BAB 60 🔥

7.2K 480 54
                                    

Qadira merenggangkan badannya. Dirinya cukup puas merehatkan diri selama empat jam itu. Dia berkalih ke tepi dan melihat tempat itu kosong. Dahinya terus berkerut. Ke mana Umar pergi?

Qadira lantas turun dari katil dan bergerak ke arah bilik air untuk membersihkan diri. Selepas itu barulah dia turun ke bawah. Di bawah, dia terdengar bunyi orang berbual di bahagian dapur.

Dengan segera Qadira menuju ke ruang dapur. Di situ, dia dapat melihat Umar yang sedang membantu Mak Anka menyiapkan sarapan. Dia terus bersandar di dinding sambil memerhatikan Umar yang rancak menggoreng ikan bilis.

"Selalunya Qadira bangun pagi lambat ke Mak Anka?" Soal Umar.

Dia juga baru sahaja selesai membersihkan diri selepas berjogging siang tadi. Alang-alang Qadira masih lena di atas, dia turun ke bawah dan membantu Mak Anka di dapur.

"Tak juga. Cik Qadira selalunya tak tidur sini walaupun Datin dengan Dato' ada di rumah. Jadi Mak Anka tak tahu rutin tidur bangun dia," jelas Mak Anka.

Umar hanya mengangguk faham. Mahu dikejutkan dia juga berasa serba salah. Dia tahu bagaimana penatnya kerja isterinya itu.

"Umar rasa bahagia dengan Cik Qadira?" Soal Mak Anka tiba-tiba.

Qadira yang masih bersandar di dinding berasa lain. Dia mahu mendengar jawapan daripada Umar. Tetapi Umar yang mendiamkan diri itu membuatkan Qadira berasa risau.

"Bahagia...sangat bahagia Mak Anka. Umar bersyukur bila kita orang dijodohkan," jawab Umar dengan senyuman penuh bahagia.

Qadira yang mendengar jawapan Umar terus tersenyum. Terasa seperti ada kupu-kupu di dalam perut.

Mak Anka juga tersenyum melihat Umar yang tersenyum bagaikan dilamun cinta. Dia juga dapat melihat perubahan pada diri Qadira yang sering tersenyum jika Umar ada di rumah.

"Alhamdulillah kalau macam tu. Mak Anka rasa tenang lepas tengok Umar dengan Cik Qadira berkahwin. Mak Anka percaya yang Umar mampu jaga Cik Qadira."

Umar tersenyum mendengar kata-kata Mak Anka itu. Dia juga sudah terlalu sayang dengan isterinya itu walaupun Qadira seolah tiada perasaan apabila melayannya.

Tiba-tiba ikan bilis yang sedang digoreng itu meletup. Umar terus melatah sehingga membuatkan Mak Anka melatah sekali.

"Oh mak kau!!"

"Eh. Eh. Mak aku!!" Balas Mak Anka

Selepas itu muncul suara Qadira yang sakan ketawa. Mak Anka dan Umar terus berpusing melihat Qadira yang muncul.

"Cik Qadira baru bangun ke?" Mak Anka sudah berasa malu kerana melatah sebentar tadi.

"Baru je. Hahahaha," gelak Qadira dan memandang ke arah Umar yang sudah merah padam kerana malu.

"Cik Qadira dengan Umar pergilah depan. Biar Mak Anka yang siapkan. Sikit je lagi ni," tutur Mak Anka.

Umar hanya mengangguk dan berlalu pergi dari ruang dapur. Qadira hanya tergelak kecil dan menurut langkah Umar. Umar berjalan ke ruang taman di rumah itu. Pipinya masih teras bahang kerana malu dengan Qadira.

"Dah habis ke malu abang?" Tegur Qadira dan duduk di sebelah Umar.

"Please. Jangan tengok muka abang lagi. Abang rasa dah macam tomato." Umar memandang ke arah lain. Qadira di hadapannya tidak dipandang.

"Tomato kan comel. Bulat-bulat. Lagipun tomato tu kulit dia licin. Macam kulit abang," usik Qadira dan mencucuk pinggang Umar.

"Geli lah sayang. Awak baru je nampak saya melatah tadi. Sekarang awak nak tengok saya melatah lagi ke?" Soal Umar dan memberanikan diri memandang Qadira.

"Aah. Sebab abang nampak comel bila melatah. Tak macam seorang askar pun."

"Nasib baik abang tak melatah sebut arahan waktu operasi. Nanti luruh jantung Mak Anka," ucap Umar dengan gelengan kepala.

"Hahaha. Abang ni kelakar lah."

Umar terus tersenyum apabila mendengar suara tawa Qadira. Dia berasa senang dengan diri Qadira saat itu. Bukan lagi Qadira yang sering mengendahkan dirinya dulu. Seolah dia tidak wujud pada gadis itu.

"Sayang abang ni masuk kerja pukul berapa?" Soal Umar dan sempat mengerling ke arah jam di dinding.

"Lepas Zuhur. Kenapa? Abang tak suka saya balik rumah ya?"

"Eh. Ke situ pula dia. Abang lagi suka bila sayang abang ni ada depan mata abang. Baru tenang jiwa ni nak lepaskan rindu," ucap Umar dan mendekatkan mukanya dengan Qadira.

Belum sempat Umar membuka mulutnya lagi, hidungnya digigit oleh Qadira. Selepas itu Qadira terus bangun dan berlalu ke ruang dapur.

"Sayang abang ni. Orang nak kiss. Bukannya gigit!!" Jerit Umar sambil menggosok hidungnya. Selepas itu, muncul senyuman di bibirnya.

Indah apabila isterinya berada di sisi.

🔥

Anggun berlari laju ke dalam tandas. Semua bubur yang ditelannya pagi tadi diluakkan kembali. Sudah beberapa kali dia asyik berulang-alik ke toilet. Lekir pula sudah resah apabila melihat keadaan Anggun.

"Kita pergi hospital ya. Saya tak sanggup tengok awak macam ni." Lekir mendukung tubuh Anggun ke katil.

"Tak apa. Saya rasa badan saya nak demam. Sebab tu asyik muntah," jelas Anggun dan memejam matanya.

"Walaupun awak doktor, saya masih tak rasa tenang. Nak kata mengandung, kita tak buat lagi part making baby," ucap Lekir selamba.

Anggun terus melempar bantal ke wajah Lekir. Lekir hanya ketawa sahaja. Ternyata isterinya masih larat untuk melempar bantal ke arahnya.

"Sorry okay. Tapi kita pergi klinik. Please..." Rayu Lekir.

"Tak nak. Saya nak rehat je," balas Anggun dan berkalih ke arah kanan dan membelakangi Lekir.

Lekir melepaskan satu keluhan sebelum menarik kembali nafas yang dibuang. Selepas itu, dia terus mencempung tubuh Anggun. Anggun sudah tergamam apabila dirinya berada dalam dukungan Lekir.

"Lekir. Turunkan saya. Saya cuma perlu rehat." Anggun menumbuk perlahan dada bidang itu.

"No. Saya tak kan tenang selagi sakit isteri saya ni saya tak tahu. Please. Jangan buat saya macam ni. Saya tak tenang bila tengok awak lemah macam ni," ucap Lekir dengan wajah muram.

Anggun mengeluh perlahan. Dia sudah penat untuk menghalang Lekir saat itu. Selepas itu, Lekir terus membawa Anggun ke hospital.

Di hospital, Anggun terus menitiskan air mata. Malah tangannya juga digenggam kuat oleh Lekir. Lekir cuba untuk menahan rasa sakit yang mula mencucuk di dalam hatinya.

Taufik menunduk ke bawah sebelum membuka mulutnya semula. Dia perlu meluahkan semua itu walaupun dia tahu Anggun sudah sedar dengan perubahan dirinya.

"Beritahu je suami aku, Fik. Dia berhak tahu," ucap Anggun dengan renungan kosong.

Lekir sudah berasa takut. Dia tidak tahu apa penyakit yang dialami oleh Anggun saat itu. Tetapi hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena pada diri isterinya.

"Maafkan saya Encik Lekir. Isteri awak disahkan mengidap tumor otak."

Kata-kata Taufik saat itu bagaikan ada sesuatu yang menusuk kuat ke dalam jantung Lekir. Air matanya terus bergenang. Esakan daripada Anggun membuatkan Lekir memegang erat tangan isterinya.

Dia tidak tahu apa lagi ujian yang mahu diberikan Allah buat dia dan Anggun. Saat itu juga fikirannya hanya mahu melihat Anggun sihat seperti sedia kala. Setiap detik yang tersisa perlu dihargai olehnya.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now