🔥

Anggun membuka matanya perlahan-lahan. Sinar lampu di atas kepalanya membuatkan matanya terkatup semula. Selepas itu barulah dia membuka mata. Sekelilingnya ada pesakit yang terbaring di atas katil masing-masing.

Tak lama selepas itu, muncul Fatnin dengan wajah cemas. Anggun segera bangun sambil memegang kepalanya.

"Kau kena baring dulu ni. Jangan bangun lagi," tegah Fatnin dan membantu Anggun untuk baring semula.

"Apa yang berlaku dekat aku?" Soal Anggun.

"Kau pengsan dekat rumah kita. Qad jumpa kau dah terbaring tepi katil," jelas Fatnin dan menghulurkan air buat Anggun.

"Pengsan?"

"Aah. Kau ada masalah ke Anggun? Ceritalah dekat aku dengan Qad. Jangan pendam macam ni. Nanti kesihatan kau terjejas," ujar Fatnin.

"Kau tahu kan masalah aku cuma satu je. Aku dah dianggap sebagai anak durhaka oleh mama aku," luah Anggun. Kali ini air matanya tidak mengalir walau setitis pun.

"Astagfirullah al azim. Kenapa sampai macam ni?"

"Aku tak tahu. Mama aku cakap, kalau aku jejak dekat rumah tu lagi, aku jadi anak durhaka. Mama aku masih salahkan aku tentang pembedahan arwah ayah aku dulu," sambung Anggun.

"Ya Allah. Sabar ya Anggun. Aku percaya suatu hari nanti hati mama kau akan terbuka. Aku doakan supaya mama kau tak kan salahkan kau. Ini semua dah ketentuan Allah. Kita tak boleh pertikaikan." Tubuh Anggun dipeluk lembut.

Anggun hanya mengunci mulut. Dia juga sudah hilang punca saat itu. Doa seorang ibu buatnya sudah tiada. Baginya tiada guna untuk hidup.

Qadira yang baru tiba juga segera memegang lembut tangan Anggun. Hatinya berasa sebak apabila melihat keadaan sahabatnya itu.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now