Bab 31

13.6K 772 150
                                    

E-MEL peribadinya dibuka. Peti inbox diklik mencari kiriman e-mel daripada Blackeyes. Tiada e-mel terbaru. Lalu kiriman e-mel yang lama dibuka dan dibaca berulang kali.

Entah kenapa dia merasakan e-mel yang dia terima itu adalah petunjuk tentang apa yang berlaku pada Azalea. Selepas mengetahui Azalea diculik tiga tahun lalu, dia yakin Blackeyes cuba membongkar rahsia penculikan tersebut.

Tapi siapa sebenarnya Blackeyes ini? Kenapa dia yang dipilih oleh Blackeyes untuk membongkar kes itu? Sebab dia suami Azalea? Tapi macam mana Blackeyes boleh tahu dia ini suami Azalea? Tiada siapa yang tahu melainkan keluarganya sahaja.

Spontan Adam menegakkan duduknya apabila terfikirkan seseorang.

Redza ke? Pasti Redza tahu apa yang berlaku di Malaysia selama tempoh tiga tahun ini. Kalau memang betul Redza ialah Blackeyes kenapa tak berterus-terang depan mukanya saja? Kenapa perlu guna e-mel begini?

Enggan terus berteka-teki, Adam langsung saja menghubungi Redza sambil melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

"Hel..."

"Kau ada kat kilang?" Potongnya pantas.

"Haah. Kenapa? Kau nak datang kilang ke?"

"Aku nak ajak kau lunch. Kita jumpa dekat kedai makan biasa. Aku ada benda nak tanya kau." Butang lif ditekan.

"Alright."

Adam terus masuk ke dalam perut lif. Dia menghubungi Azalea pula. Nasib baik berjawab. Tanpa sedar senyuman nipis terukir dengan sendirinya apabila mendengar suara serak di talian memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Kau tengah buat apa?"

"Err..."

Kening Adam mula berkerut mendengar Azalea ragu-ragu mahu menjawab. "Err apa? Kau tengah buat apa sebenarnya tu?"

"Hmm... pakai tudung."

Makin jelas kerutan Adam. "Pakai tudung nak pergi mana? Nak keluar? Demam-demam macam tu nak keluar merayau pergi mana pulak? Doktor bagi MC suruh berehat kat rumah bukan suruh ke sana sini."

Dia belum lupa lagi sebelum dia meninggalkan bilik Azalea subuh tadi, sempat dia menjamah dahi wanita itu yang masih terasa panas walau tak sepanas semalam. Bermakna demam Azalea masih belum kebah sepenuhnya.

"Nak pergi kedai je."

"Tak payah. Bagitahu aku barang apa yang kau nak beli. Nanti aku belikan. Balik kerja nanti aku hantar." Alarm kereta ditekan lalu dia masuk ke dalam kereta.

"Tak apa. Saya boleh pergi beli sendiri. Lagipun barang tu... err..."

"Barang apa? Boleh tak cakap terus, jangan nak sangkut-sangkut macam tu." Tempelak Adam geram.

"Barang tu barang orang perempuan."

Adam merengus. Mula rasa bengang dengan Azalea yang bercakap benda tak jelas macam tu. "Barang apa sebenarnya ni?"

"Err... hmm... barang yang orang perempuan guna waktu... datang bulan."

Ternaik kecil hujung bibir Adam mendengarkan itu. Dengan suara serak Azalea yang sangat perlahan tahulah dia yang isterinya itu mungkin sedang malu. Tapi nak malu buat apa?

"Tak boleh tunggu ke? Aku tolong belikan nanti."

"Dah nak habis. Tinggal satu je. Tak sempat."

Adam mengetuk stereng kereta dengan hujung jari telunjuk. Berfikir sejenak. Dia sebenarnya risau mahu membiarkan Azalea ke mana-mana bersendirian. Tak mustahil orang yang mengekori Azalea ke hotel tempoh hari mengawasi segala tindak-tanduk isterinya itu.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now