BAB 82 🔥

5.4K 423 30
                                    

6 BULAN BERLALU...

Bunyi tembakan kedengaran begitu bingit. Tapak kaki yang kedengaran kalut juga melanggar semak samun di dalam hutan tebal itu. Semuanya menggegarkan hutan yang dulunya sepi.

"Mamba! 58° Utara!" Nadhim memberi arahan sambil kakinya laju berlari.

Sekelip mata satu tembakan dilepaskan ke arah musuh yang cuba menyelinap masuk ke markas mereka semua. Setiap arahan yang diuntaikan diterima dengan cekap oleh mereka semua.

Beberapa detik kemudian, satu letupan berlaku dengan cukup dahsyat. Kawasan hutan itu juga telah bergegar dengan hebat. Asap letupan mula memenuhi lantai hutan tersebut.

Situasi menjadi sepi serta merta selepas letupan itu bergema.

🔥

Siren ambulans bergema seperti biasa. Setiap hari pasti akan ada kemalangan yang berlaku. Doktor dan jururawat yang bertugas di bahagian itu juga tidak menang tangan.

"Bawa pesakit ke ruang bedah. Saya akan keluarkan besi dekat perut dia," arah Anggun dengan pantas.

Petugas segera menolak katil pesakit menuju ke ruangan bedah. Semuanya mula bergerak ke posisi masing-masing. Anggun menarik nafas dan membaca doa terlebih dahulu sebelum memulakan pembedahan.

Selesai pembedahan, Anggun menanggal topeng mukanya dan dibuang ke tempat yang sepatutnya. Dia juga terserempak dengan Fatnin yang kebetulan baru selesai di ruangan operasi.

"Macam mana tadi? Okay?" Soal Anggun.

"Alhamdulillah. Semuanya okay. Berpeluh juga aku bila buat surgery dengan Dr. Yaakub." Fatnin mengusap dahinya konon mempunyai peluh.

"Tapi Dr. Yaakub baik kan? Cuma dia garang," balas Anggun.

Mereka berdua berjalan di laluan keluar itu.

"Yup. Aku suka dengar nasihat dia kalau aku tersalah sikit."

Anggun hanya mengangguk setuju. Mereka berdua bergerak ke kafeteria untuk mengisi perut. Sejak dari pagi lagi, mereka sudah sibuk.

Di situ, mereka terpandang pada Qadira yang sedang menjamah nasi. Dengan segera mereka berdua datang menyapa.

"Baru habis pembedahan ke doktor yang manis?" Soal Qadira dan tersengih.

"Alhamdulillah. Sedapnya nasi lemak hijau kau. Beli dekat mana?" Soal Anggun dengan teruja.

"Aku beli dekat Hulu Selangor," jawab Qadira dengan santai.

"Huh? Jauhnya. Kenapa tak beli dekat area sini je?" Fatnin juga terkedu.

"Aku teringin nak yang dekat sana. Itu yang aku beli," luah Qadira dengan senyuman lebar.

"Oh...patutlah. Ini anak ke mak yang nak makan?" Anggun sudah mula mahu mengusik.

"Dua-dua kut." Qadira mengusap lembut perutnya yang sudah ke depan itu.

"Takpe Qad. Kalau ada benda kau mengidam lagi. Beritahulah kita orang dua. Kau tu dah masuk 7 bulan. Jangan berjalan jauh sangat," pesan Fatnin dengan nada risau.

"InsyaAllah. Lagipun adik ipar aku yang pergi belikan. HAHAHA," gelaknya sakan.

"Lahai. Patutlah pun nampak bahagia je." Anggun sudah menepuk dahi manakala Fatnin menggelengkan kepalanya.

DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7Where stories live. Discover now