Bab 32

12.9K 751 228
                                    

"BENJY."

Adam menyambut huluran tangan lelaki itu bersama senyuman nipis dan memberi isyarat mata menyuruh lelaki itu duduk. Sekilas dia membuang pandang pada ruang restoran yang lengang sebelum kembali memandang lelaki di depannya semula.

Penampilan Benjy nampak biasa-biasa saja. Sama seperti manusia normal yang lain. Wajahnya juga nampak biasa. Tiada langsung kebengisan atau tampang serius macam yang selalu dipaparkan di dalam filem untuk menzahirkan karakter seorang penyiasat persendirian.

Ya, dia memutuskan untuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian bagi membantunya mencari tahu tentang Mazlan yang masih belum dapat dijejaki oleh pihak polis walaupun sudah hampir seminggu berlalu sejak kejadian Azalea dipukul oleh lelaki itu. Dalam keadaan sekarang, polis pun dia rasa terlalu lembab dalam melakukan siasatan.

Dia dah tak mampu nak menunggu dan bersabar lagi. Selagi dia tak jumpa Mazlan dengan mata kepalanya sendiri selagi itulah dia tak senang duduk. Rasa marahnya ini perlu disalurkan kepada lelaki jahanam itu secepat yang mungkin selepas apa yang terjadi pada Azalea.

Tiada siapa yang tahu rancangannya bekerjasama dengan Benjy ini. Hatta Redza sekalipun. Ini rancangannya seorang. Lagipun dia memang memerlukan bantuan seseorang. Kalau dia nak buat semua sendiri memang mustahil. Dengan kesibukan kerjanya yang perlu diberi perhatian juga. 24 jam sehari memang tak cukup.

Jadi, Benjy sebagai penyiasat persendirian adalah jawapannya.

"Kau nak aku buat apa?"

Sampul surat di atas meja ditolak kepada Benjy. "Aku nak kau cari maklumat sebanyak yang mungkin pasal diorang ni. Aku nak kau ikut diorang."

Benjy membuka sampul surat itu. Dua keping gambar ditarik keluar. Gambar seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki itu dia sudah kenal. Adam ada menghantar video rakaman CCTV kepadanya semalam. Tetapi yang perempuan ini baru pertama kali dia lihat.

"Siapa perempuan ni? Dia pun pukul isteri kau jugak?"

"Bukan. Dia tak ada kena mengena dengan kes pukul tu. Tapi aku nak kau ikut dia. Dia anak somebody yang buat aku suspicious." Ujar Adam. Kemudian dia menambah beberapa maklumat penting kepada Benjy yang mungkin dapat memudahkan kerja Benjy nanti.

Terangguk-angguk kepala Benjy mendengar setiap penerangan daripada Adam yang sangat serius.

"Bawak lelaki tu datang jumpa aku dulu. Aku nak dia rasa macam mana hilang separuh nyawa sebelum dia meringkuk dalam penjara." Berapi-api kata-kata itu keluar daripada mulut Adam.

Memang dia takkan biarkan Mazlan begitu saja. Bagaimana teruk Azalea dikerjakan waktu itu, dia akan pastikan Mazlan terima padahnya dua kali ganda lagi teruk.

Lagi sekali Benjy mengangguk. "Perempuan tu? Kau nak aku buat apa dengan dia selain ikut dia?"

"Aku nak tahu semua aktiviti dia setiap hari. Aku nak tahu ke mana dia selalu pergi. Aku nak kau hantar gambar dan video dia. Sebanyak yang mungkin. Jangan terlepas satu pun. Tapi jangan sampai dia tahu kau ikut dia."

Benjy tergelak sinis. "Aku buat kerja macam ni dah nak dekat 10 tahun. Benda macam ni kacang je bagi aku. Makanan aku. Kau tak payah risau. Kau hanya perlu tunggu aku update kau je." Penuh keyakinan Benjy menyatakan itu.

"Deal." Adam menghulur tangan kanannya kepada Benjy tanda kerjasama antara mereka sudah mula termetrai.

Tak sabar rasanya mahu melihat muka penipu-penipu yang selama ini membodohkan dia dengan lakonan mereka terkejut saat dia mendedahkan semua penipuan dan pengkhianatan di depan mereka nanti.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now