- 55 -

12 6 47
                                    

"Papa.. Kenapa mama tidur lama sangat dalam kotak tu? Dah lama Jiji panggil mama, kenapa mama tak bangun?" Jihyun memuncungkan bibirnya sambil melihat Jake yang dari menayangkan wajah tanpa ekspresi.

"Papa." Jihyun menggoncangkan tangan Jake apabila Jake langsung tidak bertindak balas. Mata Jake hanya tertumpu pada keranda yang berada di hadapannya.

"Jihyun sini dengan aunty Asha." Asha mengambil Jihyun hampir menangis. Dia membawa Jihyun keluar dari tempat penghormatan terakhir itu.

"Jake.." Heeseung menepuk bahu Jake.

"Tolong jagakan Jihyun dengan Minhyun sekejap. Bagi aku masa bersama dengan Mayra dulu." ujar Jake, masih dalam posisi yang sama.

Heeseung mengangguk dan meninggalkan Jake keseorangan bagi menghormati permintaan lelaki itu.

Sejurus sahaja Heeseung keluar, Jake segera menghampiri keranda yang menempatkan Mayra dan memegang erat tangan kaku isterinya.

"Sayang.. Betul tekaan awak, anak kita lelaki. Minhyun sihat dan selamat."

"Sejuknya tangan awak sayang. Muka awak masih cantik walaupun dah pucat.." Jake mengenggam tangan Mayra dengan erat.

"Awak dapat rasa kehangatan dari saya kan? Bangun sayang. Saya merayu. Saya janji tak akan minta apa-apa dah asalkan awak bangun sekarang, Mayra." Jake memegang wajah Mayra. Tanpa sedar airmatanya yang dari tadi dia tahan mengalir juga.

"Sayang.. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya masih perlukan awak sayang. Anak-anak pun perlukan awak. Bahkan Minhyun belum sempat merasa susu awak.."

Jake mulai teresak apabila Mayra masih tidak memberi respon. Walaupun pemergian Mayra sudah disahkan oleh doktor dan polis, dia masih belum dapat menerima kenyataan bahawa bidadarinya telah meninggalkannya.

"Saya cintakan awak, Mayra. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya hanya nak awak sebagai teman hidup saya. Kita dah janji nak hidup sama-sama kan? Kenapa awak tinggalkan saya dulu?"

Heeseung dan Changkyun yang melihat Jake dari luar hanya mampu bersimpati.

"Kau pasti ke nak tinggalkan je dia dengan jasad Mayra tu? Aku risau dengan keadaan mental dia yang tak stabil tu." Changkyun menyuarakan kebimbangannya.

"Aku akan jaga dia kat sini, jangan risau. Kau balik la dulu dengan Asha."

"Apa-apa hal terus call aku." Changkyun menepuk bahu Heeseung.

Heeseung mengangguk dan membiarkan Changkyun pergi dari situ. Khabar yang diterima benar-benar mengejutkan dirinya. Jasad Mayra ditemukan tidak bernyawa bersama bayi yang dilahirkan seorang diri. Kesan robekan pada lengannya juga menimbulkan persoalan.

Polis menklafikasikan kes ini sebagai kes bunuh diri memandang pisau yang berada di tangan Mayra dan kesan sobekan itu juga dilakukan oleh dirinya sendiri.

"Tak mungkin.. Mayra bukan jenis macam tu. Something fishy, tambahan pula tiba-tiba dia kat bangunan terbiar tu."

"Maaf aku lambat. Aku uruskan dokumen Mayra tadi." Jun tercungap-cungap menegur Heeseung.

"Tak, pagi nanti pengebumian akan berlangsung. Memandangkan sekarang dah lewat malam." Jun mengeluh perlahan.

"Nasib aku incharge dalam juga dalam post mortem Mayra."

"Mayra betul-betul meninggal sebab bunuh diri ke?"

"Kau nak percaya polis yang bodoh tu? Walaupun aku kenal Mayra tak sampai setahun, dia bukan orang macam tu. Aku jumpa sesuatu tapi Jake nampak macam perlukan masa." Jun berpeluk tubuh.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now