Bab 37

11.2K 760 123
                                    

TIADA masa untuk mematikan enjin kereta, Adam terus meluru masuk ke dalam rumah Redza. Api amarah yang menyala-nyala semakin menjulang tinggi apabila melihat Uzair yang sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu. Rahangnya menegang. Urat di dahi mula timbul. Kedua-dua belah tangannya dikepal erat.

Sedaya upaya Uzair cuba berlagak biasa walaupun sedikit sebanyak rasa gerun itu ada apabila melihat laman wajah Adam yang begitu tegang dan bengis. Udara digali sedalam-dalamnya, bersiap sedia untuk menjelaskan perkara sebenar yang terbantut gara-gara Azalea meraung dan meracau-racau di KLIA tadi.

"Adam, dengar du..." Tak dan Uzair menghabiskan ayatnya, Adam terlebih dahulu mencekak kolar bajunya dengan erat.

"Apa kau dah buat dekat Azalea tiga tahun lepas?" Keras Adam menyoal meskipun dia sudah sedia maklum apa yang telah berlaku.

Redza yang sememangnya sudah dapat menjangkakan letusan lava amarah Adam, segera bangun dari sofa cuba meleraikan cengkaman pada kolar baju Uzair.

"Adam, relaks."

"Relaks kepala hotak kaulah, bodoh!" Kuat jerkahan Adam meruntuh kesunyian di dalam rumah itu. Tangan Redza yang cuba menarik tangannya ditepis kasar.

Buk!

Pipi Uzair ditumbuk sekuat hati sehingga membuatkan lelaki itu hampir tersungkur ke lantai. Belum sempat Uzair menstabilkan dirinya, tumbukan padu Adam singgah lagi di wajah itu dengan bertubi-tubi.

Buk!

Buk!

Buk!

Darah panas mula meleleh keluar daripada belahan bibir Uzair. Rasa sakit mula menyengat kuat di sekitar wajahnya terutama pada tulang pipi dan bibirnya yang pecah. Tak sempat dia mempertahankan diri daripada terus diserang oleh amukan Adam yang menggila, perutnya pula diterajang. Terlentang dia jatuh di atas lantai marmar tersebut.

Lagi sekali Redza cuba menghalang tetapi Adam menolak tubuhnya menjauh dengan begitu kuat dan kasar.

"Selama ini manusia jahanam yang jadi bayang-bayang hitam dalam hidup Azalea rupanya cuma depan mata aku." Adam melutut dan kembali mencekak kolar baju Uzair dan ditarik, menjadikan tubuh yang separa longlai itu terangkat sedikit.

"Paling gila sekali, orang tu kawan aku sendiri." Terlepas ketawa sinis bercampur geram dan sakit hati tanda dia sendiri tak percaya dengan apa yang sedang dia hadap sekarang.

"Apa salah Azalea pada kau sampai kau buat dia macam tu?!"

Buk!

"Apa yang Azalea dah buat sampai kau culik dia dan seksa dia?!"

Buk!

"Apa dendam kau pada Azalea sampai kau..." Bicara Adam terhenti seketika. Tersekat di rengkung patah kata seterusnya. Tak sanggup rasanya untuk dia luahkan. Tangan yang mencengkam kolar baju Uzair menggeletar kerana terlampau marah.

"Adam..." Dalam sisa tenaga yang masih ada, Uzair cuba bersuara walaupun susah.

"Kenapa kau sampai nak rogol isteri aku?" Rasa ngilu mencucuk ulu hati Adam saat soalan tersebut meniti di bibirnya. Sumpah, memang dia tersangat marah mengenangkan perbuatan keji itu dilakukan pada Azalea.

"Kau mesti tahu Azalea isteri aku, kan? Kenapa, Uzair?!Kenapa kau buat isteri aku macam tu?! Apa dosa isteri aku dekat kau, sial?!" Bergempita tempikan Adam. Tumbukannya kembali bertali arus menghentam wajah Uzair. Tak cukup dengan itu, perut Uzair disepak lagi dan lagi.

Pantas Redza mendapatkan Adam apabila melihat sepupunya itu bagai sudah hilang pertimbangan memukul Uzair tanpa henti. Bahu Adam ditarik kasar, sekali gus menghentikan kaki panjang itu daripada terus menghenyak perut Uzair.

Kerana DendamWhere stories live. Discover now