PLEASE NOTE THAT THIS CHAPTER CONTAINS A TW FOR SELF-HARM
RAHANGNYA ditolak ke kanan dan ke kiri mahu melegakan sedikit ketegangan apabila pintu bilik pejabatnya ditutup rapat sebaik sahaja calon terakhir yang datang temuduga untuk jawatan sebagai pembantu peribadinya keluar. Badannya disandarkan pada kerusi. Matanya dipejam seketika. Mahu melepaskan lelah.
Sejak pagi tadi sampailah sekarang, sudah satu jam melepasi waktu rehat tengah hari Adam tak berganjak dari kerusinya kerana sibuk menemuduga calon-calon yang datang. Boleh tahan ramai. Tetapi dalam ramai-ramai itu satu pun tak memenuhi piawaiannya. Rasa macam semua tak layak.
Dia terlalu cerewet ke? Atau dia sudah terlampau selesa Azalea menguruskan jadual kerjanya selama ini meski tak sampai dua bulan wanita itu menjadi pembantu peribadinya? Tetapi dia perlu juga mencari pengganti Azalea secepat yang mungkin. Kalau tidak, makin huru-hara kerjanya nanti.
Adam menegakkan semula postur tubuhnya. Mahu pulang makan tengah hari di rumah kerana sudah berjanji dengan Azalea pagi tadi untuk makan bersama. Lagipun hatinya rasa tak tenang sepanjang berada di pejabat. Dia sentiasa risaukan Azalea. Risau Azalea buat benda yang bukan-bukan. Kejadian Azalea lemas di dalam bathtub benar-benar memberi impak kepadanya.
Sudahlah sejak pulang dari hospital semalam Azalea lebih gemar mendiamkan diri. Berpatah-patah dia tanya, hanya sepatah yang dijawab. Adakalanya langsung tak berjawab. Hanya renungan kosong saja yang dilemparkan. Malam tadi juga Azalea meracau-racau lebih teruk daripada kebiasaannya.
Keluhan dihembus. Laptop yang menyala mahu ditutup tetapi e-mel yang paling atas pada tab gmail yang terpapar di skrin menarik perhatiannya. Langsung saja kririman e-mel tersebut dibuka.
From: blackeyes@gmail.com
To: adamhirdy@gmail.com
Subject: EVIDENCEDato' Norman has woken up from the coma, right? I hope you've secured all the evidence and are starting to take steps.
Adam menggigit isi dinding pipinya sambil otaknya ligat berfikir persoalan yang sehingga kini tidak menemui sebarang jawapan mahupun klu.
Siapa kau sebenarnya, Blackeyes? Macam mana kau boleh tahu Dato' Norman sudah sedar?
Seingatnya, berita tentang Dato' Norman bangkit daripada koma tidak dihebohkan pun. Hanya keluarga terdekat saja yang tahu. Atau Blackeyes sentiasa memantau keadaan Dato' Norman di hospital? Tapi sejak dia mengupah pengawal peribadi untuk mengawal keluar masuk pelawat yang datang melawat bapa tirinya di hospital, tiada lagi orang luar yang datang melawat. Kali terakhir adalah Uzair.
Tetapi Uzair bukan Blackeyes. Atau Uzair menipu? Atas sebab apa pula lelaki itu nak menipu dan berselindung di sebalik Blackeyes sedangkan lelaki itu juga menanti Dato' Norman bangun dari koma semata-mata mahukan bukti.
Dalam Adam ralit memikirkan setiap tanda tanya itu, tiba-tiba masuk satu lagi e-mel daripada Blackeyes. Kali ini dia disuruh membuka e-mel peribadinya. Terus akaun e-mel kerjanya ditukar.
From: blackeyes@gmail.com
To: adammaliki@gmail.com
Subject: RINGI need to give this ring back to her.
Gambar sebentuk cincin yang dikepilkan sekali di dalam e-mel tersebut diklik dan dizoom, mahu melihat dengan lebih jelas dan teliti. Ini bukan ke cincin yang dia sarungkan di jari Azalea semasa hari pernikahan mereka dulu? Macam mana cincin ini boleh berada di tangan Blackeyes? Kenapa cincin ini tak berada di tangan Dato' Norman seperti cincin yang dia berikan kepada Rose?
YOU ARE READING
Kerana Dendam
RomanceAdam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping...